• Wednesday, May 28, 2008

    Xplorace 2: Cheddar-Bath-Stonehenge

    RAMALAN cuaca di kota London pada hari ahad lepas hujan. So camana nak bawak kak chik & kak cho berjalan ni? Nasib kat sini ramalan cuaca dia goes by hour, so bleh la tahu kul berapa ada matahari. Tengok2 kul 12 tengahari hujan naik ke utara so the best thing to do is to stay south. Sesudah Xplorace hari tu berjaya, kami buat Xplorace kali ke-2, begini programme nya: London ke Cheddar ke Bath ke Stonehenge ke London semula.
    Memandangkan nak ke Cheddar tu mengambil masa hampir 3 jam, so kami pun bertolaklah sedikit awal sebelum pukul 9 pagi. Plan nya supaya sampai sana at least pukul 12tgh and by that time, matahari dah mancar since hujan naik ke utara, remember? Alhamdulillah plan kami menjadi. Mummy dah pack sandwich so singgah kat Service (R&R) pekena kopi dan belasah sandwich yg dibawa. Pukul 12.20 tgh kami sampai dan terus menuju ke Cheddar Village. Kami excited sama sebab kami sendiri pun belum penah sampai sini. Hujan masih turun, tapi halus2 sangat. Alhamdulillah boleh la meredah tempat ni... no hal punyer lah.
    Landmark Cheddar Village, apa benda ni pun tatau. Kalau nampak benda ni kira dah sampai Cheddar Central lah.

    Salah satu street di sini... batunya yg buruk itu menjadi tarikan pada pelancong.
    Kat sini takde apa sangat lah. Cuma tengok bangunan dan seni bina rumah mereka yang agak lama. Itu sahaja. Tak payah singgah sini pun tak pe sebenarnya sebab seni bina Cheddar Village ni adalah pemandangan biasa.


    Antara jenis binaan di Cheddar Village...
    Architecture begini biasa sahaja kan?
    Kemudian kami ke Cheddar Gorge pula yg kurang 5 minit drive dr Cheddar Village tadi. Kat sini marvellous! Kawasan ini ada cave mungkin macam gua tempurung kot. Kami tak masuk sebab kalau masuk pun kena bayar full tapi stroller buleh sampai half way sahaja. Boring lah camtu. Lagi pulak nak tour cave tu mau amik masa 2 jam setengah kata tourist guide dia. Kami pulak ada lagi 2 destination, kang gagal pulak Xplorace kami ni, hahahaa. So kami decide legar2 kat situ ja. Kalau nak masuk bayaran dia £15 sorang tapi kalau tak masuk pun, worth coming here. Best.
    Banyak tempat jual tiket masuk cave, ni salah satu dr nya... Kat Cheddar caves ni diorang ada jumpa skeleton manusia yg berusia 10-12,000 tahun lalu.

    Salah satu kedai souvenir dia...
    Kawasan luar dia cantik dengan kedai2 souvenir yg banyak. Korang tahukan Cheddar Cheese, ianya dtg dari kawasan Cheddar ini lah: Cheddar cheese is a fairly hard, pale yellow to orange, sharp tasting cheese originating from the English Village of Cheddar in Somerset ~Wikipedia. Kat sini buleh tengok cara2 dia buat cheese & buleh rasa setiap jenis cheese sebelum beli. Kalau tak mo beli macam kami pun tak pa, hahahaa... lagi pun baru je ari tu mummy beli cheese kat tesco, siap dah shred lagi. ahak! Lagi pulak aku bukan makan sangat cheese2 ni, aku makan belacan! Kat Cheddar ni pun terkenal ngan pickle dia. Yg ni pun boleh rasa sebelum beli. Sebab yg ni rasanya bess kami pun beli lah sebotol utk makan bersama dengan oat biscuit. Yummy, nak rasa, mai datang rumah!


    Jom tengok cheddar cheese exclusively made in Cheddar. King Henry II declared Cheddar cheese to be the best in Britain... Dia king, sukati dia ja nak declare kan?

    Bersama alat membuat cheese... Cheddar Gorge Cheese Co. ini adalah satu2nya pembuat cheddar cheese yang masih bernyawa di Cheddar ni.
    Dah lama tak tengok air terjun. Kat sini ada yang buatan punya kot. Sebab dia ada sungai yg kecik, agak tak terjagalah sungai dia ni tapi satu kawasan sebelah restoran tu dia buat macam waterfall. Cantik pulak. Nyaman kena tempias air sungai. Terus teringat kawasan air terjun di chepor, sagil dan ulu yam, yg kat buntong pun apa kurangnya? ahak. Apa lagi acara berposing di teruskan lah memandangkan masa ni kak cho ngan kak chik lama beno bertapa dalam kedai teddy bear. Ntah diorang beli ke tak tatau lah.
    Air terjun buatan...
    Kat sini banyak tea-room, buleh rest dan panaskan badan dengan menghirup secawan teh pekat.
    Kami silap spend lama kat Cheddar Village tadi, kalau tak buleh luangkan lebih masa di sini. Sebab nak kejar masa kami decide lunch kat Bath sahaja walau pun masa tu dah pukul 2.30 pm. So cepat2 kami bertolak. Pemandangan di kiri kanan sungguh mengasyikkan sebab kami ikut jalan dalam. Apatah lagi untuk melepasi Cheddar Gorge itu kami lalu dicelah gunung2/bukit2 batu. Ada pulak tour bas depan kami, lembab betol bas tu memanjat gunung. Cis terpaksa kami mengekor, arrrggghhh, tepi lah kami tengah xplorace ni!!! Bila dah sampai ke atas bukit tu buleh nampak sampai ke laut. Banyak kapal layar. Kalau byk masa tentu kami pi tempat kapal layar tu, sah banyak seafood kat sana. Kami jenguk dan enjoy the scenery sahaja.


    Mendaki di celah celah bukit batu, tempat ni di panggil Mendip Hill. Bess pemandangan dia. Bas tu terhegeh2...

    Yesss bas tu dah ghaib... boleh la pecut sikit... Bath, here we come!

    Tiba sahaja di Bath terus kami cari kedai makan depan dengan Roman Bath. Org punya ramai lah masa ni. Suruh kak Cho & kak Chik masuk Roman Bath yg terkenal tu, tak mau pulak diorang. So just tangkap gambar dengan bangunan2 yang tak kurang cantiknya sambil menunggu order yang belum sampai. Kakak tertido. Adik ja lah join soroo... Bath ni kalau datang time fall better kot sbb pemandangan rumah2 dia yg seakan melekat kat bukit tu tak begitu visible skrg ni memandangkan pokok2 semua dah berdaun. Lama gak kami lepak kat sini. Bila tengok jam rasa macam tak sempat nak ke Stonehenge sebab dia tutup pukul 6.
    Makan time...
    Berlatar belakangkan Roman Bath...
    So kami ingat balik sahaja lah, tapi masa nak balik tu rasa berbelah bahagi pulak. Ahhh... alang alang dah sampai, tak dapat masuk, bergambar dari luar pun jadilah. So kami teruskan plan asal dan aku pun cuba pecut untuk sampai kat Stonehenge sebelum pukul 6 petang. Jalan lengang, senang memandu...


    Ini pose apa pulak ni... macam macam...

    Close up gambo adik... Si-Lebo kata kak chik, hahahaa...

    Sampai sampai je kat situ jam tepat menunjukkan pukul 6 petang. Mamat yg jaga parking dia pun dah letak kon kon kat kawasan entrance tak bagi kereta masuk. Tapi aku cilok pulak ikut pintu exit, hahahaaa... pastu mamat tu datang, aku cakap lah sorri (sorri naik lori!) & buat buat muka kompius, maklumlah aku ni kan muka tourist, ahak... last last dapat jugak aku parking dan buleh la kami tangkap gambar Stonehenge dr luar. Sian satu dua keta yg lain yang nak berenti masuk tapi jaga tu halau tak bagi, hehehee... kawasan tu kalau tak dapat parking kat situ memang takde harapan lah nak bergambar dr luar pun. Kami tumpang tuah kak cho ngan kak chik lah ni. Mummy pulak dah 2 kali datang dedua kali tak dapat masuk. Cian...


    Dapat bergambar ngan signboard pun jadik lah ya adik ya...

    Itu lah batu misteri... sampai la ni masih di ragui fungsi utama pembinaannya...

    Kalau masuk pun bukan ada apa pun, sama je dengan apa yg kita tengok dr luar. Cumanya dia ada bagi macam walkie talkie yg kita buleh dengar explanation pasal batu batu tu dan kita buleh tengok dengan lebih dekat lagi. Itu sahaja.


    Balik nanti org tanya ada pi Stonehenge? Adaaaaa.... masuk tak tu lain kira, ahak.
    Dah habis tu, kami terus pecut semula ke London. Ingat nak singgah ke Avebury pulak yg ada macam batu Stonehenge ni tapi nampaknya cuma driver ja yg masih bersemangat waja. Ahli ahli xplorace yg lain semua dah melepek. Dah tak larat nak kuar masuk keta kata dema, hahahaaa... So tak pi. Kiranya success lah Xplorace ke-2 kami ni walaupun cek point terakhir tu tersasar dalam 5 menet. Janji semua puas hati. Wokeh, jumpa lagi...
    .
    Chiow Chin Chauu...
    ..

    **** ** ****
  • Monday, May 26, 2008

    Princess...


    Kakak & adik di playground Bekonscot Model Village

    SUATU petang...

    No, not this one... this one! kata kakak sambil menyerahkan aku baju yg lain yg ada gambar cinderella bersama puteri2 dalam cerita beauty & the beast dan sleeping beauty. Tersenyum senyum dia saat aku sarungkan baju tu ke badannya.
    Wah... kakak wears princess t-shirt!
    Suka betul dia dapat pakai baju tu.
    Princess!!! kata kakak pada aku sambil menunjuk2kan gambar kat t-shirt dia. Memang suka betul dia baju tu walau pun sudah sedikit lusuh...
    Yes they are princesses , so are you princess too? aku tanya.

    Kakak malu malu, kemudian menggangguk... hahaha aku gelak... waaaa kakak princess lah.
    Are you princess? aku tanya lagi...

    Skali lagi kakak angguk malu malu dan senyum senyum tanpa sepatah kata pun.
    haahahaa... ya lah... kakak princess lah! hahaha...


    King Queen Prince & Princess... :)
    .
    BEBERAPA hari kemudian...

    Aku balik dari kerja dan masa tu kakak tidur di tingkat bawah. Adik yang dah sedia bangun mengangkat 2 tangan dan cepat sahaja aku mendukung dia. Mummy pula nak menyiapkan dinner, so aku decide untuk mandikan adik. Kami naik ke tingkat atas. Mummy di dapur. Kakak masih tido di bawah. Selesai saja adik mandi tetiba aku dengar kakak menangis.
    Daddy... daddy... katanya menangis2 memanggil aku. Aku buat buat tak dengar. Mummy bagi tahu kakak yg aku ada kat atas. Sekejap kemudian kuat bunyi derap kaki kakak menaiki tangga. Masih tersedu sedu menangis.
    Daaaddddyyy.... Aku biarkan juga. Bila sampai separuh tangga kakak tiba tiba berhenti menangis. Mungkin masa tu dia was-was samada aku ada kat tingkat atas atau tidak.
    Daddy? kakak memanggil tanpa sedikit sendu pun.
    Daddy? kakak panggil lagi.
    Kakak... daddy's here... akhirnya aku menyahut.
    Dengar ja suara aku, terus kakak menangis semula. Bila kakak sampai ke pintu bilik dan nampak aku yg baru nak mengenakan napkin adik, semakin menjadi2 tangisnya. Berlinang-linanglah air mata. Terus dia menangis di muka pintu. Nak kan perhatian. Seolah olah dia sedih sangat aku melebihkan adik dia sebab selama ni bila balik kerja mesti dia dulu yg meluru. Kakak tak berganjak di muka pintu. Tersedu sedu dia menangis di situ.
    Daaaddyyy... kakak memanggil bagai merayu minta aku dapatkan dia.
    Dadddyyyyy... katanya lagi dalam sedu sedan yang berpanjangan bila aku tak memberikan respon.
    Come here, aku bersuara. Keras sedikit bunyinya.
    Mendengarkan itu, cepat saja kakak datang kat aku. Aku angkat dia & letak atas katil sebelah adik yang baru siap bernapkin. Air mata kakak aku kesat.
    Why kakak cry? Kakak is a big girl now, kakak shoudnt be crying over things like this, oke? When daddy came back just now, kakak was sleeping... kata aku cuba memujuk.
    Tiba2 kakak letakkan kedua2 jari telunjuk dia kat 2 hujung matanya, melurutkan ke pipi dan berkata:
    Princess saaaaddd, Princess cryyyyy.....
    Haaa PRINCESS??? hahahaa... memula aku rasa nak kesian, tapi bila dengar kakak bahasakan diri dia princess, terus aku nak tergelak, ahak... kakak... kakak....
    Princess, wait for your turn oke... hahahaaa...

    Adik pun enjoy playground kat Bekonscot Model Village ni...
    Sampai hari ni dah kerap dia membahasakan diri dia princess. Princess nak hug, princess fall like humpty dumpty, princess nak orange dan sebagainya. Itu lah dia nya... Kakak i.e Anna Nabila i.e the only princess in our family...
    .

    Muuuahhhh...

    **** ** ****
  • Thursday, May 22, 2008

    Kak Cho & Kak Chik, Perihal Tugu & Bunga

    YAAAAAA entry 2 dalam 1 datang lagi... sila baca guna intonasi mat sentol! ahahaaa... Mat sentol masih buat iklan lagi ke? Dindang, Tora, kum kum itu antara yang popular. La ni tatau la ada lagi ke iklan baru guna suara dia... Ahak! Cerita minggu ini:
    .
    I. KAK CHO & KAK CHIK

    Buat orang Ipoh especially Kak Ijah dan Opah, dont worry ya. Kak Cho dan Kak Chik dah selamat sampai sini dengan wajah yg ceria. Siap ada mamat Pakistan lagi escort diorang keluar airport dan sebelum sempat aku nak bagi tip, mamat tu dah beralih arah. Selamat poket aku! hahahaa... Sampai sampai rumah terus selongkar beg. Mak ai.. satu beg penuh ration...
    Uik... kalau byk camni bukan untuk kakak & adik, ini utk mummy ngan daddy ni... ahahahaa...

    Cik Oji, terima kasih kasi kakak kasut ni ya...
    Macam macam cekedis & gula2 untuk kakak dan adik, ikan bilis, cili kering, kuah pecal, cok peneram, agar2 kering. Bunga kantan, kiub tomyam, macam macam lah. Yang bessnya kuih faberet aku lepat pisang pun ada. Terima kasih mak ya sebab sempat juga buat kan. Kuih bahulu tak dilupa. Dragon fruit dr ladang yg diusahakan amin dan gengnya, semuanya sampai elok kat kami. Sebahagian darinya dah selamat pun di telan. Terima kasih sangat2, we will always luv you... all of you.


    BigBen ~ Landmark London yg mesti di lawati...
    Kak Cho tangkapkan gambo kami satu family... adik masam je...
    Minggu pertama ni sempat lah bawak Kak Cho dan Kak Chik jalan2 satu dua area yg dekat dekat sini. Biar diorang rehat dan hilangkan jet lag dulu. Nanti boleh bawak jalan2 tempat yg jejauh sikit. So inilah dia satu dua prebiu gambo2 Kak Cho & Kak Chik yang sakan berposing macam macam gaya. Ahak. Gambo2 yg lelain nanti diorang balik baru tengok kang tak surprise pulak, hahaaa. Tapi time ni cuaca tak berapa cantik. Hujan dan sejuk, so kami cari indoor attraction. Hari Ahadnya langit cerah, so boleh lah kuar jalan2 tengok castle dan some other London attractions.
    Depan Natural History museum...

    Dgn patung Shrek...
    InsyaAllah, oke diorang dua beradik di rumah kami. Nabila dan Haziq pun nampaknya dah rasi bermain ngan dema. So dont worry lah. Baik baik saja semuanya.
    .
    .
    II. PERIHAL TUGU & BUNGA

    Selalu aku ingat: kalau buat jasa jangan harap pada balasan. Biar orang buat jahat kat kita jangan kita khianat kat orang. Kalau benih yang baik tu campak lah di mana pun elok tumbuhnya nanti, insyaAllah. Kalau benar kita berbuat baik, fitnah lah buruk macamana pun, akhirnya kebenaran akan terbukti juga. Orang akan kenang. Orang akan ingat. Kalau lebih sikit jasanya, orang akan bina tugu/monumen, bukak dana, tubuhkan yayasan apa saja lah sebagai simbol apresiasi. Tak gitu? Betulkan? ya... kira betul lah tu. Tapi aku musykil lah... ntah apa lah gamaknya jasa aku kat orang di England ni sampai sanggup diorang bina tugu untuk aku. Isk isk isk... terharu sungguh! hahahaa... tak caya ke? Tak caya sudah, malas lah cakap banyak, tengok je lah sendiri gambar ni, hahahaaa...


    Tu dia tugu AZAM betoi2 sebelah London Eye...


    Signature aku pun diorang pampang kat sini... isk glamernyer!!! hahahaa...
    So pada sesapa yang datang ke London ni jangan lah lupa bergambar dengan tugu/monument yg dibina utk aku ni... hahahaaa... Ini betoi2 bukan superimpose tau. Hahahaaa... oke, oke, dah lah tu. Hari tu masa bawak kak cho ngan kak chik pusing2 kota London ni kami pun tak lepas peluang bergambar lagi. So kami pun sama je excitednya, bukan apa sebab kalau ikutkan inilah kali pertama kami bawa adik jalan2 tengok London Eye, Big Ben, Tower Bridge dan sebagainya walau hakikatnya adik buat deeeek je manjang.
    Apa la dua beradik tengah buat ni???
    Adik ngan daddy naik kuda sakti... Mahaarasikala... zasss terus terbang ke langit untuk menyelamatkan tuan puteri... ahak. Teringat cerita dongeng arwah ayah - Al-Fatihah.
    Ada orang kata la ni musim bunga. Tapi kalau dah panas tu aku anggap summer aja lah. Kat mesia lagi banyak bunga, sepanjang tahun ada. Musim bunga kat mesia lagi bess. ahak. Tapi kat sini time camni lah pokok bunga nak idup so aku pun snap la gambo bunga yg jarang2 di jumpai...
    Gambar ni di ambik di Warwick Castle... bunga apa tatau?
    Lebah menghisap madu. Bunga ni dekat area Tower Hill... pun bunga apa aku tatau.
    Yg ni daisi... di ambik di laman Warwick Castle. Bertabur2 kat rumput...
    Sebab disini ada 4 musim dan pokok2 semua hidup untuk beberapa bulan sahaja, aku rasa sebab itu lah idea untuk mempunyai garden/lanscape di rumah mat salleh lebih praktikal. Ia boleh dijadikan hobi dan sebelum sempat kita boring ngan hobi kita tu, musim pun bertukar & pokok2 tu secara semulajadinya akan mati. So dalam masa 4 bulan itu tentulah kita begitu enthusiastic sekali untuk menjaga dan mencantikkan laman. Cuba kalau sepanjang tahun continuously tak berenti... mamposss nak menjaganya. Mana cukup masa. Tu pasal orang kaya ada tukang kebun. Laman cantik takyah trim sendiri... ahak. Kami dah siapkan plan untuk bawa Kak Cho & kak Chik berjalan. Tapi semua plan tu untuk hari sabtu dan ahad lah. Hari lain pepandailah dema berjalan2 area rumah yang banyak menjual souvenir sbb aku pi kerja. Dah siap survey rega dah katanya. Harap semuanya berjalan lancar seperti yg di rancang. Kelmarin kak Cho menunjukkan skill nya memasak Sambal Malas dan semalam pulak buat roasted honey chicken. Waaaa... not bad! Aku baham ja. Erkkk... Alhamdulillah.
    Bunga sebelah mummy tu pun banyak tumbuh di sini. Ada yg bergantung juga. Mummy lentok ke kiri... klik!
    Kanan pula... klik!
    So sekali lagi pada orang Ipoh terima kasih atas kiriman yang banyak tu... tengkiu, tengkiu...
    .
    Bye semua.
    .
    **** ** ****