• Tuesday, September 26, 2006

    Walton Marina: Santai di Tengahari

    Photobucket - Video and Image Hosting
    Nabila yg comot...
    WALTON MARINA ni tak lah jauh sangat dari central London ni. Kalau drive dr rumah kami tu saaaat ja dah sampai. Dulu kat sini ada satu carboot yg besar. Memang hajatnya nak ke carboot tu la, tapi nampaknya carboot tu dah takde. Walau pun begitu, kami memang dah plan bawak tikar untuk dok lepak2 tepi river Thames kat Walton Marina ni. So... kalau mak dan kak sham tengok gambar2 ni mungkin diorang ingat kot, sebab masa diorang datang tu kami ada bawak pi sini.
    Photobucket - Video and Image Hosting
    Aduh, Nabila! Sakit la perut daddy ni... daddy posa tau!
    Hari kami pi ni dah 2 posa. Tapi tetap la aku cam tak perasan pulak yg kitorang ni berposa. Photobucket - Video and Image HostingSampai sampai je kat situ aku leh cakap kat wife aku, "ada cafe tu. Jom kita tengok dia jual apa?" hehehe... Nasib baik tak beli kopi secawan dan hirup selamba land kat sini. Tapi kan... berpuasa di England ni lain macam sikit. Minah arab yg mana tak posa tu takde segan2 nak makan kat tempat awam. Rileks je diorang. Walaupun kat sini majoritinya tak posa, tapi jgn la makan terang2an kan... hormatilah bulan Ramadhan ni. So... korang yg mana takleh posa tu, jangan ikut perangai minah arab kat sini. Ingat tu!
    Photobucket - Video and Image Hosting
    Ingat! kalau tak posa jangan makan di khalayak ramai!
    Photobucket - Video and Image HostingMemula sekali kan, kami pi tengok bot-bot yg dia nak jual. Saja je kan kami nak bergambar. Banyak jugak bot dia kat sini. Kebanyakkan boat ni aku perasan mesti kaler putih kan? tapi nampak menarik sekali semua boat tu... Kalau mampu beli sebijik bess jugakkan? Tapi pastu nak park kat mana bot tu? Kenalah pindah tepi river Thames ni, betul kan? hahaha...
    Photobucket - Video and Image Hosting
    Tak dpt gi carboot sale, pegi boat sale pun jadilah. Kalau la diorang jual boat tu £1 ke £2 ke dah lama kami beli saploh! hehehe...
    Kat Walton Marina ni banyak jugak aktiviti awam yg korang Photobucket - Video and Image Hostingboleh buat. Sepanjang river bank dia ni ada cam jogging trek. So boleh berjogging. Kat sungai tu pulak, korang boleh berkayak, memancing dan juga boleh naik cruise untuk tengok pemandangan sepanjang River Thames ni la. Itik itik dan angsa pun banyak kat sini. So pemandangan dia kira boleh la tahan... tak le secantik macam Bourton-on-the-water tu. Ramai jugak mat2 saleh yg bawak tikar cam kami ni dok berkelah anak beranak mengadap sungai ni. Ada yg dok bawah panas matahari dan sunbathing. Tapi la ni dah sejuk balik la... So tak leh la lepak lama2.
    Photobucket - Video and Image Hosting
    Tu dia orang berkayak... yahhh, yahhhh... Lina pulak tersenyum.
    Photobucket - Video and Image Hosting
    Jenuh suh Nabila pandang kamera tapi tak mau dia. Sebab matahari tu dia tak mau angkat muka!!! Isk... camna nak balik Mesia ni???
    Seberang sungai tu pulak ada byk rumah yg cantik designnya dan setiap rumah memiliki sebuah bot dan mini jetty sendiri. Kami pun bentang tikar dan lepak lepak lah di situ. Tengok bot lalu lalang dan itik ngan angsa yg berenang2. Dok rileks sambil Lina menyuap lunch pada Nabila yg tak leh nak dok diam tu. Asyik la nak ke tepi tikar untuk mengutip rumput 2 di situ! Aipppp!
    Photobucket - Video and Image Hosting
    Nampak tak seberang sungai tu... setiap rumah ada 1 boat... kayooo la diorang nih!
    Adalah dalam 2 jam jugak kami bersantai di sini. Tetiba kami teringat nak beli sahaja lauk untuk Photobucket - Video and Image Hostingberbuka posa nanti. So kami pun bergegaslah balik sebelum menuju ke Colindale beli lauk ikan masak asam dan rendang daging. Reganya boleh tahan juga. Seketul ikan (bukan sekor tau) reganya £4! Tapi bila makan sedap rasanya dan kira bebaloi la membeli. Balik dr colindale tu Lina masak nasi, goreng sayur. Jam 6.55pm kami pun berbuka posa. Alhamdulillah... tinggal lah lagi 28 hari! Emmm... korang berbuka lauk apa hari ni?
    Photobucket - Video and Image Hosting
    Bila buka posa tu ingat ingat kami di sini...
    .Pasar Ramadhan mesti juai macam2 juadah kan. Besssst nyer... Teringat aku kat pasar Ramadhan Setiawangsa tempat favourite aku masa bujang dulu. Lepas kerja je cergas aku ke situ. Aku pulak selalu kesian kat gerai makcik2 yg juai tapi cam tak laku je. Sah sah la aku yg akan beli. Bila balik, melambak kueh. Hahaha...
    Wokeh la... buka posa nanti jangan gelojoh gelojoh!!!
    .
    Cha Alif Buut dulu ya,
    Salammmm.
    .
    **** ** ****
  • Saturday, September 23, 2006

    Jom Terawikh

    DI SINI kami dah mula puasa hari ni. Maknanya semalam kami dah buat sembahyang terawikh yg pertama. Kat sini buat 8 rakaat dengan tazkirah ringkas sebelum isyak. Nampaknya kami mendahului keluarga, sanak saudara dan teman teman di Malaysia. Mmm... bulan Ramadhan ni je la ada sembahyang terawikh kan? Dan dalam bulan Ramadhan ni pun kami akan kurangkan aktiviti luar kami. Dok rumah sambil start packing barang2 yg nak dibawa balik raya nanti. Hahaha... Excited ni!
    Oke... untuk mengisi ruang blog kali ni aku sekadar nak mengingatkan semula pasal semayang terawikh ni. Berikut aku pastekan dr emel yg aku dapat moga ada manfaat untuk kita bersama ya... So, moh kita berterawikh!!!
    PENGERTIAN SUNAT TARAWIH
    Tarawih ertinya beristirehat. Ia dikerjakan selepas solat isyak sehingga menjelang fajar. Solat Tarawih ini hanya dilakukan pada bulan ramadhan dan boleh dilakukan sama ada secara individu atau secara berjamaah. Bilangan rakaat yang dilakukan biasanya 8 rakaat dengan 3 witir atau 20 rakaat dengan 3 witir.
    Adalah Rasulullah s.a.w menganjurkan untuk mengerjakan solat pada malam bulan Ramadan tetapi tidak mewajibkannya. Baginda bersabda barang siapa bangun pada bulan Ramadan (mengerjakan solat tarawih) dengan rasa iman dan mengharapkan keredhaan Allah maka diampunilah dosa-dosanya yang telah lalu”.

    Hukum Sembahyang Sunat Tarawih
    Hukumnya sunat Muakkad (yang sangat dituntut) dikerjakan oleh orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadan sama ada secara berseorangan atau berjemaah.

    Sunat dikerjakan di Masjid, Surau dan lain-lain tempat sembahyang orang-orang Islam.
    Waktu Sembahyang Sunat Tarawih Ialah selepas menunaikan sembahyang fardu Isyak dan sunat ba’diah dua rakaat.

    Rakaat Sembahyang Sunat Tarawih:
    Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikan sembahyang Sunat Tarawih sebanyak 20 rakaat, tetapi ada juga yang hanya menunaikan sekadar 8 rakaat sahaja.
    Pada zaman Rasulullah s.a.w. sembahyang tarawih dikerjakan sebanyak 8 rakaat sahaja supaya tidak menimbulkan sesuatu keberatan. Walau bagaimanapun terdapat juga hadith yang meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. pernah mengerjakan sebanyak 20 rakaat.

    Pada zaman Khalifah Omar bin al- Khattab r.a. pula beliau melaksanakannya sebanyak 20 rakaat kerana beliau berpendapat bahawa orangorang Islam pada zamannya itu tidak keberatan lagi menunaikan sembahyang sebanyak itu.

    Sembahyang sunat Tarawih hendaklah ditunaikan dua rakaat pada tiap-tiap 8 satu kali takbiratul ihram, kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki.

    Lafaz Niat Sembahyang Sunat Tarawih:
    "Sahaja aku sembahyang sunat tarawih dua rakaat makmum kerana Allah Taala."
    .
    **** ** ****
  • Wednesday, September 20, 2006

    Ramadhan Kembali Menjelma

    .

    .
    .
    **** ** ****
  • Sunday, September 17, 2006

    Richmond Park: Berkelah

    MEMULA sekali sori lah pada sesiapa yg ada call rumah ni dlm minggu lepas. Line talipon kami rosak. Kami tak dengar bunyi ringing. Panggil engineer BT dtg cek, rupanya main connection dlm rumah yg rosak. So sepanjang minggu lepas takde internet connection la jugak. Rimas!
    Wokey... minggu lepas hari Ahad kami pakat berkelah kat Richmond park hasil dr idea Suhailah. So kaum ibu pun pakat pakat la sesama diorang nak masak dan bawak apa. Kaum bapak pulak cuma nak rileks2 kat situ yg ada sebatang sungai yg jernih airnya. Richmond Park ni adalah park yang terbesar di antara 8 Royal park yang terdapat di England ni. Luasnya... isk isk isk... luas betui... adalah dalam 2,500 ekar. Kalau buat tanam sawit bagus ni. Hahaha...
    So dalam kul 11.30 pagi kami pun bertolaklah ramai2. Perjalanan amik masa tak sampai sejam pun. Kami masuk ikut Roehampton Gate. Bukan boleh main redah je... kena cari gate nak masuk ke sini sebab park yg luas ni berpagar. Tapi dont worry, tak kena bayar pun. Parking pun free je... tak macam hyde park atau regent park yg hari Ahad pun kena bayar. Bila sampai je orang dah memang ramai, tambahan pulak cuaca hari tu oke. Kami dapat lah port yg menarik tepi sungai bawah rimbunan pokok besar. So kami pun bentang tikar dan segala juadah serta masakan2 dari chef2 terkemuka pun terus dihidangkan.
    Nasi putih nasi minyak ayam masak merah kari daging sayur campur ikan masin udang goreng kunyit... ya.. mari mari... mari kita sorooo....
    Ni la spot kami... Fizan, dok la bergambar dulu... kan dah dapat gambar orang tengah tangkap gambar, hahaha...
    Berkelah cam ni memang la rileks. Lepas dah dapat spot just lepak2 dan borak2. Macam2 cerita dan topik la yang disembangkan. Bebudak pulak seronok main bola dan tolak2 stroller kat padang tu. So biar je diorang lepas bebas camtu takde nak risau2. Cuma Nabila je tak leh nak di biarkan sgt. Kalau biarkan je mula la dia merangkak ke tepi tikar pastu di tariknya rumput2 nak di makannya. Isk... Nabila ni! Sebelum pegi kami agak2 la Nabila akan tidur kat Richmond park ni... Rupanya tidak! Seharian Nabila tak tidur siang, nasib la malam dia tak meragam.

    Mummy Nabila nak join kak Farah dan Nana main2 boleh? Boleh.. tapi Nabila jangan tarik2 rumput masuk mulut ya!
    Masa kami tengah2 makan tu datang pulak 2 ekor swan.. satu putih satu kelabu dok berlegar je kat sungai dekat ngan spot kami. Anak2 fizan pulak bermurah hati mendermakan 'walkers' diorang menjamu swan swan tu. Hahaha... tu la agaknya swan2 tu tak ke tempat lain asyik la kat kami saja. Makin cantik la pemandangan tempat kami lepak tu.. kalau pasangan kekasih dating sah sah romantik habis dengan kehadiran 2 swan yang macam beauty and the beast...
    Yang putih tu beauty, yg hitam tu beast... ke ugly duckling?
    Lepas dah beberapa jam kami lepak situ, kami pun amik keputusan untuk bergerak. Atttraction kat park ni belum habis lagi. Sebenarnya kat sini pun ada banyak rusa yang di biarkan hidup meliar. Tapi bulan 9 cam ni ialah waktu rusa rusa tu sedang mengawan. Jadi orang ramai di nasihatkan untuk tidak dekat2 ngan rusa2 tu... takut2 dapat penerajang sulung pulak nanti. Haahaha... Lagi pulak tempat yang dekat ngan kawsan rusa tu takde parking area. Kalau nak pegi kenalah jalan kaki. Jauh la jugak. Tapi disediakan laluan kereta dengan had kelajuan 20miles/hr sahaja.
    Tu lah dia rusa yang tengah lepak2 tu. Gambar ditangkap dr dalam kereta sahaja...
    Ikut cerita yang diceritakan oleh seorang blogger dalam blognya (hehehe...), ada lebih kurang 650 ekor rusa yang hidup bebas dalam park ni. Tapi musim mengawan mungkin la menyebabkan diorang lepak tengah2 padang tu, so jauh dan tidak berapa jelas dari pandangan mata. Cuma kami bernasib baik ada jugak sekumpulan rusa yang agak dekat so dapat lah kami tengok dan snap gambonyer.
    Lepas dah habis pusing satu park tu kami teruslah balik. Masa on da way balik tu kami lalu satu jambatan hijau gambo belah kiri ni. Nampak cantik pulak jambatan ni. Jambatan apa ntah tak sempat nak baca signboard dia. Sebab nampak cam bess je, kami snap la jugak gambo nyer.
    So tamat lah perkelahan hari Ahad kami... dan pegi tepi sungai camtu.. teringat pulak ke'bess'an berkelah di sungai dan air terjun Chepor.
    .
    Ada masa kita pi ya....
    .
    Bye.......
    .
    **** ** ****
  • Friday, September 08, 2006

    Anna Nabila: Genap 9 Bulan

    ASSALAMUALAIKUM... CAK!

    PEJAM celik pejam celik dah genap usia Nabila 9 bulan hari ni. So kali ni kami nak share sikit perkembangan terkini Nabila dengan korang semua. Oke, sedia? Jommm....


    .


    Nabila la ni dah boleh merangkak. Dan bila dah boleh merangkak dia nak berdiri pulak. So kalau letak dia kat lantai tu apa lagi, dia akan merangkak sampai ke sofa pastu paut dan cuba berdiri.


    . Photobucket - Video and Image Hosting

    Yesss! Akhirnya berjaya lah Nabila berdiri. Sekali sekali dia lepas dedua tangan dia masa berdiri tu. Apalagi, jatuh berdentum, meletup kepala nya. Menjerit sakan la kan. Gosok2 kepala dia sambil jampi sikit2... sap samarosap sap samarosoi, (hehehe... org manjoi sila sambung!) dia pun diam lah. Tapi tak dia serik2, terus bangun & panjat balik. La ni Nabila dah terror dah... tak jatuh2 lagi. Bravo!

    Setiap Isnin-Jumaat lebih kurang pukul 6 petang... Nabila akan join daddy dia tengok their favourite sitcom FRIENDS. Sambil2 tu menjamah lah roti ke keropok ke dan menghirup secawan kopi panas. Tengkiu mummy.

    .

    Ni la roti yg Nabila suka tu. Lembut dan manis... kat Mesia banyak juai roti ni kan, tapi kat sini sesetengah kedai je jual. Kebanyakan yg ada yg plain bun, tawar je rasanya. Cicah kopi pun tak bess...

    Haaaa.... kantoi main talipon daddy ya??? Bak balik!!! Camtu la.. suka betul dia kalau dapat main ngan handphone aku tu. Sedar sedar je banyak betul ntah gambar apa2 yg Nabila tangkap. Huh...

    Photobucket - Video and Image Hosting

    Memandangkan Nabila nampaknya dah boleh berdiri, kami pun pegilah cari walker untuk dia. Kot kot la senang dia bergerak kat living room kan. Tapi dia tak suka dok situ. Kalau letak mula la dia nak turun. Mungkin sebab atas karpet roda dia payah sikit nak gerak kot. Merengek dia nak turun!

    Photobucket - Video and Image Hosting . Photobucket - Video and Image Hosting

    Tengok lah tu. Dia lagi suka panjat macam dia buat kat sofa tadi. Pastu berdiri kat walker dia tu. Nabila... Nabila...

    Photobucket - Video and Image Hosting

    Pastu Nabila dok dalam high chair dia bila time makan. Hish Nabila... makan la... makan... MMmmm, comot lah anak daddy ni. Tu la dia, kalau aku pegang kamera je mula la dia tak lepas kelip tengok kamera kat tangan aku.

    Photobucket - Video and Image Hosting


    Dan paling bess sekali, la ni Nabila dah ada passport sendiri dan juga ada visa valid till december 2008. Maknanya, Nabila bebas keluar masuk England ni sehingga penghujung 2008 la. Oke Nabila, hari tu dah gi Paris, la ni mana pulak destinasi luar England yg Nabila nak gi???

    Photobucket - Video and Image Hosting

    Opah, Nenek, Atok, auntie, uncle, sepupu sepapat sekalian... destinasi pilihan Nabila seterusnya dah tentulah Malaysia... Tiket pun dah dapat dah. Yahooooooo...

    Oke ya... Nabila nak mandi dulu..

    Mmm... patut lah bucuk ni!

    Kita jumpa lah nanti...

    .

    Wassalam. Bye.

    .

    **** ** ****

  • Monday, September 04, 2006

    Brighton Pier: Light & Easy

    BERTEMAKAN light & easy kami pun merancang destinasi hujung minggu yg ini pula. Sebenarnya dah lama kami nak ke Brighton ni, tapi asyik asyik je tergendala. So kali ni kami memang dah nekad nak pegi tak kiralah cuaca oke ke tak. Kami bertolak lambat, jam 11 baru gerak, drive pun slow2 relaks2 je. Kiri kanan jalan penuh dengan pokok pine. Dan kawasan yg berbukit2 masih berkabus walaupun dah dekat tengahari.
    Kami sampai dalam pukul 1.30 pm. Terus saja kami mencari Brighton Pier, memandangkan memang kami cuma nak ke sini sahaja. Susahnya nak dapat parking. Walaupun berbayar tapi rata2 yg parking semuanya 4-6 jam punya parking. Bila berjaya terus park keta 4 jam dan jalan2 kawasan tu, memang relax lah takde rushing2. Cuaca memula cam nak hujan pastu terus panas sampai aku pun terpaksa bukak jaket. Lina tetap lah dengan vest dia sebab angin yg bertiup kencang tu sejuk katanya tapi bagi aku its bearable.

    Lihatlah keindahan alam ciptaan Allah yg Esa, Subhanallah.... Tak penah rasa angin laut sekencang ini...
    Angin laut yg bertiup tu bess sangat. Kencang tapi tak melekit. Ombaknya kuat betul memukul pantai. Berderu2 bunyinya. Tapi kat sini tak sesuailah untuk mandi manda. Pantai dia pulak bukan pasir tapi penuh dengan batu2. Lain la ambient nyer. Syok. Sampai2 je aku dah terasa yang kami akan ke mari lagi. InsyaAllah tahun depan.
    Nabila & Daddy bergambar di atas Brighton Pier berlatar belakangkan bandar Brighton... Cantik kan?
    Yg bessnya lawatan ni pun jimat juga. Sebabnya nak masuk Brighton Pier ni percuma, free dan tak payah bayar. Nak naik rides dia, bayo le. Takkan yg ni pun nak free kot, melampau tul lah!! hahaha. Kami pulak cuma jalan2 tengok orang naik all the decent and crazy rides yg ada kat situ. Kami tak naik satu pun. Memula nak la jugak try rumah hantu dia, tapi baby cam Nabila tak dibenarkan naik. So kansel la... Kami lepak2 je kat bench dia yg banyak kat situ. Hirup udara laut saja. Tak tau la betul ke tak, tapi advertisement kat situ mengatakan Brighton Pier ni is the best fun fair kat South England ni. Funfair berkonsep di tengah laut.
    Some of the rides are very colourful. Cantik. So terpikat la org ramai nak naik.
    Betul la kot sebab dah pegi pier yg kat Bournemouth dulu tak le se bess cam ni. Pastu kat tengah2 pier tu ada banyak gerai dan ada jugak ruang untuk ice scating. Kalau la aku tau main roller blade sah sah aku dah join ice scating tu. Satu lagi yg paling menarik perhatian aku ialah game Bumper Car untuk bebudak. Kiut2 je kereta dia dan bebudak yg naik tu pun kiut2 jugak. Seronok tengok diorang bawak kereta haru biru je rupanya. Tapi tetaplah bebudak ni bersungguh2 bawak keta gila tu. Kelakar bila ada satu budak ni dah abis ride siap nangis sebab tak mau turun. Hehehe...
    Tu dia... kami asyik menengok bebudak main bumper car. Nabila pulak tengok ke lain. Belah belakang tu ada macam mini marry go round sebenarnya. Tu la kot yg Nabila asyik menoleh tu...
    .
    Lagi rides 360 degree dia dan hadiah patung2 yg dia gantung2 sebagai penarik. Nabila, usik2 aje tau, jgn amik!
    Lepas dah puas menghabiskan masa kat atas pier tu, kami bergambar lagi. Sebenarnya banyak gambar yg kami tangkap lebih 50 keping, tapi biasalah blog ni ada quota pulak untuk gambar so tak dapat lah nak letak kat sini. Kami sempat gak turun ke kawasan pantai dia. Kami cari cafe kat situ dan duduk santai menghirup secawan hot chocolate. Nabila pulak time tu dah lena, maklumlah dah kenyang makan mix vegetable lasagna dia. Pastu kami jalan2 ke kedai tepi pantai dia, cam biasa cuma beli fridge magnet sahaja. Oh ya.. kat sini ada jugak rock train yg katanya telah beroperasi sejak tahun 1883 lagi. Kalau korang park keta jauh korang boleh naik ketapi ni. Tapi sebab kami suka dengan angin laut yg bertiup kencang tu kami ambik keputusan untuk jalan kaki sahaja.

    Nabila bergambar ngan mummy pula dgn latar belakang cam gambar ngan daddy tadi, cumanya kali ni dari sebelah kiri Brighton pier tu.
    Sebenarnya banyak lagi attraction dia kat sini, tapi lain kali lah kami ulang lagi. Trip cam ni memang bess, menepati tema kami... light and easy. Pastu kami terus lah balik... Yg kelakarnya, bekal nasi lauk rendang dan paprik yg Lina masak kul 6 pagi tak makan pun. Asyik sangat kat pier tu sampai tak bukak bekal. Last last kami buat makan dinner... hahaha.
    Oke lah.. dah malam ni. aku nak tido, esok nak bangun awal nak pi Home office nak buat visa Nabila.
    .
    And you.... you take care oke.
    .
    Bye....
    .
    **** ** ****