DALAM bulan merdeka ini Kedutaan Malaysia ke London menyediakan banyak aktiviti2 untuk disertai semua warga Malaysia di sini. Antaranya sukan badminton, bowling, bola, golf, karaoke dan macam2 lagi lah. Dan kemuncaknya nanti akan diadakan Karnival Malaysia 2007 pada 1 September ni. Minggu sudah berlangsung nya sukan Badminton & Bowling dan aku pun tak terkecuali menyertai. Selain dapat sama2 menyokong aktiviti ini, buleh gak kenal/jumpa warga Malaysia yg lain dan merapatkan silaturrahim. Memang banyak muka2 yang baru 1st time aku jumpa. Wachaaaaaa!!!!!!
I. SUKAN BADMINTONAku pun masuk last minute. Register pun selepas dateline, itu pun Mozak yg berusaha memasukkan nama kami. So apalagi, turun main badminton dah tetiap minggu takkan tak nak sokong bila ada pertandingan kan? So masuk sajalah dan buleh nak cek skill masih berbisa lagi kah tidak? Tak sangka ramai yang bertanding untuk kategori bergu lelaki. Ada 5 kumpulan dan setiap kumpulan ada 4 pasukan. So nak tentukan juara kumpulan kena lawan guna sistem round-robin. Tapi cuma main 1 set sahaja 15 mata, guna sistem lama. Jadi samada masuk ke peringkat seterusnya atau tak, tetap dapat main 3 game. Oke la tu...
Perlawanan 1: Kami vs John & *$%^*o (aku lupa nama dia daaaa...) ~ Memula tengok pasangan ni... alamak... kurus. Macam tak cukup makan, kami lak terlebih makan. Hahaha... tapi tak mau under estimate. Buat cewl sahaja. Kelakarnya mata kena kira sendiri takde umpire dan penonton sebagai linesman. Perlawanan bermula dan kami tak kasi can. Asal tinggi je, smash! Pantang dia ke belakang, kitorang drop. Diorang smash kami angkat. Memang baik punya cover. Kiri kanan depan belakang, bertukar2 tempat lah aku ngan mozak. Dia angkat lagi, kami smash lagi. Hayun baik punyer. Yeaaahh. Berpeluh sakan. Bulu tangkis pun berkecai! Keputusan: Kalah... 10-15!
Perlawanan 2: Kami vs Sam & Daniel ~ Kami bangkit dengan semangat baru. Yang daniel tu rendah je tapi Sam tu tinggi. Perlawanan bermula, badan pun dah agak panas sedikit. Kami pasang strategi baekk punya. Serve tak yah fancy, janji masuk. Pastu kalau tinggi, baluuuunnn! Memang menjadi kali ni. Kelam kabut lah team sebelah kami buat. Dia angkat, kami smash. Dia smash, kami angkat. Uh.. yeahhh... oopsss... baru nak kejar dah tamat daaa... Keputusan: Kalah.... 4-15!
Perlawanan 3: Kami vs Ali & Zul ~ Perlawanan ni memang tak akan merubah apa apa keputusan. Can untuk ke pusingan seterusnya dah terpadam. Tapi atas dasar semangat kesukanan kami tetap masuk gelanggang dengan semangat jitu. Masih mengekalkan taktik yang sama. Smash sehabis tenaga. Takde kasihan kasihan punyer. Balunn cukup-cukup. Yeaahhh, semangat sebenar baru datang agaknya... Keputusan: Menang... 15-4.
"Kita tempuh segala rintangan, kecundang jua menimpa. Kita telah mencuba segala, namun tewas akhirnya..." - Ekamatra
Keh keh keh... sebenarnya aku terasa diri dah tak semegah dulu. Yang kami lawan semuanya muda muda umur dalam 20 an. Memang tak tersaing kudrat diorang ni. Tapi memang bagus ada aktiviti begini, dapat berpeluh dan berjumpa dengan ramai warga malaysia pelbagai bangsa. Oh ya... kami dah buat post motem dan dah tau sebab utama kegagalan kami ke pusingan seterusnya. Kaki mozak sakit, kalau tak.... sayur lah diorang! Tak nak kalah lagi tu, hahahaa...
II. SUKAN BOWLING
Sehari selepas perlawanan Badminton, diadakan pulak acara bowling. Bermula jam 2.30petang di Heathrow airport bowl, aku pergi satu family. Badminton semalam aku pi sorang sebab keadaan gelanggang yg sebegitu tak sesuai untuk Nabila dan Haziq. Kali ni kami siap bawa bekal, memang lapo main bowling 3 game ni. Sampai2 dah ramai yang menunggu rupanya. Sori lah terlewat sikit tapi time kami sampai tu pun masih belum start free-practice-throw pun... so kira oke la kan? Datuk Ambassador dan isteri pun join main kali ni. Aku dapat satu team ngan zofri dan kak izan. Kiranya satu team ada 2 lelaki dan 1 pompuan lah. Duta Malaysia ke London, Ybhg Datuk Abd Aziz Mohammed memberikan kata ucapan...
Nabila masa ni tengah tido kat tangan aku. Stroller pulak kami bawak yg single punya sebab ingatkan kakak akan main ngan bebudak yg ada kat situ. Tak sangka lak dia tido dan terpaksalah aku kejut sebab aku dah kena start baling dah. Bila kena kejut... ceng ceng ceng... apa lagi, kakak terus meragam menjerit satu bowling centre tu bleh dengar sora dia. Huhuhu... pastu lagi lah dia tak nak lekang ngan aku. Camna ni??? Nasib haziq lena dalam stroller dia dan Nabila bila pass pada mummy pun dia menangis sakan jugak. Terpaksa jugak lah aku lepas kan kakak, buat balingan dan kemudian dapatkan dia balik. Isk isk isk. Aku, Kak Zaharizan dan Zofri... satu kumpulan, satu tujuan, satu harapan!
Memang betoi2 dia meragam dan 1st time lah jadi kat tempat luar camni dan aku pun tak tentu arah main masa tu. Bila dah masuk game terakhir barulah kakak tido dan aku pun baru lah boleh baling dengan tenang. Aku pun tak tahu score aku berapa. Memang tak amik kisah pun. Baling pastu dapatkan kakak balik yg asyik menangis sakan. Jap jap dia oke, bila aku baling je dia start jerit! huh. Cuma yg last game tu bila Nabila dah tido aku dapat score 168... not bad lah kan? Yang surprise nya, dalam tak tahu berapa score aku tu, menang jugak tu, keh keh keh. Lagi nak tergelak, kategori apa aku menang pun aku tatau! Pokcik puas hati!!! Cukup puas hati! hahaha... Mummy ngan Dayang...
Uik, apa yg seronok sgt tu...?
Keputusan:Kategori apa tatau : no. 5 (8 hadiah disediakan. Dapat set pisau 5 pieces... leh mummy pakai kat dapur.)
Kategori ni pun tatau : n0. 2 (3 hadiah disediakan. Dapat set pinggan makan... utk mummy lagi. Cantik gak kaler pelangi dan bleh masuk microwave.)
Kategori Kumpulan: JUARA (yeay!!! Dapat lampu syiling bentuk 3 kuntum bunga. Mmmm... yg ni kena ada rumah sendiri dulu baru bleh pasang... kan bess kalau hadiah dia rumah? hahaha...)
Aku dan Haziq menerima salah satu hadiah dari Datuk Ambassador yg terlindung oleh Yohan!
Lagi sekali... menerima hadiah dari Datin Munah pula untuk kategori Juara Berkumpulan.
Overall, syabasss kepada penganjur yg buat dedua game kat atas ni. Berjayalah walaupun sukan bowling agak sedikit merosot dari segi penyertaan. Walaupun merosot, tapi hadiah2 banyak improve. Untuk bess bowler men & women hadiahmya handphone yg akhirnya menjadi milik Datin Munah dan Zofri. Tahniah. Lepas ni ada golf dan karaoke pula. Yg karoake tu rasa cam teringin jugak lah... tapi darah gemuruh lah pulak... tengok lah nanti camna. heheh! Bergambar sebelum pulang... kakak nyenyak terus!
Dengarnya apa yg kami dapat cumalah hadiah iringan sahaja. Trofi pula akan diberikan masa Karnival Malaysia nanti. Eh... korang bersukan dak? Bersukan lah... Makhluk Obesiti sekarang ni dah makin menguasai bumi tau. Hahahaaa...
chiow dulu. Salam...
**** ** ****