• Thursday, June 22, 2006

    Windsor Castle ~ Kalitu & Kalini...

    Photobucket - Video and Image HostingKAMI penah ke mari!

    Kali tu kami pergi dengan Nuzul & Liza. Tapi tak banyak kami bergambar sebab terkejar2. Kali ni member dr KL dtg. So kami pun bawak dia pi and at the same time ambik peluang. Posing posing alang kepalang. Hari tu cantik cuaca pun terang.


    Ni la member kami tu. Dia ni sungguh berbakat. Menyanyi menari MC semua buleh, hehehe...


    Kali tu kami bayar untuk masuk ke sini. £12.50 per person per entry. Kali ni sebaik sampai di gate Windsor Castle ni, kami diberi tiket free. Memula tergezut jugak… rupa2nya memang betoi bukan lawak. Dapat for group more than 60 people punyer tiket.Yahooooooo…Best! Save budget!

    Kali tu kami datang bawak roti, sardine, butter, air & semua bagai, berat gak aku meyandang beg tu. Tumpah pulak air basah seluar aku! Kali ni kami melenggang. Cuma bawak Nabila punya beg sandang. Jalan pun lebih selesa, takde la merendih segala benda. Kami bergerak laju saja sebab panas mencucuk kepala. Tapi bergambar, bergambar juga. Alang alang dah masuk percuma, belasah aje le! Hahahaa...

    *** ************ ***

    Sikit sikit about d' Castle


    *Merupakah the official resident of the Queen sehingga kini

    *Telah dibina lebih 900 tahun lalu

    *Also the largest occupied Castle in the world

    *Pernah rosak akibat kebakaran pada 1992 namun berjaya dipulihkan.

    *Disini korang buleh tengok Queens Mary's Dolls' house, State Apartment, Drawing Gallery juga koleksi pinggan mangkuk porcelain di raja.

    *** ************ ***

    .
    Kali tu masuk2 je ke Windsor Castle ni kami terus soroo. Tak tahu pulak castle dah nak tutup masa tu. Tetiba pak guard datang bagi tahu. Kami berkemas dah blah terburu2. Kali ni kami masuk terus bergambar. Pengalaman dulu sudah mengajar. Lagi pun masa panjang lagi. Kami jalan dengan lebih rileks sekali. Posing2 pelbagai aksi.


    Kali tu masa kami datang tak nampak pulak guard berbaju merah bertopi hitam besar ni berkawad. Mungkin sebab masa tu dah terlalu lewat. Cuma ada satu je di hujung Castle tu berdiri tercegat. Kali ni kebetulan dia orang berkawad. Yg bessnya dapat member aku pose sebelah diorang tu ikut sempat. Kali ni dia pulak berdiri tercegat! Hahaha.


    Bergambar bersama the royal guard. Nabila pun sporting kali ni. Takde nak nangis2 atau ngamuk2. Tapi tengok le mukanya tu.. masaaaaaam je.... Agah agah pun masam juga!

    Kali tu masa kami datang cuaca agak sejuk. Jalan pun laju laju. Semua tempat kami pergi terburu-buru. Tambah pulak Nabila pun tak sampai 3 bulan masa tu. Jadi kami pun cuma melawat mana perlu. Kali ni cuaca panas membara. Terasa cam kat Malaysia. Gambar pun cantik cerah jadinya. Bila balik… Lina dan member aku ni mengadu pening kepala… Panadol kan ada? Aku jugak yg biasa je...


    Photobucket - Video and Image Hosting
    Kiri tu pintu keluar dia... haaa... dah puas melawat castle kami jenguk souvenir shop dia pulak.

    Kali tu kami tak sempat nak ke kedai souvenir dia. Sebab kali tu Nabila dah mengamuk segala. Kali ni Nabila bagus sekali. Dia pun sama2 enjoy the scenery. Tak nangis tak mengamuk. So dapat lah kedai2 souvenir kami masuk. Lawatan ni aku puas hati. Selain dapat bergambar kembali, kami juga dapat masuk free. Yey!

    Photobucket - Video and Image Hosting

    Lupa lak letak gambo ni tadi... ni ha replica Queen Victoria kat depan Windsor Castle ni... Apa raaa, tengah2 jalan raya diorang letak replica ni!

    Oke... cukuplah buat kali ni. Lain masa jumpa lagi.

    Daaaaaaaaa........

    **** ** ****

  • Thursday, June 15, 2006

    Queens Garden (akhirnya.....)

    YESSSS!!!! Akhirnya sampai jugak kami ke Queens Garden.
    HAHAHAHA!!!! (Gelak puas hati).

    Hari tu hari Ahad. Mulanya ingat nak lepak rumah saja sebab minggu sebelumnya dah puas berjalan ke Scotland. Tapi ntah camna, masa kami di Ikea mencari high chair Nabila, terus je idea nak ke Queens Garden ni datang mencucuk2 kepala hotak aku! hehehe... wife aku pun nampak bersetuju sgtlah dengan idea ni. So, kami pun pegi...

    Bila kami sampai je kat Gate Queens Garden tu, WAH! Masya-Allah, canteeeeek nyeerrr... hehehe. Kagum2!

    Photobucket - Video and Image Hosting
    Sampai2 je terus bergambar. Tak tunggu lagi....

    Merah, kuning, putih, oren, cream, merah pekat, merah tak pekat... hish macam2 kaler dan macam2 nama la ros kat sini.

    Kalau korang ni peminat bunga ROS... ini lah tempatnya. Memang gila kalau sapa yg minat bunga rose ni sbb kat sini ada beribu-ribu... bukan lemon, tapi beribu-ribu kuntum bunga rose dengan berpuluh-puluh jenisnya. Walaupun zahirnya ada sesetengah yg nampak sama tapi "batin"nya diorang ni mempunyai nama2 yg berlainan.

    Aktiviti posing diteruskan lagi... click click...
    Aku penah try nak masuk kelab photography masa kat MRSM dulu, tapi lepas cikgu tu tengok gambo yg aku amik guna kamera pinjam, terus dia reject application aku. Hampeh! Tak cun ke photo shot aku ini? oke angle dia kan?

    Photobucket - Video and Image HostingBukannya kami tak pernah ke sini, penah. Setiap kali kami dtg bunga ros mesti belum kembang. Cuma nampak pokok, paling tidak pun putiknya saja. Tapi kali ni... we came on the right time... Alhamdulillah. Lepas dah bergambar tu kami terus cari port untuk soroo bekal yg kami bawa. Banyak port dah di occupied. usha punya usha, kami dapat spot yg quite oke la jugak... sebelah rimbunan rose kuning. Not bad la kan...

    Photobucket - Video and Image Hosting
    Tuuu dia... sos cili maggi pun bawak. Maklum lah... mana sedap makan meehun tanpa cili sos kan?Selain tu aku ngan Nabila tetap guling2... kitorang memang dah plan nak buat aksi2 Hindustan.. hahaha
    Photobucket - Video and Image HostingLama jugak kami rileks kat situ. Yela kan, buat pe nak rush rush. Rasa tenang dan nyaman je dengan suasana rumput hijau dan warna warni bunga2 tu. Lepas kami dah kenyang dan puas rileks2 kat port tu... kami pun beredar. Memula tu ingat nak balik terus tapi sebab bunga2 ros begitu cantik so kami pun mengulang sekali lagi ke tempat ros tu. Bila dah mengulang ke tempat tu apa lagi kan? Sah sah le bergambo lagi... Yeaaaahhhhh posing lagi, posing!!! Jangan kasi can!
    Photobucket - Video and Image Hosting
    Haaa... kan dah pose lentuk2 tu... Sesuai sgt kalau ada background lagu dangdut kan? hahaha....

    Ni lagi gambo bunga saja. Tak puas hati betoi sebab tak terpilih untuk masuk kelab fotografi tu.. Kan cunggg gambo bunga yg aku amik ni... penuh dgn nilai2 artistic lagi tu... korang paham ke artistic tu hapa? aku pun main bedal je... koh koh koh (gelak tak puas hati!)
    Photobucket - Video and Image Hosting
    Memang aku recommend korang datang tempat ni. Ada satu lagi tempat nama dia Kew Garden. Kami dah masuk & pd yg tak pi lagi kami nasihatkan tak yah pi la. Dah la kena bayar £11 sorang dan bukan nya ada apa sangat dlm nya. Sini lagi bess... Tapi kalau nak pi jugak.. terpulang.
    Photobucket - Video and Image HostingBila kami nak mula beredar tu jam dah pukul 7.15 petang. Tapi masih lagi ramai yang datang berkunjung tempat ni. Mentang2 la masuk free so sesapa pun buleh datang sesuka hati. Tambahan pulak la ni pukul 9 malam pun masih terang lagi. Tu la sebabnya kot. Oh ya... kat Queens garden ni bukan nyer ada taman ros sahaja, tapi ada gak tempat riadah yg Photobucket - Video and Image Hostinglain. Ada juga padang hijau yg luas untuk aktiviti keluarga cam main bola, frisbee, baring2 & guling2. Disini juga ada tasik dan lanscape yang lain. Ada jambatan kecik & air terjun buatan yg cantik. Kami penah bergambar dulu kat situ. Kali ni sebab dah asyik sgt dengan bunga ros so kami kurang bergambar kat tempat lain. Cuma sekeping 2 ni je...

    Photobucket - Video and Image Hosting
    Cantik gak kan lanscape dia ni? Konsep ala ala tropika...
    So... dah sampailah hajat kami nak ke Queens Garden ni. Alhamdulillah. Lepas ni nak kemana pulak? Ye la... time summer ni la nak berjalan kan... Time winter nanti dok rumah je. Wokeh la... aku nak mintak diri dulu. Jaga diri hiasi peribadi.
    Photobucket - Video and Image Hosting Photobucket - Video and Image Hosting
    Sebagai penutup, ni lagi 2 keping gambar untuk tatapan pembaca2 blog kami... (macam ramai no yg baca! hahaha)
    Jumpa lagi...
    .
    Tata titi tutu....
    *tahniah la pada orang tu (siapa dia, hanya mereka dan keluarga mereka saja yg tahu!) yg dah pakai keta baru merah burgundy tu... moga lebih la rezeki di masa depan. Bila la kami nak merasa naik ni??? tak sabo rasanya. Hahaha.
    .
    **** ** ****
  • Tuesday, June 13, 2006

    Misi Jelajah Scotland ~ Day 3

    TERIMA kasih kerana masih setia dengan blog kami. Ikutilah siri TERAKHIR Misi Jelajah Scotland ini! Kwang kwang kwang....

    Photobucket - Video and Image Hosting

    Day 3 : 05.06.06
    Venue Lawatan: Falkirk Wheel, Wallace Monument, Stirling Castle & Stirling Town
    Hari ni kami keluar rumah jam 10.30 pagi. Tempat yg memula kami tuju ialah Falkirk Wheel
    Photobucket - Video and Image Hosting
    yg terdapat di bandar Falkirk. Apa dia Falkirk Wheel ni?? haaa... Inilah the first and only rotating boat lift ever existed in the World. Memang unik ciptaan ini yg merupakah salah satu projek £84.5 juta "Millenium Link". Ia juga merupakan projek terbesar yg pernah diusahakan oleh British Waterways. Falkirk Wheel ini telah menyambungkan kembali the Union Canal dengan the Forth & Clyde Canal lantas mewujudkan laluan boat dari timur ke barat.
    Photobucket - Video and Image Hosting
    Ni la Falkirk Wheel tu. Kalau la kami sampai awal boleh gak naik satu round, ye dak? Takpe.. ada la reason nak dtg lagi.. hahaha
    Photobucket - Video and Image HostingKorang nak tahu camna dia bergerak? Benda ni unik sebab satu canal tu kat bawah dan satu lagi canal tu berada 115 kaki di atas. So boat akan masuk dalam lift tu dan kemudian Falkirk Wheel ni akan rotate & angkat boat tu ke atas. Benda ni boleh mengisi 4 boat dalam satu masa dan mampu mengangkat air sebanyak 600 tan setinggi 25 meter dalam masa 4 minit! Amazing kan? So bila dah ada kat atas boat tu akan belayar dan terus masuk ke canal yg lagi satu tu.
    Hati memang teringin sgt nak naik. Tapi the boat ride might take almost 1 hour. Kami pulak dah last day ni. Pastu ada tempat lain lagi nak pegi. Jadi kami kansel je niat tu. Tangkap gambar, beli souvenir satu dua dan bergerak ke destinasi seterusnya. Daaaari kiri cepat jalan!!!!
    Photobucket - Video and Image Hosting
    Duit: Walaupun mempunyai nilai yg sama namun pound sterling di scotland mempunyai reka bentuk mereka yg tersendiri.
    Kereta peugeot aku pandu laju menuju ke Wallace Monument pulak. Tahukan Wallace Monument ni tempat apa? Kalau korang tengok crita Braveheart mesti korang tahu. Jauh jugak rupanya nak ke sini. Hampir 1 jam aku memandu dr Falkirk Wheel tadi. Sampai2 situ kami terus ke kedai souvenir dia dulu.
    Photobucket - Video and Image Hosting Photobucket - Video and Image Hosting
    Dekat perisai patung William Wallace tu ada tertulis perkataan "Braveheart". Belah kanan tu la Wallace Monument tu. Tak larat nak menapak sampai ke atas so bergambar dr bawah je...
    Wallace Monument yg tingginya 220 kaki ni terletak atas bukit yg di panggil Abbey Craig. Keta pulak cuma boleh park kat bawah je. So kena menapak kalau nak tengok dr dekat. Ah... tak larat la. So kami pun bergambar dr bawah sahaja. Tapi kalau korang naik korang boleh tengok pedang yg berusia 700 tahun kepunyaan Sir William Wallace ni. Dr bawah pun nampak jugak Wallace Monument yg dibina pada tahun 1869 yg mengambil masa 8 tahun nak siap tu. Nasib baiklah kat bawah tu pun ada jugak replica Sir William Wallace, so kami bergambar disitu je. Jadi la...
    Photobucket - Video and Image Hosting
    Lepas tu kami memecut pulak ke Stirling Castle. Stirling castle ni telah diungkapkan sebagai "the giant brooch, clasping Highlands and Lowlands together" (translation dia lebih korang camni la kot: bagaikan sebuah pin yg besar yang menyatukan Tanah Tinggi dgn Dataran).
    Ia telah menjadi the favourite castle sejak dari kurun ke-12. Kerana castle ini lah Sir Willam Wallace telah berjuang bermati2an berjuang dalam the battle of Stirling Bridge pada tahun 1297. Photobucket - Video and Image HostingDan kerana castle ini jugalah seorang lagi wira mereka Robert I (the Bruce) turut berjuang dalam pertempuran di
    Bannockburn pada tahun 1314. Ingatkan nak masuk, tapi tengoklah lantainya, cukup tak mesra stroller. kesian pulak kat Nabila...dah macam naik ketapi, so tak jadilah masuk. Cuma cam biasa ke kedai souvenir je.
    Photobucket - Video and Image Hosting
    Pemandangan dr tepi kawasan luar di benteng Stirling Castle. Cantik juga view dia ni...
    Dah tu kami ke Stirling town pulak. Kat situ sama macam bandar2 yg lain. Kedai2 yg ada disitu semuanya ada kat London. So takde la kami nak masuk sangat ke kedai2 tu. Cumanya saja nak merasa tengok bandar dia je.
    Photobucket - Video and Image Hosting Photobucket - Video and Image Hosting
    Opocot! terkezut sekejap.. hehehe... mana tak nya, bila duduk je tetiba je anjing mat salleh tu nak join sekali.. hahaha. Dedua ni pemandangan di pekan Stirling.
    Photobucket - Video and Image Hosting
    Kami pun akhir nya balik la. Sebelum ke airport aku kena hantar kereta sewa ni dulu. So kenalah bergerak lebih awal. flight kami jam 8.45malam. Kul 5.30 kami dah bertolak. Terima kasih pada Teh yg dah masakkan makan malam untuk kami sebelum balik. Alah.. tak yah susah susah la... (biasa ayat ni kan? hehehe) tapi Teh dah masak awal2... tengkiu again ya.
    Photobucket - Video and Image Hosting
    Bila dah nak balik tu barulah aku teringat nak buat video pemandangan country side yg ada bukit, ada kambing biri2 dan kuda tu. Cantik betoi pemandangan tu. Tapi malangnya dah terlambat. Sebabnya lepas kami hantar keta kami tak lalu lagi tempat tu bila ke airport. Takpe la, apa nak buat... tapi kalau korang nak tengok rakaman masa dah nak sampai airport korang klik kat sini dan kalau korang nak tengok pemandangan Edinburgh dr atas kape terobang korang klik kat sini pulak.
    .
    Photobucket - Video and Image Hosting
    Bergambar kenangan di depan rumah baru Jepp & Anis. Teh takde... dia yg tolong tangkapkan gambar ni kan.. nak wat camner... hahaha
    Apa pun 3 hari di Scotland memang tak cukup. Sesapa yg nak pi aku nasihatkan pi la seminggu.
    Again kami nak ucapkan tima kasih kat Jepp, Anis, Teh dan juga Ikhwan. Aku pun dah hafal jalan dr airport nak ke rumah korang. So jangan terkejut kalau tiba tiba je kami sampai di muka pintu.... hahaha!
    .
    THE END!
    (...and so they live happily ever after.)
    .
    **** ** ****