• Saturday, September 27, 2008

    Ramadhan & Menjelang Syawal di Rantauan

    TAHUN ini kami berpuasa sama hari/tarikh semacam yg di tanah air tapi raya belum tahu lagi... Ntah ntah kami dulu yang melaram dengan baju baru, ahak. Cumanya kali ni kami berpuasa lebih panjang. Hari pertama tu start pukul 4 pagi sampai lah pukul 7.50malam. Alhamdulillah boleh tahan. Tapi makin lama makin cepat berbukanya. Boleh di katakan, hari hari aku tapow sahaja walaupun mummy ada masak kat rumah. Saja kasi meriah lauk tambah dan yg utama kuih muih pencuci mulut. Bubur lamboq pulak di berikan percuma, boleh diambil di kantin MSD.


    Adik yang sibuk nak tolong mummy buat kuih raya...
    Teraweeh kat sini di buat 8 rakaat. Itu biasa tapi yang menjadi cabaran bila di awal Ramadhan isyak masuk lambat. So bayangkan lah dah dekat nak pukul 10 malam baru lah nak mula teraweeh. Kalau kat mesia time pukul 10 ni, dah ada yg cabut balik rumah bukak sangai carik lebihan makanan berbuka tadi. Betoi dak? Itu yg pi teraweeh la, yg tak pi ntah ntah dah lena di ulit intan... Bukan itu saja, cuaca yg dah mula sejuk menyebabkan rasa mengatok sakan, dah tu alahaiiii malasnya nak sarung jaket dan meredah malam yang dingin... adalah jugak aku terlelap, dan tak boleh nak bukak mata dah. Mungkin TER-makan banyak time berbuka kot. Jawabnya teraweeh atas katil je lah, huhuhuu...


    Thanks to Malaysia High Commission atas jemputan berbuka puasa...
    Seperti biasa tahun ini kami ada pot luck berbuka puasa lagi & ia bermula dari rumah Mozak. Ini the wifes lah yang punya plan. Kami ngekor je bawak perut. Baguslah, sekurang2nya amalan bertukar juadah dapat disemarakkan walau pun hidup di bumi penjajah. Bila dah berkumpul begini meriah juadahnya. Isk... bulan posa ni makan makan makan... Alhamdulillah. So far rezeki mewah. Bukan makan tu yg utama, silaturrahim dipereratkan lagi di bulan mulia ini. Cheewwahh...


    Pot Luck di rumah Puan Sue dan En. Mozak... macam-macam ada.

    The husbands menjamah makanan dengan penuh sopan, tertib, kusyuk dan tawadok... ahak.

    Pot Luck di rumah Puan Wan dan En. Fizan... ayo, dah licin ka???
    Di surau MSD setiap hari selepas solat teraweeh ada moreh. Makan lagi. Banyak agensi dan individu yang tampil memberikan sumbangan untuk moreh ini. Syukur banyak rezeki sampai kadang kadang cubit cubit sahaja sekadar nak merasa. Tak bleh nak masuk perut, dah penuh. Tapi ini jugaklah tempat kami berkumpul termasuklah para student yg baru datang. Surau MSD juga di meriah kan dengan pelbagai program utk org dewasa dan kanak2 termasuk Qiamullail setiap Sabtu malam Ahad. Tahniah kepada pihak MSD yang berjaya menghidupkan bulan Ramadhan ini.


    Pot Luck di rumah Puan Lina dan Encikkkk.... ops, rumah kami daaa...
    Pot luck di rumah Puan Emi & En. Harris...

    So amacam? Dah siap baju raya? Kuih raya berapa jenis? Penuh kah satu meja? La ni elok lah buat sendiri dan berala kadar, harga barang pun dah naik semua. Langsir lama tu basuh lah balik. Bubuh labuci sikit dan tampal ropol2... dah jadi baru! Yg penting kreatif, hahahaa...
    Anak anak pun riang dpt bertemu di pot luck ramadhan anjuran kaum ibu... ahak.
    Kami tahun ni ala kadar sahaja. Memandangkan kami kat sini tak perlu menukar langsir, alas meja dan segala mak nenek, so boleh lah ada baju raya baru tahun ni. Cheewah, berbanyak thanks kpd Kak Ijah & Kak Oji yang susah payah mencari kain, menempah dan mengepos baju raya kami ke mari. Tengkiu. Yang lebih diutamakan hal anak anak sahaja. Walau pun kakak dan adik mungkin belum faham tentang datangnya Syawal tapi hati gembira melihat mereka berpakaian elok di pagi Syawal nanti. So konsep menyambut Syawal kami kali ini ialah... sederhana tetapi meriah! hahahaaa.... Korang camna?


    Mummy dan kakak mengambil bungkusan dari kak Oji... tengkiu.
    Time bulan posa ni kadang kadang buat hati jadi sayu. Apatah lagi bila nak menjelang Syawal, lagi lah terasanya. Ramadhan akan pergi meninggalkan kita. Entah bertemu lagi ntah tidak. Ingatan kepada arwah Ayah akan semakin menjadi-jadi. Ingatan kepada keluarga yang jauh di mata juga sama. Rindu rasanya nak mencium tangan Ayah di pagi Syawal memohon ampun dan maaf. Kini hanya al-fatihah mampu diberi dengan harapan semoga Ayah tenang dan berbahagia di sana. Sungguh, betul-betul aku rindukan Ayah. Sebak sudah pun mula terasa bila tahun ini sekali lagi tak dapat juga mencium pipi dan memeluk erat Mak. Hanya mampu memohon kemaafan dari kejauhan. Mulalah terkenang kemeriahan beraya bersama kakak adik abang & anak-anak saudara yg ramainya dah mencecah 29 orang. Bertemu kenalan, bertanya khabar dan bermaafan. Tapi itu lah hakikat orang merantau. InsyaAllah, panjang umur, dengan izin Allah akan bertemu kembali.
    Kepada Bonda Hajjah Salbiah, Bonda Masenah & Ayahanda Md Arif, anakanda sekeluarga memohon ampun dan maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki andai ada salah silap yang kami lakukan. Halalkan makan minum, sungguh sungguh kami berterima kasih kerana telah membesarkan kami dengan penuh kasih sayang. Selamat Hari Raya Aidilfitri, ayah bonda tak pernah lekang dari ingatan...
    Kepada semua Abang Kakak Adik dan anak anak saudara di Ipoh & Melawati, selamat hari raya maaf dzahir dan batin. Kalau makan kuih raya tu ingat ingat lah kami disini. Kalau ada yg bermain bunga api itu, hati hati...
    Kepada sanak saudara & rakan taulan (tak kira yg betul kenal atau sekadar kenal di alam maya) kami ucapkan selamat hari raya aidilfitri maafkan segala kesilapan, 0-0... anak aku dah 2 orang, sapa yg nak bagi duit raya sila sila kan lah ya, hahahaaa...
    Akhir sekali kami mendoakan yang terbaik buat kita di Lebaran Mulia. Semoga Allah memberi kekuatan untuk mengekalkan amalan baik di bulan Ramadhan dan melepaskan amalan buruk yang sudah kita ditinggalkan. Sambutlah lebaran dengan penuh rasa syukur dan gembira, ingat-ingatlah sama pada yang jauh, juga pada yang telah tiada... Hati hati bila memandu.

    Salam Aidilfitri dari kami...


    **** ** ****
  • Tuesday, September 23, 2008

    Award II & Portobello

    Kakak la ni suka la mengkrodi kamera daddy, inilah hasilnya...

    AWARD II
    Rezeki Ramadhan kot. Orang dapat kad raya kami dapat Award, ahak. Thanks to Sue-Aleen yang telah memberikan award ni kepada kami. Nampaknya kena beli almari baru lah kot raya ni, kalau tak mana nak letak award ni ntah, hahaaa... Katanya blog kreatif, tak tahulah aku tang mana creativenya blog ni. Tapi orang kasi kita amik, syukur Alhamdulillah. Same as award yg lalu, aku patutnya serah pulak kat orang lain, tapi yg ni pun aku nak simpan sendiri. Biar award dah sampai beribu ribu pastu baru aku kasi orang lain. amacam? Oke dak? Tapi kalau ada yang tak tahu malu, print je la dan frame sendiri, takpe aku tak kisah. Hahaaaa....


    PORTOBELLO
    Bulan posa ni kan kalau hari Sabtu atau Ahad cukup lah terasa panjangnya. So untuk kill the time kami akan cari aktiviti yang boleh kami manfaatkan. Within a walking distance from our place, there is a flee-market-alike with many many hawkers on Saturday that is Portobello. This is a very long stretch street that sell almost anything you could find under the sun. But then, we decided to confine ourself to the area where they sell antiques. Tell you what, it was amazing to see all the stuffs that are actually dated back to 14 to 18 centuries. How they manage to keep all these antiques in a very good condition, shining and working perfectly well, i dont know. And even more amazing when they can actually tell you the stories behind them, (or perhaps they just made it themselve! hahaa... - which i believe is almost unlikely).


    Mangkuk talam teko candle holder dari silver...
    Kakak, should i buy this sword? What do you think?
    We first opted to spend two hours here in Portobello, thus i have paid for 2 hours parking ticket. But then, i could not keep-up with kakak who by now was so eager to grab and simply snatch what ever fancy her from the hawkers table, especially those old ages jewelleries (which by the way will cost you arms and legs!) that dingle from the string they tied on few poles. She was very persistant that i almost lost control. So i have no choice but to carry kakak. Dah lah posa and with my tummy kept on growling, we hence have to find the exit. Adik was all along sleeping in his stroller.


    Mummy dicelah orang ramai...
    Famous bone china from England...
    Luckily we stumbled upon one stall that sells cakes - cup cakes. They look very cute with all the pink cream and colourful sprinkle on top. What most important it has much enough to entice kakak from going back to the expensive antiques jewelleries. Selamat. So bought one of the cupcakes - a giant one and kakak was happy. But then, by this time we thought we should just go home, jalan kejap je dah penat, and so we did.

    Kakak please do not touch, look only.

    Kamera lama tu menarik sekali...
    Well, we actually hardly spend our time at this end of the Portobello Street. Everytime we were here we would start from the middle of the street and walk to the other end that sells most of the London souvenirs and also vegetable. Plus this end is like walking down the hill - much easier. There is a Malaysia cafe in the midst of this busy street and is known as Restoran Makan. We have only tried it one time when kak cho and kak chik were here. Funny thing happened back then when i was about to pay, the cashier (in mid 20s) suddenly asked me: Pakcik datang bercuti ke? Huhuhuhu.... PAKCIK??? Alamak, do I look old? Ops, may be i should rephrase, do i not look young??? hahahaaa... Mmmm, perhaps i should seriously start thinking about finding those anti aging and anti wrinkle cream! ahak. I answered him sincerely while at the back of my head i can hear me laughing out loud (or maybe crying - could not define which one!), huhuhuuu... Since then we have never tried restoran Makan anymore. Dont get me wrong, no, not the incident that kept us away from it, it is just like i said before, we rarely go to Portobello and coincidently everytime we were there, it is just not the makan time. Having said that, the food was good thus recommended, eventhough we have only tried it once.

    No daddy, noooo! There were times kakak doesnt like her photo to be taken.
    Kedai bunga di portobello...
    Dah terlanjur cakap pasal makan ni, there is one restaurant called Melur formerly known as Mawar - located at the Edgware Road- is now opened, we thought of having our iftar there today... So selamat berbuka posa. Nak join? Jom!

    bye....

    **** ** ****
  • Friday, September 12, 2008

    Ashford: Tempat Membeli Belah


    Emmmmmm cak!!! Bertemu lagi... posa ke ari ni?
    ADA sekali dua kami ke Ashford ni tapi tak pernah tulis pun pasal tempat ni. Ni sama lah macam Swindon designer outlet. Kiranya tempat ni murah la sikit dari yang di jual di London nu, walaupun brand yg sama. Barangan yang ada kat sini boleh aku ketegori kan sebagai intermediate lah. Macam jenama next, gap, m&s dan sebagainya. Kalau yang kat Bicester Village tu yang mahal mahal, yang selalunya malas nak jenguk sebab dah tahu tak berapa nak mampu!


    Ni lah Ashford, kedai2 dia membentuk oval dengan parking space di tengah2. Bumbung macam khemah red indian daaa....
    Kami ke sini pun bukan ada tujuan nak membeli apa apa, cuma mencari mana tempat nak keluar dr kesesakan kota London. Hampir 2 jam juga memandu ke sini. Kat UK ni pada org yg besa besa ja macam kami ni memang lebih selesa bershopping jika di banding di mesia. Sebab apa tau? Sebab kat sini, kita buleh try baju ka, kasut ka, ikut suka tanpa ada salesgirls yang menyibuk mengekor ikut belakang. Ya lah, kadang2 harga barang2 tu mahal dan kita pun tahu kita tak mampu nak beli, tentu kita rasa macam segan. Kat sini kasut ka baju ka yang rega beratus ratus pound pun ko try lah sesuka hati 3-4 pasang, pastu kalau tak mo beli (nak beli duet ja tak cukup! hehehe), letak saja balik di rak nya. Tak kisah pun.


    Mummy berkenan dgn pokok bunga tu, terus bergambar....

    Kakak posing apa tatau???

    Kakak share ice cream ngan adik, mmmmm... buat daddy terliur saja lah!
    Cerita pasal beli barang ni kan... aku ada satu cerita yang terkena kat batang hidung aku, tapi aku rasa lucu. Dulu masa aku memula datang UK ni memang kitorang bajet giler. Ya la ada duit £300 ja dlm poket. So kebanyakan baju aku, aku beli kat Primark. Primark ni kedai murah la senang cakap. Takdak jenama punya kedai tapi bukan barang second hand, elok elok. La ni pun kami masih membeli barang2 di Primark ni. Tak jadi hal lah.
    Cerita ni terjadi masa aku ngan mummy (masa ni masih berdua lagi) nak ke kedai cina Oriental City. Masa tu tak tahu jalan, so kami mintak lah sorang kakak ni tunjukkan jalan. Memandangkan kami baru kat sini, so kakak ni begitu ethusiatic sekali menceritakan kedai2 atau tempat tempat di sepanjang jalan. Nak jadi cerita, dalam perjalanan tu kami lalu depan kedai Primark kat Kilburn dan kakak ni begitu excited sekali & terus cakap:
    "Haaa, yg nii Primark... banyak jual baju kat sini. Ni kira macam tempat orang yg tak mampu la..."
    Uik! nak tersedak aku, hahahaaa.... Mana tak nya, jaket yang aku pakai masa tu memang aku beli kat kedai tu pun! Mummy pun cuma mampu senyum2 je... kami tak terkata apa, lawak sungguh rasanya. Bila balik rumah kami gelak giler giler, hahahahaaa... tempat orang tak mampu katanya... waaaakakakakaa... sian aku, ahak!
    Jangan pulak ada yg pandang serong pada kakak ni, dia cuma describe kan tempat itu sahaja. Dia pun tatau aku pakai baju Primark, kalau tau mesti dia tak cakap camtu, ke bila aku yg pakai baju tu, terus baju tu nampak mahal? hahahaaa... perasan!


    Kakak seronok berlari2 dlm terowong....

    Pastu menjerit kaki terceluih dan tersangkut, ahak...

    Adik main wheel apa ntah ni...

    Pastu, weeeeeeeeeee.... naik papan gelonsor, hahahaaa... best adik?
    Masa kat Ashford ni kami banyak habiskan masa kat playground dia. Kakak begitu lah excited sekali, ke hulu hilir sampai tak mau balik. Adik pun syok juga. Last last sekali terpaksalah umpan aiskrim. Itu pun jenuh memujuk, suka beno lah kakak dapat ke playgound. Pada hal bukan dia main apa sangat, dia suka berlari sana sini di celah celah anak mat salleh yg lain. Dah berjaya memujuk kakak, apa lagi, kami balik lah. Sesapa yg nak shopping raya boleh lah fikirkan tempat ini. Parking murah, £1 = 4 jam.

    Wokeh semua... posa elok elok naaa....


    Salam.


    **** ** ****
  • Monday, September 08, 2008

    Award & Merdeka Karnival 2008


    I. AWARD

    LIHATLAH dunia!!! hahahaaa...dulu2 selalu sgt aku dengar ungkapan ini dibuat semacam joke bg orang yg menerima anugerah. Kali ni Mar Bcn bermurah hati menganugerahkan kami award ni, tengkiu tengkiu. Dalam dunia blog pun ada award2 ya? Kalau ikut rule, aku kena pulak bagi award ni kat org laen, tapi memandangkan aku ni giler kuasa, so aku simpan sajalah award ni sorang2... ahak, boleh begitu? Pada yang teringin... pi main jauh jauh... award ini aku yang punyaaaaaaaa! hahahaaa...


    II. MERDEKA KARNIVAL 2008: Brickendonbury

    SEHARI sebelum tarikh kemerdekaan telah diadakan Karnival Merdeka dengan kehadiran ramai orang. Kali ni aku berkonvoi dgn Mozak. Bila sampai2 nampak Halim dah siap bentang tikar, dia ngajak kami join sekali. So jadilah port kami bawah pokok, redup so tak payahlah aku nak pacak khemah macam tahun lepas. Kemudian Fizan pun datang di susuli pula dengan geng2 yang lain. Seperti biasa upacara pembukaan ada ucapan dan menaikkan bendera dengan iringan lagu kebangsaan, NegaraKU. Kemudian lagu jalur gemilang berkumandang.

    Tu dia... silat pun ada di majlis pembukaan. Ampunnnkan aku, ammpunnn.. itulah kot yg dok baring tu tengah cakap, hahahaaa...
    Ntah la sambutan di tanah air macam mana? Meriah kah?Bila keadaan politik huru hara, ia menjejas semangat rakyat kebanyakan. Aku dengar tak ramai pun yg mengibarkan bendera. Suasananya tidak begitu terasa malah mungkin bendera parti bertanding di pilihanraya kecil lalu lebih meriah. Apa pun kami dgn seikhlas dan sepenuh hati berdoa semoga aman, makmur & dirgahayu Malaysia, tanah air tercinta. MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

    Kakak sibuk dgn belon dari Tourism Malaysia dia tu... suruh makan semua tak mau!

    Orang semakin ramai. Ntah bila mummy snap gambar ni, daddy pun tak perasan...
    Seperti tahun lalu, keutamaan kami ke sini adalah untuk mencari dan menikmati juadah yang telah lama hilang dari mata dan lesap dari suapan rasa. Tu dia... bermadah no! Ahak... so apa lagi, cari punya cari kami pun breakfast dengan sate 5 cucuk sorang! yummmy... isk... terliur pulak bulan2 posa ni, hish... makhruh! Ya, macam macam juadah yang ada, nasik lemak daun pisang tidak dilupa.

    Nasi lemak any one??? syedappp nyierr...

    Port kami bawah pokok, dari pagi sampai ke petang... melangut la kat sini.
    Teringat lah aku zaman2 sekolah dulu... 20sen je sebungkus. La ni £3.50 sebungkus lebih kurang 22 rengget lah! Lauknya cuma ikan bilis dan telur rebus. Kacang dan timun tu standard la kan... apa pun puas hati sebab rasanya sedap dan aroma daun pisang itu TETAP menjadi pojaan lubang hidungku. Wangi. Aiskrim mesia pun ada. Tapi kakak tak mau, eksyen... dia nak aiskrim mat salleh juga, huh. Roti canai, apam balik, ayam percik, macam2 lah... rugi sapa yg dah lama tak balik mesia tak datang sini. Rugi... rugii...

    Hai kak Puteri, lamanya kita tak jumpa ya...
    Mmm... nak beli apa ni ya? Di salah satu gerai di situ...
    Kakak memula takut takut nak naik bouncy castle. Dok lah kat tepi tepi sahaja dan bila aku suh ke dalam mula nak teriak. Tapi lama lama bila adik pulak datang dan dengan macho nya telah masuk ke tengah bouncy castle di celah celah bebudak yang melompat2 tu, baru lah kakak berani sikit. Lepas tu, dia pulak yang tak nak beredar. So bila aku nak hantar adik ke mummy, kakak tinggal di bouncy castle tu sendiri. Sedar2 Mozak talipon... kakak dah menangis dan berlegar2 di kawasan karnival mencari daddy! huhuhuuu...

    Syok naik bouncy castle ya?

    Bebudak ni buat tempat lepak pulak dah?? Berbaring dan bersantai...

    Adik di antara kaki kaki yang melompat lompat...
    Dekat dengan port kami ni diadakan pula acara sukaneka untuk kanak-kanak dan untuk mak bapak kanak-kanak sekali. ahak... Aku dok kat tepi bagi sokongan pada pasukan yg aku kenal. Bila kita ke tempat begini kita kena take part. Get involve. Kalau tak, tentu kita tak begitu merasa kemeriahannya.

    Lepas acara isi air dalam botol, adik pulak main air dalam baldi!
    Acara bawak bola pimpong dlm sudu, gold medal di menangi oleh Mozak dan Farah. Sebab ini lah kot semangat Mozak menyala2 bila tetiba dia muncul dan bagi tahu yg dia dah registerkan nama kami semua untuk masuk acara tarik tali! Hahahaa... tapi takpe lah... kami semua sporting kecuali Nazim yang tarik diri di saat akhir, aparaaa... So kami plan untuk jadik satu kumpulan tapi malangnya penganjur dah pecahkan kumpulan kami daaaa.... dan lagi malang kumpulan aku pulak yg kalah! huhuhu.... Siot betul lah, melepasss aku medal, duit RM beribu-ribu, gelaran Datuk dan pencen RM3000 sebulan! hahahaaa.... apa nak buat tadak rejeki... ahak-ahak. Yg penting semua pun suka suka bergembira.

    Aku ngan firdaus bersedia... [gambar ehsan En. Mozak - tengkiu]

    Ada anchor mat salleh pun bleh kalah, cam no ni??? Mmm... mungkin team blah sana terlebih peserta kot? aahahahaaa... [lagi pic dr En. Mozak]
    Bahagian stage aku tak tengok sangat kali ni. Apa pun program ini berjaya walaupun nampak gayanya bajet kali ni terhad dari tahun sebelumnya. Org ramai yg datang & cuaca yang cantik menambah ceriakan lagi sehari di Brickendonbury. Cuma aku terkilan sikit sebab makcik yg juai ayam percik tahun lepas yang sedap sangat tu tidak membuka gerai kali ini... Patut lah aku cari tak jumpa, huhuhuuu... alahai makcik, makcik ada gerai ke? Kat mana?
    Huhuhuuu....



    **** ** ****