Taman & Cucuk
OLEH kerana kali ni takde cerita yg boleh bagi aku dok tercatuk depan komputer dan taip panjang2 sampai aku sendiri pun rasa pening bila nak baca balik, ahak, jadik aku gabungkan 2 peristiwa yg akan menjadi kenang2an dlm hidup kami ni... Bior panjang sikit entry ni, hahahaaa...
.
Cerita Satu: TAMAN
.
Cerita Satu: TAMAN
Sebenarnya kalau nak tengok tulip, tak payah susah2 sampai ke Holland nu. Belakang rumah kami ni pun ada. 2-3 kaler lah jugak. Cantik pada pandangan mata org yg tak selalu tengok. Kalau org sini yg dah biasa, tak heran dah. Diorang tak amik pot pun! So selayaknya lah cuma aku sorang je yg bawak kamera klik klik picture kami kat sini.
Oren...
La ni London asyik hujan. Matahari dah makin kuat mancar tapi dek hujan yg tak renti2 ni sejuk lah jugak. Seminggu lepas dah off heater rumah tapi sebab terasa sejuk pulak, tadik on balik. Hujan sini takde lah berdentum dentam dengan petir tapi tetap menyulitkan sedikit perjalanan. Malas betoi aku nak kelek payung ke hulu hilir. Apa pun, hujan rahmat... ada hikmahnya tu.
Beginilah lanscape taman di belakang rumah kami... macam round-about.
Adik nak join kakak naik papan gelongsor...
Hari tu bawak lah kakak dan adik ke taman belakang rumah kami ni. Elok di jaga dan ada sebahagian kawasannya tak boleh nak pijak rumput. Taman ni pulak di sekalikan dengan playground. Seronok lah kakak bila tengok swing ngan slide. Memang dia terus tuju ke situ. Masa kami sampai ni hujan baru lepas berenti, kena lap lap lah jugak seat dia tu. Adik pon seronok dapat naik buai, terkekek2 dia. Daddy dan mummy pun join sama laarrr, ahak.
Daddy pun nak merasa jugak... tak kasi can!
Lepas dah lama lama tu datang lah seorang budak lelaki bernama Emmanuel yg lagaknya macam robin hood malu malu dok dekat dekat ngan kakak. Bila kakak tengok dia naik jongkang jongket sesorang, kakak pun tanpa segan silu terus nak ke situ. Tadik naik ngan adik tak thrill macam tak bergerak. Kali ni bila naik ngan budak Emmanuel tu, suka beno kakak, see saw, up down... katanya! hahahaa...
Sekali naik ngan budak Emmanuel ni, terjongket terus...
Bila angin tiup, kelopak bunga mula berguguran & kakak ntah kenapa meragam, diingatnya ulat. Terus tak mau pijak tanah. Isk isk isk... sebab dah camtu, kami pun ba lam ya kap - balik!
..
Cerita Dua: CUCUK
Cerita Dua: CUCUK
Appointment adik ngan paediatrician dia sepatutnya bulan 3 lepas. Tapi sebab leka dan sehari sehari tertangguh2 nak call untuk confirm date, sedar2 dah nak hujung bulan 4 pun. Kali ni aku pi bawak kamera ingatkan ini lah dianya last adik jumpa paediatrician dia, rupa2nya ada lagi bila adik dah setahun nanti, ahak. Tu la bahananya tak penah tengok buku merah adik. Seriuosly, selalunya lepas ja Dr. Masood conteng2 buku tu, kami pun tutup, sumbat dlm beg. Sebelum balik aku tanya bila lagi nak datang dan kalau jaraknya tak panjang mana, Dr. Masood akan buatkan appointment terus untuk aku. Tapi kalau jaraknya cam 3-4 bulan aku kena call sendiri sebab paediatrician adik ni selalu terlibat ngan seminar, dan lagi satu dia juga terlibat ngan NHS. Memandangkan dah ada gambar2 so aku abadikan saja kat sini.
Bila sampai kat ruang hospital Portland ni, kakak dan adik oke ja main ngan kuda dan snail mainan tu. Tapi bila Dr. Masood ajak masuk bilik, tak pasal pasal kakak yg menangis, hahahaa... Why kakak cry? its not your turn today, its adik lah. Pujuk2, kakak cry juga & mula lah paut kat leher daddy tak mo lepas, isk isk isk....
Kedekutkedekutkedekut bunyi kuda berlari...
Mmm... no wonder you look so different big boy, the last time i see you was in September: kata Dr. Masood pada adik, dan adik gelak gelak macam paham ja. Tapi aku serasa cam ada bunyi2 perli sebab aku lupa buat appointment pd tarikh yg sepatutnya, hahaha. Seperti biasa adik kena bogel, ukur panjang, timbang berat, ukur lilit kepala. Isk.. adik dah 9.2 kilo lah. Pastu part yg paling critical sekali, part kena cucuk! hahahaaa... seperti biasa Dr. Masood punya asisstant, Lisa akan datang pegang adik. Memula adik diam je masa Dr. Masood gosok2 tapi bila jarum tu menembusi peha ala-ala drumstick KFC adik tu, apa lagi.. adik pun jerit lah. Ayoo... horror! Kalau ada minah gagak assistant Dr. Masood yg lagi satu tu tentu lepas cucuk dia akan cakap kat adik: they are so terrible, arent they? syyy syyyy... sambil gosok2 belakang adik, ahak...
Supaya aku tak lupa lagi, appointment yg seterusnya dah pun di buat pada 4.6.2008 nanti. Adik, be prepared untuk another jap ya. hahahaa... Tapi adik kejap je nangisnya. Bagi kunci terus dia diam dan boleh gelak2 semula. Caya lah adik.
Oke adik habis dah, kita balik jom!
Rasanya macam tak cukup panjang ja entry ni kan? hehehee.. tapi aku dah takde apa yg nak diceritakan. Itu je la kot. Salam buat semua.
.
Jangan nakal2!.
.
**** ** ****