• Friday, January 25, 2008

    Cambridge: Revisit

    ALAMAK, macam penah dengar je tajuk2 entry camni dalam blog seorang ini??? hahahaa.... jangan marah aaa... Sekali sekala cilok idea ngko takpe kan. ahak. Kami ke mari mengikut Fizan & family sebenarnya. Bila dah tak ada apa2 plan dan kebetulan Fizan mengajak, kami pun apa lagi, on saja...
    Orange juice anyone?
    Bertolak agak lambat dan tension sebab jem kat highway A406, nasib Fizan dgn jayanya telah me-reroute kembali navigator dia dan dalam pukul 1.30 ptg kami pun sampai. Sepanjang perjalanan dan sepanjang di Cambridge asyik hujan manjang. Aku pulak terlupa bawak cap... apa lagi, basah kuyup beb. Masa kat situ kami jumpa satu couple Melayu. Ingatkan nak tanya direction tapi diorang pun blur blur... ropenya baru sampai seminggu daaa... hahaha. Lepas tu jumpa pulak dengan satu lagi org kita, dia ni lah dengan ramahnya tunjukkan direction nak ke Kings College dan juga Trinity College. So sapa kata org Malaysia kalau bertemu sesama kita di obersea berlagak sombong? Takde lah... tak kenal maka tak cinta & tak salah kalau kita dulu yg bermanis mulut.
    Kakak teruja melihat teddy bear yg tersusun elok di salah satu souvenir shop di situ...
    Kolej2 di Cambridge ni semua dlm town, jalan kaki je... itu tembok batu Kings College.
    Dalam kawasan Kings College pulak... tak leh pijak rumput!
    Kings College ni kalau nak tahu dah tuo dah usianya. Dibuka pada tahun 1441 oleh King Henry VI. Senibina kolej ini sangat gothic dan yang menarik ialah senibina chapel dia. Dulu masa kami datang punting kat sini kami tengok dr dlm boat tu je tapi la ni dapat tengok dengan lebih dekat lagi. Tak masuk lah. Kisahnya kolej ini juga mempunyai kumpulan choir yg termahsyur di dunia, agak agak ada nyanyi lagu I Will Follow You cam dlm cerita Sister Act tu tak? hahahaa...
    Bangunan yg ada cam 2 menara tu lah chapel dia...
    Hujan hujan pun ada org punting...
    Jom gerak... hujan!
    Hujan tak juga berenti. Habis lense kamera aku di masuki air. aku lap ngan tisu. Pastu lense tu takleh nak bukak or tutup habis. Cover lense semacam melekap sebab basah. Oh tidak... habis la kamera baru ku!!! Huhuhu... Seterusnya kami ke Trinity College pula. Ntah camna kami buleh sampai dari back entrance dia & kat situ visitor tak leh masuk. Berpusing dan nasib jumpa entrance yg lain. Kalau tadi org punting kat area Kings Kolej, kat sini kami nampak org berkayak pulak.
    Langit muram, lense basah dan aku pun tak tahu nak tukar mode apa kat kamera. Belasah je lah...
    Pose berdua pulak kali ni...
    Kalau Kings College tadi is founded by Henry VI, Trinity College ni pulak oleh Henry VIII pada tahun 1546. Adik beradik diorang jugak daaa... banyak bangunan2 dan seni arkiteknya telah dibina dalam kurun ke 16 dan 17. Kolej ni pun bukan sembarang orang yg belajar kat sini. Ada dari anak anak raja dan yg dah menjadi menteri pun. So sapa pangkal nama dia ada Raja... buleh la masuk sini. hahahaa... Katanya Trinity College ni dah menghasilkan seramai 32 orang pemenang Hadiah Nobel sejak anugerah tu diwujudkan pada tahun 1901. Itulah ceritanya serba ringkas.
    Didalam kompaun Trinity College...
    Lepas dah habis jenguk2 dua College tu kami naik lah pulak city bas dia. Free jer, satu pusingan dalam 15 minit. Baguslah ada perkhidmatan begini yg memberi kemudahan pada pelajar dan penduduk setempat, juga boleh dimanfaatkan oleh pelancong macam kami ni. Kat tengah2 bandar Cambridge masa tu ada market. Sempat lah jenguk2 dan dapat juga beli kacang putih. Kat sini diorang panggey Bombay Mix. Kakak pulak tak habis habis nak orange juice, nak orang juice. Sekali mummy beli sampai 5 botol, haaa ambik! Adik lena di ulit intan...
    Buah buahan ni macam di jual di market ipoh dan pasar keramat je kan?
    Hari Ahad nya pulak sekali lagi kami ke Harrods... Sampai sampai kat kami punya favourite parking spot, terus ternampak kereta Fizan kat situ. Uikkk... ini tak buleh jadik. hahahaa... Sebaik turun keta, Fizan pun sms & terus kami join diorang minum2 merangkap breakfast dalam starbucks. Agak2 Harrods nak bukan kami pun cha alif but. Mmm... time ni lah yg aku cakap perfume Hugo Boss tu dah habis... melepassss.

    Kakak dengan cupcake-nya di starbucks. Aku tak bawak kamera so gambar di cilok dr Fizan-wz Fotopages.

    Oke lah, Stakat ini sajalah buat kali ni. Lain kali aku conteng conteng lagi. Babai.

    Jgn nakal2!
    .
    **** ** ****
  • Monday, January 21, 2008

    Menerai Kamera Baru...

    AHAKS! Kami dah ada kamera baru. Panasonic DMC-TZ3 yg ada 10x optical zoom tu. Tapi sebelum tu... jom tengok gambo ni dulu. Agak agak apa kah nama aktiviti yang aku tengah buat ni?

    Jawapannya.... seketika nanti!
    Aku ni bukannya suka sangat nak baca baca manual kamera ni. Memang bab bab tu aku malas tahap maksima. Sebab tu la masa aku nak beli kamera tu aku cuma nak yg compact. Take-out-and-shoot kind of camera. Tak yah nak adjust adjust itu ini. So bila dah baca 2-3 review, itu pun tak baca habis, mengantuk baca review review nih... aku pun sebat je kamera panasonic ni. Thanks jugalah pada member2 yg syorkan apa kamera yg patut di beli.

    ..
    Gambar adik dan kakak menggunakan potrait mode...

    Adik siap pakai snow cap tengkorak tuuu... fuyyo!
    Ada satu minggu tu kami tak plan nak ke mana2 so apa lagi, ini lah peluang nak menerai kamera baru dan jalan jalan ke harrods. Kami kalau pi Harrods ni mesti pegi hari Ahad dan sampai seawal pukul 10.30 pagi. Sebabnya nak rebutkan parking space dia yang tersangat lah limited nya. Tapi Harrods cuma bukak pukul 12 ja... so nak kill the time kami selalunya jalan2 tengok kedai sebelah2 Harrods ni dulu atau pun dok pekena kopi...

    Mummy pekena hot chocolate bersama rakan2 yg tak dikenali, hahahaa...
    Kakak terpegun tengok keta yg cung itu....
    Musim sejuk dah nak habis, so banyak boots dijual dengan harga diskaun. Mau?
    La ni Harrods memang tengah sales. Mana barang yang reganya £1 boleh lah beli... hahaha... isk kedekutnya, takkan amik barang £1 ja??? Bukan kedekut, barang2 yang mahal2 branded2 ni pun kadang2 bukannya cantik mana. Quality maybe oke lah... tapi diorang mahal sebab brand dia tu... alah samalah kesnya macam starbuck atau coffee bean atau pun Shroom kat Mesia. Diorang bukan jual kopi, diorang tu sebenarnya jual lifestyle...
    Orang ramai berpusu2 nak masuk Harrods...

    Salah satu ruang dalam Harrods...

    Dalam Harrods lagi, tapi sini tok sah singgah, kang terasa miskin sesangat pulak! uhuk....
    So kiranya kalau lepak kat tempat camtu nampak macam grand la... sebab tu bayar kopi mahal pun tak kisah. Padahal gerai mamak punya kopi lagi kaw... hahaha. Tapi kalau memang mampu untuk spend kat situ tak jadi masalah & tak ada salahnya pun... Eh kat Shroom kat KLCC tu ada live show lagi ke? Cakap pasal Shroom teringat lak kat member aku si Awang. Cerita masa bujang dulu. Masa tu aku ngan member aku sorang lagi, Bakau namanya, memang nak lepak kat Shroom, pasal ujung ujung bulan tu ntah camna TER-ada duit lebih pulak. Boleh lah spend ke situ. Si awang ni pun nak ikut sebab katanya tak penah merasa kopi mahal ni. Sedap sangat ke? Bila nak order, dah dia tak tahu nak order apa. Dah tak tahu, tak nak tanya pula. So ngan bangga nya dia pun order lah espresso. Aku cam biasa hot chocolate dan Bakau cappucino. Sekali bila air datang... awang terus terkejut!: Aik.. apsal cawan aku kecik benar ni???? katanya terperanjat. Nak tersembur hot Chocolate aku time tu jugak... muahahahaaaa... yaa la sapa suh order espresso, memang kecik ciput lah cawannya. Dah tu pahit pulak tu, sambungnya lagi... Terbahak2 kami gelak sampai terkeluar2 air mata. Dah tak kira orang sebelah. Awang sungguh frust. Dah la 1st time dok situ, dia rasa tak berbaloi sangat. Bayar sama je harga cam korang punya, tapi aku punya kecik nak mampos... hampeh! Awang menyumpah2. wakakakaaa....Terkemut kemut muka dia minum menahan pahit & kami terus gelak gelakkan dia. Hahahahaaa... Awang, awang... La dah anak 4 dah mamat tu...


    Time sale ni harga barang serendah 50p pun ada kat Harrods...

    Close-up gubahan mummy di atas lemari...
    Ok, balik semula ke Harrods, hari tu aku nampak perfume Hugo Boss £17 ja satu botol 100ml. Menarik sangat tu. Tapi aku tak beli sebabnya minggu depannya ada extra 10% untuk card holder. Jadi aku pun tunggu lah minggu depan. Lagi pun masa tu ada berkotak2. Sekali bila pegi... huh... langsai! Dah sold out daaa... tu la... melepasss aku!

    Perfume dilonggok longgok camni ja...
    . .
    Nampak tak nama bangunan belah kiri ni? Belah kanan tu setelah aku 10x optical zoom kan dia... not bad uh?
    Eh.. tengok balik gambar memula kat atas tadi... haaa apa nama aktiviti yg aku tengah buat tu. Tau dak? Laaa ramai yg tak tahu ya? Huhuhu... takpe lah, meh aku bagi tahu. Tu namanya melayur daun pisang. Kalau kat Perak kita panggey melayo daun pisang ya adik adik... dan daun pisang yang dah di layo tu buleh lah kita buat bungkus lepat! Lepat tau dak? Tak tau jugak??? Dussshhhh, nah ambik sebijik!!!

    Ni lah dia lepat sebelum dikukus dan sebelum selamat dingap!

    Wokeh lah geng, chiow dulu. Mmm... macam takde beza je quality kamera ni ngan yg dulu...

    Kan?

    **** ** ****
  • Friday, January 18, 2008

    Selamat Hari Raya Aidilfitri

    WAH! Apa hal baru masuk Muharram dah sambut Aidilfitri balik ni? Buang tebiat ke??? Rileksss... jangan risau, ini semua bukan cobaaan... ini betol betolll... hahahaa. Yang sebenarnya Lina baru ja jumpa balik SD card hari raya kami yang hilang dulu tu. Bawah katil duduknya, ntah camna buleh tersumbat kat situ tak tahu lah, isk isk isk. Walaupun cerita raya dah basi, tapi banyak gambar2 yg nak juga kami abadikan... so, no story-story, picture-picture only... Layannnnn....

    Kakak mengisi dodol dlm bekas di malam raya & suasana di luar MSD di pagi raya...

    Di luar MSD lepas semayang raya... dan inilah 3 "bujangan" yg menjadi tetamu pertama di rumah kami...
    Bersama presiden badminton seymour club.... En. Rizzaudin.

    Kakak dan adik dah bersiap nak kutip duit raya... tapi... huhuhuuu...

    Baru tiba di rumah Dato' Ambassador, org dah ramai. Kami sampai dah dekat pukul 4 ptg daaa...

    Mummy & Zahnita di meja buffey dan tong sampah raya, hahaaa...

    Bergambar dengan En. Azman & En. Razif. Juga bersama En. Zahari, Atase imigresen di sini...

    Red vs Green: Bersama keluarga En. Amalluzaman...

    Red vs Brown: Bersama keluarga En. Yusri...

    Red vs hijau pelan campur hijau tua: Ini pulak keluarga En. Rosdi yg kini dah kembali bermastautin di Mesia...

    Red vs Purple : Keluarga En. Zofri, bakal bertambah sorang lagi... Alhamdulillah.

    Red vs Warna warni: Bersama keluarga Pn. Marina.
    The beautiful ladies...
    Datin Munah hilang di celah2 tetamu yg ramai, so dapat bergambar dengan Datuk Aziz sahaja...
    Kakak di tengah org ramai dan bersama Husna di rumah Fizan.

    Di luar kediaman Datuk Aziz & Datin Munah... kami nak serbu ke rumah Fizan pulak.

    Red vs Purple pelan campur purple kuat: Keluarga En. Mahfizan... anak teruna dia sibuk melayan tetamu...

    Ni dah raya ke-2 di rumah Tengku Zarina...

    Blue vs blue black: Bersama tuan rumah, Tengku Zarina & suami...
    Yang lelain sudah di abadikan dalam entry raya yg lepas... fuh! Wokeh lah... meh salam meh. Mintak maap zahir batin ya...
    hahahaaa...
    .
    **** ** ****