HMMMMM... dah lama sebenarnya aku nak publish this entry. Tapi sebab blog buat hal lagi, aku terpaksa tangguh sampai hari ni. Dah
berpuluh kali log-in log-out tak buleh2 jugak nak upload gambo. Finally i have to use my photobucket but no enlargement would be possible for some pictures.
Oke lah, if you are coming to London with a tight budget, i suggest you
visit the museums. Kat central London ni banyak museum, ada transport museum, British Museum, Science Museum... macam2 lah. Yg bess nya most of these museums are admission free. Jimat la kan... however this time i choose to
"story-mory" about the most exciting museums among all (bagi aku la kan) that is the
Natural History Museum. Pengunjung tak putus2. Muzium ni besaq... luas... kalau korang boleh tour the whole museum within one day memang terror la korang. Kalau tak lenguh kaki saja la...
Dalam muzium ni korang leh tengok
macam2 replica. Dari sekecil2 serangga sampailah sebesar2 binatang. Tapi apa main attraction kat sini? YEssss ... main attraction dia ialah
DINASOUR! Masuk2 je korang dapat lihat replica rangka Diplodocus, sejenis dinasor yg makan tumbuh2an! Sebenarnya replica ini didatangkan dr Carnergie museum di Pittsburgh, USA pd tahun 1905 sebagai memenuhi
permintaan King Edward VII, Prince of Wales, semasa lawatan beliau ke museum tersebut.
Hari tu ahad dan ramai sekali org kat situ. Semua tumpu kat bahagian dinosour tu saja. Sampaikan nak masuk situ cuma boleh
jalan sepintas lalu sebab ramai yg Q. Kami pun
Q sama la. Replica dan penemuan yg asli cam taring, kuku dan gigi dinasour yg hidup berbilion tahun dulu ada di paparkan. Gambar2 pun banyak yg menayangkan habitat dinasor ini. Begitu juga dengan tayangan dari screen tv yg di letak merata2. Kiranya kalau korang ada hati nak jadi palaeontologist,
this is the right place to dig some info.
Tu lah dia gigi dan taji pada ibu jari dinasour. Tu penemuan asli tu, bukan replica. Belah kanan tu pulak bergambar dengan replica kepala T-Rex... aik.. Nabila tak seramm pun. HUH!
Satu lagi bagi kanak2 yg dah bersekolah tentu lagi bess. Sebab ada masanya pihak museum
akan adakan workshop untuk budak sekolah ni. Diorang memberikan
hand-on education pada bebudak ni tentang kerjaya kaji purba. Spatula, brush semua diorang provide, free pulak tu! Kat ujung pameran dinasour ni ada seekor T-REX yg dia buat hidup, mungkin guna bateri atau letrik kot. Real la jugak. Kepala, ekor, tangan dia bergerak dan
mengauummmm dgn kuat. Nabila pun syok menengoknya. Tapi takleh lama2 sebab kena bergerak.
Nabila tengah memerhati T-Rex yg bergerak dan mengaum tu. Gambar kurang jelas, kena gerak sebab Q kat belakang begitu panjang. Siap ada annoucement lagi cakap tak boleh berenti!
Lepastu kami jejalan seksyen yg lain tapi tak secara detail sebab dah penah masuk dulu. So terus lah proceed untuk lunch. Ni aku nak nasihat, kalau korang nak lunch
tak yah la lunch dlm museum ni. Dah la cafe dia kecik,
beratur punya panjang, makanan dia cuma sandwich dan cookies, pulak tu setengah jam belum tentu dapat makanan! Korang bawak bekal atau cari je cafe kat luar.
Lepas kami lunch ala kadar,
kami pergi pulak ruang museum ni yg menunjukkan seaneka benda tentang batu.
Macam2 batu ada sini. Dari batu yg kilau2 batu cincin sampai lah batu yg besar2. Ini lah kali pertama aku tengok
Bismuth, sejenis batu yg terdapat
dalam siri jadual berkala. Korang tahu ke jadual berkala? Ha... kalau sapa belajar Kimia mesti tau punyer la. Kaler bismuth ni rupanya kelabu dan agak silvery di sesetengah bahagian. Ia dibawa khas
dari Australia, tapi terlupa nak amik gambar gara2 melayan Nabila yg dah nak tido tu. Selain dari bismuth, satu lagi batu yg menarik perhatian aku adalah serpihan batu dr bulan. Kat sebelah kiri ni ha batu tu. Tak nampak kot, sebab dia diletakkan dalam
prisma yg berbentuk piramid tu. Serpihan batu ini beratnya 128 gram , telah dibawa oleh
astronauts Apollo 16 dlm misi ke bulan pada April 1972.
Satu lagi yg menarik ada satu ruang khas yg menceritakan tentang
gunung berapi. Bermulalah dengan gunung berapi Karakatoa (1883) hingga lah ke gunung berapi Merapi yg terbaru tu. Ada di tunjukkan batu2 dari ledakan gunung berapi. Ingat tak
Athur Seat yg kami cerita
dlm entry kami masa kat Scotland tu? Itu adalah salah satu peninggalan gunung berapi yg pernah aktive 340juta tahun yg lalu! kalau ada gunung berapi mesti ada gempa bumi dan mesti ada skala ritcher kan? So kat sini ada disediakan sebuah alat yg membolehkan kita merasa
bagaimana kuatnya gegaran mengikut bacaan skala ritcher tu.
Tu dia Lina tengah meletak ke-2 tangan mencuba alat pengukur skala Ritcher tu. Lepas tu ada satu stage tu, kita berdiri ramai2 nanti stage tu bergegar, tapi dia gegar sikit je pada kadar 1 skal ritcher je. so tak thrill sgt la.
Lepas dah abis tempat ni... kami pun dah betul2 lenguh. Naik sakit keting aku. On da way kami nak balik, aku dapat panggilan
dr member lama aku yg la ni buat PhD di Leeds (dulu glamer dengan gelaran
BAD TUTORIAL, hahaha). Tetiba je dia ngan family dah ada kat London. So, kami pun bergegas lah balik sebab dia nak dtg ziarah. Emmm, dah ada member kat Leeds ni nampaknya
ada la port kami kalau nak gi sana melawat university aku dulu.
Ini sudah bagus! Oh ya... gambo belah kanan ni si Lina tengah mencari, manalah dia Malaysia. Rindukan kampung halaman sanak saudara la tu... hehehe. Jadi, begitu lah sebuah lawatan yg sungguh menjimatkan dan educational juga. With that,
i rest my case! Tengkiu.
.
Salam...
.
*selamat pengantin baru Siti Nurhaliza & Datuk K. Ramai yg menyampaikan undangan tapi maaf tak dpt hadir. Bila sudah berumah tangga jangan la lupa blog kami ini ya. Hahahaha...
.
**** ** ****