• Thursday, August 28, 2008

    MC Donald & Barbeque


    I. MC DONALD - I'M LOVING IT!

    Masa zaman sekolah dulu banyak lah member aku yg suka no mengumpul barang free dari mc Donald. Free kejadahnya? Kena beli set meal dia dulu baru dapat daaa... bukan bleh pi mintak camtu ja, hahaa... aku pulak lagi suka makan nasi dari makan burger ni. Sebab utama, nasi kedai makcik van tu berkali2 lagi mughah dari seketui burger mc D! hehehee... Bukan tak teringin, teringin... tapi masa tu fulus cukup makan je lah. Bajet giler giler. So bila dah tak biasa & bila sesekali nak masuk mc D rasa cuak pulak. Terus kansel & akhirnya seperti rutin biasa beli saja lah nasi kat makcik van. Yg sebenarnya aku takut nak order. Aku tak tahu apa menu dia pon. Aku selalu bayangkan mc D ni makanan org kaya kaya. Lagi satu, dulu aku ingat kalau masuk mc D ni bila nak order mesti kena cakap omputih, tu yg aku lagi takut tu, hahahahaaa... lawak dak?
    Kakak dah dapat belon, terus tak mau makan!
    Mc Donald ini punya kerusi pun style lama daaaa...

    Aku teringat kisah lama ni sebab bebaru ni kami pi mc D. Kat sini terbalik kod, mc D kat sini pulak yang berkali kali lagi mughah dari sepinggan nasik! hehehee... Tapi kali ni bukanlah kami pegi sebab bajet, sebab dia ada buat tawaran. Beli set meal dia dapat gelas kaca berbentuk tin coca cola. Cung pulak tengok dlm iklan dia. Bila dah masuk tu, tengok kakak dan adik yg nampaknya enjoy, aku rasa Alhamdulillah. Bertuah sungguh anak anak aku ni. Harapan aku mereka membesar dengan yakin dan berani dan punyai self esteem. Tidak terlalu rendah diri bila berhadapan dengan orang lain.


    Tu dia gelas Coca Cola yg diberi pree...

    Nyum nyum... this is for ME!
    Kakak bila dah dapat belon lupa terus nak makan. Adik ja yang suka sangat makan fries sampai bertabur tabur ke lantai. Mana dia tak suka, fries dia sedikit masin. Berperisa, tu la suka sangat tu. Dalam syok bergambar bateri pulak kong. Aisey terlepas peluang nak bergambar dengan bangunan Mc D sini yang agak unik. Tak pa gelas tu ada 6 kaler, kita baru dapat 2... hahahaa. Len kali kita pi lagi. O-rait!

    II. BARBEQUE DE AL BUQUER

    Dalam musim panas ni ramai orang berbarbeque. Seronoklah pada mereka yang tinggal di rumah yang ada laman. Tapi bagi yang dok di flat macam kami ni macammana pulak? Lagi haru, balkoni pun tadak. Memang tadak can lah gamaknya. Tambahan pulak semua park/garden kat London ni memang tak benarkan pembakaran terbuka, so its a BIG BIG NO to barbeque in the park. Betoi ka tadak can??? Hehehee... BUT pepatah melayu ada mengatakan: Di mana ada kemahuan disitu ada jalan. Pepatah omputih pulak menyebut: When there's a will, there's a way. Ahak... So kat mana kita nak barbeque ni mummy???


    Uik... kat mana ni? Siap ada disc sky ni?
    YESSS... kita barbeque kat bumbung rumah! hahahaaa... So masa hari ahad tu ada Nottinghill Carnival kat dgn area rumah kami ni. So kami bajet sahlah warga flat semua akan kosong dan memenuhi Carnival tersebut. Carnival ni tetiap tahun dia buat, kami pi sekejap ja tapi bila tengok ramai sangat org kat main street dia kami pun patah balik. Kansel. Sebagai gantinya kami ambil peluang untuk berbabeque dgn harapan tidak ada gangguan atau menghadapi sebarang komplen dari warga lain, kot lah asap masuk rumah diorang kan?

    Adik & kakak bersedia nak pi Notinghill Carnival...

    Org ramai meniup trumpet dan wisel sepanjang jalan. Bingit! Kakak pun join sama. Polis berkuda ditempatkan menjaga keselamatan awam.
    Apalagi kami bentanglah tikar dan bawak bantal sekali kat bumbung tu kot adik nak baring2. Kakak pulak dgn horsey horsey dia yang baru dibeli kat carboot sale sehari sebelum tu. Adik nak naik kejap pun tak di kasinya. Kakak, share la dengan adik ya... Untuk Barbeque ni kami gunakan disposable barbeque set yang dibeli dari Tesco. Cukup mudah, cuma perlukan mancis api sebatang ja. Cucuh dah dia akan terbakar dengan sendiri selama 15-20 menet sebelum charcoal itu menjadi bara yang panas. Masa awal2 tu asap banyak, risau kot ada yang call bomba kata ada kebakaran, hehehee... tapi nasib angin yang kuat yang tak tentu arahnya telah menyebabkan asap tu terpecah2 & hilang sekelip mata.


    Ya, kita ada timun, jagung, sausage, ayam dan kambing... mau mana?

    Meh daddy try test rusuk kambing ni dulu... apa rasanya?
    Mmm... sungguh yummy sekali. Kakak enjoy ayam dan jagung. Adik tak heran asyiklah nak main small pool yang jiran kami punya tu yg dah dipenuhi dengan air hujan. Di tepuk2 terpercik ke muka pastu gelak sorang2. Kemudian dia pi tepuk2 pulak tombol yg ala ala chimney itu. Seronok sangat dia! Kakak sekali sekala join sama. Habis jugalah kesemua bahan yang nak di panggang dengan menggunakan disposable BBQ set ni. Memang mudah dan bersihlah set ni. Walau pun stakat di atas bumbung, jadilah... puas hati mokcik & pokcik, ahak-ahak i like it! Kakak, adik, we are done, masuk! mandi!


    Sapa mau rasa ini ayam hangit? hahahaaa... sedap ooo...
    Apa aja lah mainan dua beradik ni???
    Mummy begitu istiqomah sekali dalam ber-BBQ, & akhirnya kakak bagi juga adik naik horsey horsey, good girl, kakak!
    Oh ya, kalau aku tak sempat update sebelum Ramadhan menjelma, kami ucapkan selamat menjalankan ibadah puasa. Moga puasa tahun ini lebih baik dari tahun yg terdahulu. Selain itu kami juga ingin mengucapkan selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan negara yang ke-51. MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
    Challo!
    **** ** ****
  • Thursday, August 21, 2008

    Fruit Picking, Badminton & Birthday Party

    TIADA cerita khusus yang nak di tuliskan kali ni. Buat masa ni agak hangat cerita di Tanah Air dengan PRK P44 Pematang Pauh. Ke yang jauh macam kami ni saja yang tercari2 berita terkini? Kat sana yg luar dari P44 terasa hangat dan meledak tak? Oke, sebelum meletup pom pomm jom redakan kehangatan itu dgn meyusuri kisah dlm family diary kali ini...


    I. FRUIT PICKING - SUMMER 2008

    Bila tengok website kat Garson's Farm tu dah ada buah epal, mummy pun terus bagi suggestion untuk ke sana. Malah sebelum tu lagi dah banyak kali nak ke sini. Dengan ada nya family Mozak dan family Shahrul yg bersetuju nak pi bersama2, lagi lah bagusnya. The more the merrier.

    Para pelancong dr Malaysia yang mengambil peluang berfruit picking di Garson's Farm, Esher.

    Adik kunyah blackcurrent... ada rasa ribena tak, adik?
    Bila sampai di situ takde lainlah selain terus mencari buah apa yg sudah sedia utk di petik. Kali ni jagung menarik perhatian kami. Selalunya bila dah petik kita timbang dan bayar. So bila kat tempat jagung ni semua pakat buang kulit jagung dan tongkolnya siap siap. Konon nak ringan sikit laaa. Bukan kami je, majoriti yg ada kat situ pun semua buat cam tu. Sekali bila time bayar... hat jagung ni dia tak timbang daaa... dia ikut berapa ketul! Hahahaaaaa... Janganlah nak berangan, awal2 dia dah tau taktik org ramai tu. Cit! Tak kisah lah, jagung dia ni memang manis, rebus sapu butter, ngap memang sedap. Mozak bagi tip suh gaul ngan gula dan garam, yummy.

    Mencari sweet corn yg dah ranum...

    Yeah... jumpa dah. Oke balik nanti rebus terus, jgn kasi can.
    Seronok tgk bebudak ni mencari strawberi...
    Selain dari buah, bunga pun ada juga kat sini. Tapi tak semeriah yang kami pegi dulu. Boleh la kalau nak bergambar. Dari situ baru lah kami ke ladang epal. Buahnya sudah banyak yg jatuh ke bumi. Bertabur sahaja. Rasa epal dia tak lah manis mana kali ni. Tapi saja nak rasa meriah memetik epal boleh la. Pokok pokok dia yang renek tu memudahkan Nabila dan Haziq untuk petik sama. Walau pun pada awalnya kakak dan adik asyik nak meragam, tapi dah last last tu diorang oke. Baru lah lega bila diorang dah mahu berlari sana sini sendiri.


    Ambik yg merah saja...
    Kalau rumah kami ada tanah, dah tanam dah sepokok...
    Buah plum kali ni manis rasanya. Tapi dah nak hujung2 musim kot. Punya la terselak selak daunnya mencari. Dah jarang2 buahnya dan payah nak jumpa yang banyak berjurai dalam satu tangkai. Bila dah jumpa banyak pula yang terus masuk dlm perut. Bila dah errrrkkkk kenyang, baru lah terhegeh2 nak pi bayar baki beberapa ketul lagi tu, ahak... Balik rumah, seperti yang di jangka, sampai la ni masih ada lagi buah epal dan plum yang tak habis makan. Masa memetik tu memang excited, rasa cam sedap je buahnya, bila bawak balik time tu la rasa jemu pulak nak mengabis... huhuhuuu...

    Yesss adik, ni ada sebijik...

    Kakak pun dapat jugak... manis buah plum ni.

    Makan time, thanks to sue & ita yg bawa macam macam...

    II. MERDEKA BADMINTON TOURNAMENT 2008

    Daddy masuk lagi. Sama seperti tahun lepas aku berpasangan dengan Mozak. Selepas di tewaskan dalam pusingan pertama tahun lalu, kali ini kami bangkit dengan semangat yang baru. Ternyata latihan selama setahun berjaya membuahkan hasil. Perlawanan kami yang pertama mempertembungkan kami dengan lawan yang penah menewaskan kami dulu. Tapi... dia ingat mudah nak tewaskan kami kali ni? Oh dia silaaaapppp.... hahahahaaaa... walau pun kami amat asing dengan sistem pemarkahan 21 itu kami telah berjaya menewaskan mereka dgn straight set 21-17, 22-20. "Riak" tak? kwang kwang kwang.... ini telah melayakkan kami untuk ke suku akhir.

    Oi org sebelah, apsal bagi tinggi2 je ni, smash la skit, hahahaaa...
    Namun kegembiraan kami tidak kekal lama, apa bila badi bergu negara di sukan Olympic yg tewas di peringkat suku akhir ternyata membelenggu kami. Iye la tu... Lawan kami Faris-Suhaimi begitu jitu sekali dengan pukulan jumping smash yang seakan peluru berpandu. Tak sempat nak angkat raket, shuttle dah sampai. Mana aci? Maka pada point yg terakhir, dengan senyum yg terpaksa, kami pun bersalaman dengan mereka di jaring, hahahaa... dan terpaksa akur menerima kekalahan straight set, huhuhuuu...

    Senyum je... senyum je.... jgn tunjuk muka frust, senyum je...

    Sebab dah kalah aku pun tak ingat berapa score nya. Boleh percaya tak? Tapi atas 10 point jugalah markah kami. Tak le kena titik teruk sangat, uik... tak ngaku jugak tu? hehehee... lantak kau lah labuuuuuu!

    III. BIRTHDAY PARTY ADIK IRFAN DANIEL

    Thanks pada Amal & family yg menjemput kami. Kami tiba lewat sedikit sebab aku nak tengok badminton Lee Chong Wei vs Li Dan tu dulu. Nampaknya memang mamat China tu tengah top form. Apa yg di buat Chong Wei semua tak menjadi. Jadilah dpt tempat kedua. Minggu depan saya mahu kamu buat yang lebih baik lagi! Minggu depan? Aik, macam AF pulak ya? Ahak...

    Kanak kanak riang bermain...

    Adik ngan birthday boy... Adik, turunkan baju tu!
    Macam macam juadah juga yang tersedia. Sedap2 belaka especially pulut kuning dgn rendang sebab macam dah lama beno pulak rasanya aku tak makan. So hat yg itu aku pulun lebih sikit. Birthday boy pun sungguh well behave. Bila dah ada majlis begini inilah tempat berkumpul dan berjumpa. Macam2 lah topik yang di borak. Sedar sedar dah nak masuk maghrib jugalah baru kami berangkat. So kami nak ucapkan Happy birthday to adik Irfan Daniel, semoga menjadi anak yg soleh ya. Wish apa tahun ni? Mintak dapat adik? Ha Amal, dengar tu! Hahahaaa...

    Wokeh... chiow dulu. Jaga diri bebaik no...


    Ta-ta!


    **** ** ****
  • Wednesday, August 13, 2008

    Olimpik & Lain Lain


    Ya? Datang sini ni, ada sakit apa? ... biar doktor cek ya. :)
    MAJLIS pembukaan Olympic tak dapat aku tengok tapi ramai kata gah gilang gemilang. Tgk dlm paper pun bleh terasa dia punya gedebom gedebang lip lap sana sini meriah sakan. Tu blum lagi gambar2 dari emel yg org fwd. Cung melecung lah. So nak mendapatkan cebisan Olimpik ni kami pun pi lah ke Trafalgar Square hari Ahad lepas. Kat situ konon2nya ada Trafalgar Festival sempena sukan Olimpik ni. Dengarnya kalau kena dengan masanya boleh lah tengok tarian cina ala ala pembukaan olimpik jugak... ahak.

    Picaddily Circus, Liliwhites pun bulum buka daaaa...

    Mummy tgk souvenir kat sini, mmm takde yg menarik katanya...

    Sebenarnya kami nak ke Liliwhites tapi sebab terawal sampai, kedai pun tak bukak lagi. Kat sini kalau hari ahad ada kedai yang pukul 12 tghr baru start, dah lah bukak lambat tutup pulak awal dalam kul 5-6 petang dah padam! So dari Liliwhites tu kami jalan kaki melalui Leicester Square terus ke Trafalgar Square. Bila sampai org dah ramai, especially kat tangga nak ke National Gallery tu penuh org dok menengok screen beso. Kami pun apa lagi... join sama, tapi bukan ambik perhatian sgt kat game yang berlangsung, bergambo je lebih, hahahaaa...


    Masa kami pi tengah acara 10 metre syncronized diving...

    Kakak & Daddy pun nak try syncronized juga...
    Mummy tengah kusyuk tengok acara renang pulak...
    Syok pulak bila ada big screen tv ni. Asyik jugak tengok beramai2, dah jadi tempat lepak lah kawasan ni, memang selalu tempat lepak pon, hahahaa. Cuaca pulak masa tu cerah tapi tak panas, kira nyaman la... memang bagus sangat lah tu. Kami pun luang kan masa lebih sikit kat sini sebab bukan ada nak pegi mana pun. Habis habis pun sat lagi patah balik ke Liliwhites sebab mummy ada nak cari benda kat situ. Eh aku terperasan, burung merpati yg banyak tu pun dah ghaib daaa... mana pegi ntah!
    Suka no kakak bergayut gayutan di sini...
    Tangga nak ke National Gallery yg penuh penonton. Jom close up gambo dema nak?

    Ada muka muka yg di kenali tak? Ada?

    Dari sini aku tunjuk kan mummy restoran Malaysia, Jom Makan. Alah yang pelancaran dia siap kuar kat TV di Mesia tu lah. Tapi mintak maaplah tuan punya kedai ya, masakannya tak sedap! huhuhuu... tak sedap ikut tekak aku lah, serba serbi aku rasa tawaq hebiaq! Tapi aku cuma rasa 3 benda ja, soto, mee kari & nasi kerabu ayam percik. Tak bleh makan laaa... mungkin dia punya target market is local, so mungkin omputih boleh terima rasa yang begitu. Tapi omputih pun dah ramai yang travel, diorang pun dah boleh kenal mana yang authentic & yang fusion. Asian food is no alien to them anymore. Yang kelakarnya masa aku pi bawak tetamu makan kat situ, tetamu aku tu nak order air tembikai tapi dalam menu dia cuma ada air tembikai campur laici, air tembikai alone tadak. Tetamu aku ni mintak lah jugak, so waitress dia kata nanti dia tanya chef dia dulu, pastu oke katanya... sekaaaali datang, air tembikai kaler hijau daaaa... ingatkan honeydew, rope ropenyer apa tau? Kulit tembikai yg di blend nya! Waaaahahahaa.... lawak tak? nak tergelak giler aku. Apa lagi, berpintal muka tetamu aku tu minum... nasib ada order air lain sama. Isk isk isk... takkan la tukang buat air tu tak tahu what watermelon juice is? How ridiculous!


    Kalau dtg Trafalgar Square singgah lah sini, mana tau kot kena dgn tekak korang...

    Bergambar ngan patung Charlie Chaplin kat Leicester Square...
    Cerita lain, dekat dengan tempat aku bekerja ada Royal Academy of Arts. Selalu jugak aku lalu lalang depan bangunan dia yg di beri nama Burlington House. Banyak pameran di sini & pameran dia bertukar2 saban waktu tapi tak pernah pun aku singgah. So memandangkan kami park keta area situ, boleh lah bawak mummy dan kakak masuk jap. Masuk kat perkarangan dia ja, tak masuk ke dalam sebab berbayo! Hahahahaa... lagi pun kami bukan appreciate sangat benda2 yg di pamerkan. So kat luar saja sudah cukup. Kakak pun sungguh seronok berlari2 sbb ada cute water fountain dan burung merpati. Adik tido sahaja dalam strollernya... Banyak iron sculpture yang ntah hapa hapa motive nya di bina kat luar ni. Sculpture2 ni pun akan bertukar2 ikut pameran apa yg berlangsung.
    Mini water fountain... adik nyenyak manjang...

    Burlington House...

    Adik!!! letak balik souvenir tu, we are not buying that!
    Apa lagi ya... mmm... ada satu waktu tu kami lunch kat satu lagi restoran Malaysia yang baru di buka kat sini. Prince of Wales namanya. Nama omputih sebab owner bangunan tu memang mat salleh, bawah sign board dia ada tertulis: Restoran Melayu, Malaysia Boleh! Orang yang mengusahakannya orang melayu kita. Ruangnya agak luas so lebih selesa untuk bawa anak kecil macam kami ni. Makanan melayu dan omputih pun ada, halal semuanya. Apa lagi, mummy pun terus try Sirloin Steak, daddy jugak makan nasi putih, hahahaaa. Rasanya boleh tahan & harga pun berpatutan cuma servisnya harus di percepatkan lagi... So la ni selain dari canteen MSD, Bonda Cafe, Jom Makan, Sate House dan 2-3 yg lain boleh lah try restoran ini pula yang letaknya di Wilesden Lane, Kilburn. Pi lah rasa, support restoran Malaysian kita... dan kalau tak segan boleh juga berkaraoke kat situ, macam2 lagu omputih & melayu pun ada, free ja...


    Ruang restoran yg luas & selesa... Amal tengah melontarkan suara, lalalalaaa...
    Bersama Kak Yan, orang kuat Restoran Melayu, Malaysia Boleh!
    Apa lagi aku nak merapu kat sini ya? Emmm... dah takde benda dah. Cukup2 lah tu, len kali bertemu lagi... So kepada peminat2 ku sekalian (mummy, nabila & haziq), daddy take a bow dulu...

    Muaaah!

    *Semoga perseorangan badminton negara, Lee Chong Wei dan pasangan bergu negara Koo Kien Keat-Tan Boon Heong berjaya membawa pulang emas untuk Malaysia. Malaysia Boleh!



    **** ** ****