• Saturday, March 31, 2007

    Czech Republic: Prague ~ Day 4

    MALAM sat gi kami balik semula ke London. So hari terakhirnya memang tak banyak masa. Lepas dah check-out lebih kurang jam 10.30 pagi, letak beg kat hotel, kami menjelajah lagi bumi Prague ni. Hari terakhir ni biasanya kami akan kira berapa balance duit yg ada, so kalau banyak balancenya, boleh la beli souvenir lebih sikit. Tapi kali ni memang la betoi2 sengkek. So pi jalan2 tengok souvenir sambil meleleh air liur je... hehehe. Wokeh la, apa souvenir yg org selalu beli kat sini ya? Ha... kalau ke mari, benda yg paling sakan sekali dah tentulah barang2 kristal. Siti situ sana sini semuanya ada jual kristal ni. Berkilau kilau. tapi awas... jangan tenung lama-lama, nanti mata jadi juling, poket pun jadik kering!!! wakakaka.... Satu lagi yang popular sekali ialah chandelier. memang banyak choices dan harganya memanglah lebih murah berbanding ngan yg ada kat London ni. Sekali lagi ingat ya... jgn sesekali berbelanja kat town center tapi pergilah ke Old Town untuk borong semua benda alah ni.

    Ni lah antara barang kristal yg melambak di jual di sini. "Tengok dari luar je, jangan masuk. Duit kita dah tak ada..." huhuhu...

    Banyak choices chandelier kat sini... Mau??? Ada berani????
    Bila dah sampai ke Old town, kami sekali lagi naik ke Charles Bridge. Maknanya tetiap hari kami ke charles Bridge tu. hehehe. Lepas tu kami terus ke area taman dia yg ada Petrin Tower. Ianya terletak diatas bukit, Petrin Hill. Lina tak larat nak mendaki atau naik tangga, ada 299 anak tangga semuanya ~ boleh lawan batu caves ni! So kami sampai kat kaki bukit je. Petrin Tower tu sekali tengok macam Eifel Tower kat Paris tu lah. Kalau naik ke atas boleh la tengok pemandangan Prague ni secara keseluruhan. Dan ikut ceritanya, banyak batu2 yg digunakan untuk membina bandar Prague ni datang nya dari Petrin Hill ini lah.

    Saya tak larat... tolong lah... saya tak mau naikkk!! hehehe...

    Kalau besarkan gambar ni, korang leh nampak 299 tangga ke Petrin Tower tu.
    Cuaca hari tu tersangat lah sejuk kami rasa. Hujan rintik2 lak tu. Nabila pun terpaksa dok dlm stroller dia yg ada beg tido tu. Dia nak kuar jalan sendiri tapi kami tak bagi. Kalau dlm bangunan tak pe lah juga, luar camni sejuk lah! Tangan aku rasa beku menolak stroller Nabila dan telinga pulak kebas, dah rasa cam takde je.
    Sejukkkk... Nampak Teplota tu? 3 degree Celcius tu...
    Mmm... ingat tak pasal Astronomical clock yg kitorang cerita tu. Kebetulan masa kami lalu pada hari ni, the clock was about to strike eleven. So ramailah orang dok berkumpul menunggu jam tu berbunyi. Kitorang pun terus join the crowd. Yg berkumpul tu banyak ikut tour group, bila dah menyelit dapatlah curik2 dengar apa yg tourist guide dia cerita. Curi dengar tak pe kan? hehee.
    Ni lah dia gambar Astronomical clock ni.
    Jam ni dibina pada kurun ke-15. For every hour kan, bila jarum panjang dia strike 12 kan, akan keluarlah 12 Apostle (Apostle = pengikut Nabi Isa seramai 12 org, yg ditugaskan utk menyebarkan agama - ni kena rujuk ustaz apakah dalam agama Islam kita menceritakan benda yg sama?). So melangut lah diorang tunggu tingkap tu di buka dan figura ni keluar satu persatu. Last sekali ada semacam ayam warna emas keluar, kurang jelas sebab spek aku kabur dan Lina pun rabun sama (sodih), dan diorang yg dok melangut tadik pun bertepuk tangan. Suka no!!! Pastu semua disperse away. Jap je tempat tu terus lengang.
    Org ramai berkumpul depan jam tu, nak tunggu dia berbunyi dan menunggu keluarnya 12 apostle dr tingkap kat atas jam tu.

    Next destination kami ke Narodni theater. By this time kita dah boleh tahu dah makna Narodni ni... Narodni Museum, Narodni theatre... Narodni ni National lah. Kemuncak bumbung dia kaler emas. So kalau tengahari dan ada matahari, maka bersinar2 lah emas tu. Theatre ni di bina lama dulu dah, antara tahun 1868-81, dan dalam tahun 1883 dia buat renovation lagi sebab terbakar. Katanya banyak famous performances took place kat sini, tapi sorang pun aku haram kenal. Kat sini banyak persembahan ballet dan opera. Minat ke? Dedua ni aku kureeenggg sikit la. Aku suka lagi tengok wayang. So kalau kat tempat kita tu sama cam Istana Budaya la.

    Narodni Theatre. Ada satu ruang kosong depan dia banyak budak2 muda main skateboard kat sini. Skill jugak diorang nih!
    Lagi pemandangan Norodni Theatre dan beberapa bangunan lain dr Jambatan Legii.
    Pastu.. kami pun balik lah semula ke hotel. Masa ni pun dah pukul berapa dah. Kena amik teksi dr hotel jam 6 petang. Beg kami pun dah jahanam masa dtg ari tu terkoyak dan hampir nak terburai. Tak tau la camna pihak airport handle sampai boleh koyakkan beg kami. Tapi beg murah punnn... terpaksalah aku beli salotape dan selotape lah beg tu. Lantak lah, janji sampai London, pastu buang terussss!!! hahaha.
    Itu lah dia percutian kami selama 4 hari 3 malam kat Prague. Dapat lah beberapa perkataan baru masa kat sini. Contohnya:
    Vychod = Keluar
    Narodni = Kebangsaan
    Turiske = pelancong
    Konec = The End
    Bergambar kenangan di stesen Metro Mustek yg terletak betoi2 di tengah2 bandar dia.

    Lina ngan Nabila lepak di hotel sementara tunggu teksi mai...
    So... overall... Prague ni tak besar mana, kalau stakat nak jalan tangkap gambar dan tak mau masuk cam museum ke hapa, 2 hari full day dah boleh cover. Scenery dia cantik dan kepada peminat Kristal, this is your shopping mecca! Oke... aku chiow dulu.


    Konec!


    **** ** ****
  • Wednesday, March 28, 2007

    Czech Republic: Prague ~ Day 3

    TIPAH tertipu!!! Itu lah terjadi pada kami di hari ni. Keluar2 je dari stesen metro dia memang kami kena cari money changer dulu. Duit pun dah abis dek tak sabar2 beli souvenir di hari ke-2. So jumpa la the 1st money changer ngan signboard dia punya besar tulis: SPECIAL OFFER 1GBP = 44Kcr. Wah... seronok sgtlah. Sebabnya masa memula tukar cuma dpt 35Kcr je. So tanpa berlengah aku bagi lah kat dia duit yg nak ditukar. Tup-tup dia bagi aku 1GBP = 31Kcr je! Aik.. aku pun pelik la kan. Tanya dia apsal ni???? Dia kata yg tu dia sell, yg buy punya ada kat board lain yg tulisan nya kecik nak mampos. Aku tak puas hati, mintak balik duit tapi tak leh nak buat apa2 sebab mamat tu dok dlm kandang tu!!! Hampassss... memang hampagasss betul la... Argggghh!! Aku MARAH ni!!! (ikut style A.R Tompel dlm crita P. Ramlee Ahmad Albab!) hahaha... so pada sesapa yg nak kemari, tanyalah dulu kat kaunter berapa boleh dapat, jgn percaya apa yg tertulis kat board dia tu! Takpe lah... nak wat camna? walaupun kat situ dah hangat hati, tapi misi menjelajah Prague ni mesti diteruskan...

    Menyeberang jalan nak ke Narodni Museum...

    Wokeh... hari ni kami memang dah plan nak ke National Museum (dipanggil Narodni Museum). Bangunan dia dari jauh lagi dah nampak dah. Memang stand-out la museum ni berbanding semua bangunan yg di kiri kanan. Kat sini semua nya berduit, nak masuk toilet kena bayar, nak pakai audio guide pun kena bayar. Nak tangkap gambar pun kena bayar juga! Kebetulan time ni dia ada buat special exhibition tentang zaman batu ~ di kenali sebagai zaman pemburuan Mammoth. Kat dalam pamplet dia ada tulis: Those who do not hunt do not survive! Tu dia... kalau hidup zaman tu kalau nak survive kena lah berburu, kalau tak kita yg kena buru! Huhuhu. Bila masuk je kat museum tu, kami terus ke special exhibition ni dulu. Dia buat dalam suasana suram sahaja. Nabila memula oke je jalan, pastu masuk je situ terus nak berdukung. Ada la dia buat satu patung wax pemburu ni dok kat tengah laman dia. Pastu ada pulak rumah diorang dr kulit binatang. Dalam tu gelap... so masuk jugak lah. Nabila asyik nak bergayut je...

    Ni lah rumah org 'zaman pemburuan mammoth' dibuat dr kulit binatang. Apa ada dlm tu???

    Ha... kat dalam tu ada patung wax pompuan tengah lepak dengan unggun api. Ops.. seksinya... adik adik sila tutup mata ya... 18SX ni!!!
    Banyak artifak yang di pamerkan termasuklah rangka, tulang dan tengkorak yg katanya berusia diantara 20-30ribu tahun lalu. Periuk belanga dan juga alat2 memburu diorang pun banyak juga. Selain batu batu yang ada terukir tulisan dan lukisan macam kalau tengok cerita2 Indiana Jones tu. Isk.. Nabila tak mau jln sendiri, audio yg kami amik tu tak dapat nak guna sangat. So... dengar sikit2 je explaination dia....

    Ruang legar museum yg dihiasi indah dengan lampu2 yg moden. Ukiran di dinding museum ni pun cantik juga.
    Dah tu kami pusing pulak ke zoological area. Kat sini Nabila la paling enjoy. Begitu banyak sekali binatang2 yg dah di awet kan. Ada jugak yg cuma replika. Dari sekecik serangga sampai sebesar gajah dan zirafah pun ada. Tapi bila nampak je burung2 kat situ, Nabila terus tak tentu arah.. bird... birdd... katanya. Hahaha... pastu ajak ke tempat lain pun tak mau dia. Asyik lah bird, bird... sampai ke sudah...

    Bird... Bird... birddd...
    Hampir separuh hari kami spend kat museum ni. Pastu sempat jugak lepak di cafe museum ni pekena hot chocolate secawan. Lepas dah abis tu Nabila dah mula lalok, letak dia dlm stroller bagi susu, kejap je dia tido. Kami teruskan perjalanan ke New Town Hall dia pulak. Sepanjang jalan takde apa sangat di kiri kanan. Kami cuma bergambar sahaja di New Town Hall ni.

    New Town Hall...

    Ni pulak, menara yg menjadi sebahagian dari New Town Hall. Perasan tak, tower diorang semuanya sepesyen je..
    Selesai bergambar perut pun dah rasa lapar. Kami decided untuk jalan semula ke Old Town untuk lunch kat restoran tepi jalan kepunyaan hotel2 kat situ. Masa on da way tu kami lalu kat Municiple House. Apa dia house ni??? Haa... ni la gambar bangunan kat bawah ni. Dulu-dulu merupakan kolej untuk paderi dan tentera diorang tapi la dah musnah dah. Ianya menjadi tarikan sebab bangunan ini dihiasi dengan warna emas dan juga kaca yg berwarna warni serta banyak sculptures. So nampak cantikk la... Skrg ni dia jadi tempat cultural dan ada banyak auditorium dalam tu. Bangunan ni jugak penting kerana kat sinilah tempat pengisytiharan kemerdekaan bagi negeri Czechoslovakia pada tanggal 28 oktober 1918. Uishhh.. perut dah lapar ni. Jom ke restoran jom. Sampai2 je terus order tak tunggu lagi. Lina order fish and chip dan aku mintak tuna pizza. Sekali pizza dia big portion, tak abis daaa...

    Ni lah dia Municiple House... Cantik & besar jugak bangunannya...

    Restoran tepi jalan kepunyaan hotel2 di sini... boleh pilih nak dok dlm atau kat luar camni. Dok luar la bess, tengok org lalu lalang...
    Alang2 dah sampai ke Old Town ni, kami pun ingat nak ke Charles Bridge semula. Sebab memang bess kat situ, pemandangan dia cantik dan org ramai. lepas je menyeberangi ke Mala Strana kami ikut sign board untuk ke taman. Pastu jalan punya jalan... nampaklah satu kedai souvenir ni. Masuk lah ke dalam... dan... ALAMAKKKK!!! dia jual souvenir sama sebijik yg kami beli semalam dengan separuh harga. Aisehhh. Dah lah kena tipu masa kat money changer tu, kat sini pulak kami boleh dapat 2 souvenir yg sama!!! Gerammm.... ngilunya rasa hati. Betui2 rasa cam tipah tertipu lah hari ni!!! Adushhh... ntah la... selama ni kami tak penah beli souvenir awal2, tapi tatau kenapa kali ni kami beli dulu. Saja nak jadik lah tu... takpe lah. Tak guna lagi nak kalau berkalau ni kan. Masa ni jalan2 kat Prague pun dah rasa tak besss sebab hati gerammm je... hahaha.
    Kebetulan time tu pun dah petang dah, so kami pun balik lah semula ke hotel... Tengok lah esok.. apalak yg terjadi!


    Oke, bye...

    **** ** ****
  • Sunday, March 25, 2007

    Czech Republic: Prague ~ Day 1 & 2

    Dari airport Gatwick ke Prague (disebut di sini sebagai Praha) mengambil masa cuma 1 jam 30 menet je. Sampai2 terus ke hotel Albion di Peroutkava Street. Terkejut tengok bilik punya besar siap ada living room walaupun kami cuma bayar £50 for the entire stay, dah tu termasuk breakfast pulak lagi. Esoknya selepas sarapan (siap tapau czech bread 2 ketul!) kami pun mula lah explore bandar dia. Kenderaan berat cam bas dan lori tak dibenarkan masuk dlm bandar, so kami kena tukar amik metro nak ke city centre. Tiket pun murah cuma 60p sahaja untuk naik samada bas, metro atau tram dan valid sampai 90 menet.
    Tempat yg pertama sekali pergi mestilah ke Old Town dia. Kalau korang search dlm internet atau tanya tourist info, Old town ni is a must visit place. Kat sini pemandangan dia agak cantik dan kat sini jugaklah banyak kedai souvenir dia. Dia punya ruang legar yg besar dengan banyak bangunan lama mengelilingi nya. salah satu bangunan yg diorang agung2kan ialah sebuah church lama diorang yg di panggil Church of Our Lady Before Tyn. Ianya dibina dalam tahun 1385 di zaman yg penuh dengan huru hara dimana salah seorang kuat berhaluan kiri bernama Hussite telah di pancung oleh pengikut Roman Katolik.
    Yg cam twin tower tu lah church diorang tu. Kalau perati betoi2 menara dia tak seragam. Sengaja dibuat camtu konon2 melambangkan the masculine & the feminine of the world! Mawi world! hahaha...
    Masih di Old Town, monumen tu melambangkan apa pun aku tatau. Tak sempat nak baca description dia...
    Selain itu Astronomical clock & Old Town Hall Tower diorang pun ada kat sini. Gerai makan dan restaurant yg dipunyai oleh hotel2 sekitar tempat itu pun banyak. Walaupun hotel tu semua 4 bintang jangan takut untuk berbelanja di situ sebab harga makanan diorang tak lah mahal mana.

    Berlatar belakangkan The Old Town Hall Tower. Boleh naik sampai ke atas tu untuk tengok pemandangan bandar Prague ini.
    Pastu kami terus sahaja ke Charles Bridge. Jenuh lah aku tengok sign board dia mencari arah, rupanya kat sini semua sign board dia menggunakan bahsa diorang. So Charles Bridge sudah jadi Karluv Most daaaa... Karluv tu Charles dan Most tu Bridge! Cuaca hari tu agak sejuk, pun begitu ramai jugak tourist kat sini. First impression masa sampai kat Charles Bridge tu... Cantik! Bridge ni menyambungkan Old town dengan Mala Strana. Kalau korang nak ke Prague Castle, korang kena jugalah melalui jambatan ni.
    Ha... gambar ni diambil sebelum menyeberangi Charles Bridge. Pemandangan sebelah sana tu la Mala Strana.
    Tapi dari city centre nak ke mari jauh jugaklah berjalan baru sampai. Tapi nasiblah sepanjang jalan banyak betoi kedai souvenir di kiri kanan, singgah2 so tak terasa lah sangat. Masa kami pegi ni banyak pelancong jepun lah. Jalan dia pulak banyak menggunakan bata yg besar2, so tak rata. Tak ramai pelancong sini yg bawak budak. So Nabila banyak kali menjadi perhatian. Ramai jugak yg menegurnya. Siap ada pelancong jepun ni usap2 stroller dan ucap bye bye kat Nabila walaupun masa tu Nabila nyenyak tido! Huhuhu...
    Naik je Charles Bridge terus bergambar... Pemandangannya, fantastik lah!
    Orang ramai, angin kuat, sejuk pulak tu! Tapi pose tetap pose jugak... hahaha.
    Bercakap pasal Charles bridge ni kan, ianya dibina pada kurun ke-13 oleh King Charles IV. Memula tu diorang bina hanya untuk Knights tournament tapi masa zaman Katolik, diorang decide pulak nak letak patung2 "tuhan" diorang sepanjang jambatan tu. Ada 30 semuanya. Tapi banyak yg sudah musnah akibat banjir dan bencana alam yg lain. Namun kerajaan yg kemudiannya telah decide untuk membina semula dan menambah statue2 yg asal so jadilah sampai dekat 70 ketul ada kat situ.
    Bergambar di tengah2 Charles Bridge...
    Ni pulak berlatar belakangkan Old Town Bridge Tower, siap dibina pada 1380. Sini pun boleh naik ke atas untuk tengok view bandar Prague.
    Lepas dah menyeberang ke jambatan ni dan sampai di Mala Strana, tempat utama yg juga dlm senarai a must visit kami ialah Prague Castle. Ianya terletak di atas bukit ~ mengah jugak nak menolak stroller Nabila. Lina pun jalan slow2 sahaja. Kejap kejap kami berenti untuk melepaskan lelah.
    Prague Castle yg mula di bina pada kurun ke-9 ini merupakan Castle yang terbesar di Europe semasa di zaman abad pertengahan. Bermacam2 sebab termasuklah kerana kuasa politik dan kemusnahan akibat kebakaran telah menyebab Prague Castle ni di bina semula dan di tokok tambah sehingga menjadi sebuah kompleks yg besar. Yang paling utama dalam pembinaan castle ni ialah Saint Vetus Cathedral. Pada kurun ke 12, castle ini telah dijadikan sebagai Istana Romaneque dan kemudiannya pada kurun ke -14 dalam zaman pemerintahan Charles IV ianya diubah suai mengikut gaya Gothic. Tu lah dia macam2 perubahan yg berlaku pada Praque Castle ni sehingga lepas perang dunia yang pertama pun, taman dan interior design dia jugak mengalami pengubah suaian. La ni Prague Castle ni menjadi kediaman President Czech Republic selain menjadi tempat rujukan sejarah dan politik bagi bandar dan republik ini.
    Di luar Prague Castle ni ada org main musik. Nampak tak tugu tu, itulah tugu presiden Czech yg pertama, nama dia Tomas G. Masaryk.
    Kat sini pun ada pak guard yg macam kat Buckingham Palace kat London tu. Yg belah kanan ni depan Cathedral dia tu lah.

    Bila masuk kedalam, ruang legar dia punyalah besar. Semuanya bersimen atau berbata2... untuk apa dia buat ruang legar yg besar camni pun tak tau lah. Mungkin untuk security kot. Tapi aku rasa cam buang space saja. Tapi Nabila suka lah sangat tempat luas kosong macam ni. Dengan belon kat tangan, dia pun berlari sana sini. Yg bessnya bila dia terlepas belon tu.. ramai lah jugak yg mengah mengejar belon tu yg ditiup angin. Kelakar. Habis pelancong Jepun dan pelancong mat salleh berganti2 kejar belon untuk Nabila. Hahaha... kelakar, kelakar!

    Amboi-amboi, seronoknya anak daddy ni...
    Istana Schwarzenberg ni ditutup sebab renovation.
    Lepas dah abis tour Castle ni kami pun amik keputusan untuk balik semula ke Hotel. Lina pun dah tak larat nak jalan lagi. Slow2 kami jalan kaki ke stesen Metro Mustek dan alamak... kaunter tiket tutup. Kat mana nak beli tiket tatau pulak dah. Nasib lah ada satu mamat ni yg bagi aku ngan Lina tiket free. Dia sian kot tengok aku kelam kabut mencari tiket. Aku nak bayar, tapi mamat tu kata "my gift for you"... hahaha, suka lah aku dpt free kan. Apa lagas... tengkiu sajalah.

    Wokeh... tu jelah ceritanya hari pertama dan kedua ni.
    See u again!

    **** ** ****
  • Wednesday, March 21, 2007

    Belasungkawa

    Al-fatihah buat Opah Sabariah bt Din yang telah kembali ke rahmahtullah pada pagi 20.3.2007. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan insan-insan terpilih. Amin.
    Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
    **** ** ****
  • Saturday, March 17, 2007

    Dorset


    Bergambar kenangan ngan Caravan tempat menginap... ada 3 bilik dapur tv peti ais semua lengkap.

    HUJAN turun agak lebat jugalah pagi ahad ni! So kami pun bangun malas-malas sahaja. Hari ni plan kami agak santai sebab cuma nak naik keretapi steam. Benda ni beroperasi sepanjang tahun dan kekerapannya dalam 1 jam sekali. Jadi lepas breakfast pagi tu, kami terus menuju ke Norden Park and Ride station dia. Kalau dari caravan kami kejap je dlm 15-20 menet. Tapi awas ya.. kalau drive kat sini speed limit dia cuma 30m/hr, sebab tak perasan tak pasal2 aku kena speed trap lah! Huhuhu... bukan laju pun aku bawak, 36m/hr je. Hampagassss betul lah!!! Sampai je kat situ keretapi dah nak jalan dah. Nasiblah Mozak & family bergerak agak laju so sempatlah diorang tahan keretapi tunggu kami yg terhegeh2 menolak stroller Nabila dlm hujan tu. Sekejap je terus, chooooo chooooo.... keretapi pun bergerak daaa..


    Dua pemandu pelancong yang begitu cemerlang sekali...

    Dari Norden tu kami terus menuju ke hujung destinasi (South) ke Swanage. Dan 1st public train yang mula2 sekali berlepas dari swanage ni ialah pada 20 May 1885! Tu dia... lama kan? Train ni punya track di kekalkan dan sekarang lebih banyak di naiki oleh pelancong ~ kami la tu... hahaha.


    Siapakah pasangan ini agaknya???? huhuhu...

    Swanage ni pulak letaknya tepi pantai. So kalau summer memang terkenal la pandai dia ni. Mat salleh kan suka sun bathing... tapi time kami pegi agak sejuk lagi. So pantai tu still kosong. Swanage pier pun terkenal juga. Tapi tak lah sehebat Brighton pier yg siap nganfun fair semua tu. Kami pun tak pegi ke swanage pier tu, cuma tengok dr jauh je. Hujan renyai2 tak berenti lagi. So kami amik keputusan untuk just jalan2 kat town dia. Nasib banyak kedai yg bukak.


    Nabila & Farah dalam keretapi mainan replica Swanage railway. Ciann Fahmi tengok je... keretapi dah penuh...


    Ha.. ni lah dia keretapi yg betoinya.

    Pastu, kami decided to take the train back dan berenti kat Corfe Castle. Masa ni hujan dan takde so senang nak jalan. Masuk ke dalam corfe castle ni kena naik bukit. Dah tu dia punya jalan nak ke situ berbata2 dan tak rata. Nabila yg dok dlm stroller dan rasa cam camel throphy punya challange je. Ciannn... dah tu jap je dia menjerit tak mau dok dlm stroller. Last last aku tolak ikut rumput, smooth la sikit. Sampai kat atas tu ada tangga pulak... Alamak... mengahla menolak stroller Nabila ni. Dah sebab nak pegi jugak, aku gagahkan saja. Nak komplen apa nya kan? Sampai kat atas tu cantik lah dapat tengok pemandangan dia. Keretapi steam tadik pun lalu kat situ, dan bess la suasana dia, cam tengok cerita omputih yg dulu dulu tu, ngan keretapi yg banyak asap tu.


    Pemandangan dari atas Corfe Castle menjadi semakin indah dengan kehadiran 3 beranak dalam gambar ni... hahaha.

    Ni masa nak balik... hujan rintik2, jalan ikut rumput lebih senang dari jalan batu batu yg tak rata tu.

    Mengikut ceritanya, Corfe castle ni merupakan Britain's most romantic castle la. Memandang kan dia menyajikan pemandangan yg amat2 sungguh2 mengagumkan, breathtaking la kata omputih! hehehe. Castle ni telah musnah dan rosak semasa perang Civil pada tahun 1646. So apa yg ada dalm gambar ni je lah yg tinggal. Kira kalau kat tempat kita tu cam A-Famosa la kot. Sebenarnya banyak aktiviti yg diorang buat di Corfe Castle ni. Cumanya kami pegi tu wrong timing. Time summer ada je aktiviti diorang cam walk: Three Quarries, Easter Egg Trails, English Civil War Guided Tours dan macam2 lagi. Apa benda aktiviti2 tu jangan tanya.. aku pun tatau, huhuhu. Tapi they sound interesting.


    Di puncak.. angin kuat. Yg kat atas tu tak boleh masuk sebab under construction...

    Masa nak turun dari Corfe Castle tu hujan pun turun sama. Alamak... Nabila mula la meragam tak mau dok dlm stroller dia, maklum lah masa kat atas tu dah bagi dia jalan sendiri. Tapi dah hujan nak tak nak paksa jugak.

    Nabila santai menunggu keretapi sampai... kehulu hilir tak mau di pegang!
    Dah tu, kami pun amik balik steam train tadik kembali ke Norden Park & ride. Dari situ pulak kami balik semula ke caravan. Lepas dah soroo, aku gerak balik ke London. Mozak and family stay another night sebab Isnin tu aku kena keja... Balik2 letih lah jugak rasanya. Tapi oke lah, sebab hujung minggu kami terisi lagi.

    Wokeh... isnin selasa ni aku cuti. So... korang take care oke. Jumpa lagi...


    Daaaaaaa....

    *tahniah pada Mozak & Sue yg baru menimang cahaya mata mereka yg ke-3... (another 2 more to go~mengikut telahan tabib rantai emas! hahaha)

    **** ** ****