• Wednesday, June 25, 2008

    Bila Aku Masuk Dapur

    AKU ni sejak kawin jaghang jaghang dan kaddang kaddang aje masuk ke dapur, sebab aku bukannya minat masak memasak ni walaupun dari pandangan mata kasar sesetengah orang yg aku ni macam suka memasak. Kalau makan tu tok sah cakap lah... bila pi rumah orang, maka datanglah sifat pemalu & penyegan aku ni, ahak, tapi dalam tengah borak2 tu sempat pulak tangan mencedok nasik tambah, hahahaaa... camna tu???
    Sebelum cerita lebih lanjut, jom tengok gambo masa mengantar kak cho & kak chik balik hari tu. Sekarang ni Departure Terminal yg kat Terminal 3 dah baru, dah luas dan lebih cantik. Ada tempat menunggu dan kat situ juga org merokok boleh melepaskan asap. Bab yg ni je yg ada kureeenggg sikit, huh!
    2 kotak tu tak lepas, excess baggage... tapi nasib boleh bawak as hand luggage. Lega.

    Kak Cho & kak Chik dah masuk dalam. Ruang luar ni bila malam lampu dia yg kaler purple tu menjadi kan suasananya berbeza, cungg pulak.
    Oke... kembali kita pada topik kita kali ni. Memandangkan satu hari tu mummy fening, jadik aku pun amik alih tugas untuk ke dapur. Episod ini berlaku di suatu senja yang indah tatkala lembayung jingga masih menyala2 di kaki langit. Tu dia mukadimah! Tak yah lah bersastera, terus saja lah ke main point ya. Amaran: Kalau air liur meleleh, sila amik tisu lap sendiri, hahahaaa... So first and foremost, mari kita menyelongkar bahan bahan nya... ceng ceng ceng...

    Bahannya kita mulakan dengan cili merah dan timun. Di potong mengikut kemahiran sendiri. Kalau timun tu korang nak buat shape star pun boleh, bukan ada beza pun rasanya nanti.

    Bahan yang seterus nya... pokok bunga! Apa ko dah giler nak makan bunga??? hahahaa... cuba teka, sapa punya dialog ni? Itu dialog mak dara dalam itu cerita Kassim Selamat daaa. Sudah lupa ka??? hahaa... Bukan!!! Bukan pokok bunga ataupun tisu tandas menjadi bahan kita yg seterusnya ya... tapi itu yg dalam bekas itu lah. Ya... tulur... tulur lah. Amik berapa bijik yg korang suka. Sukati. Takde sukatan2. Di cuci kemudian di rebus. Buang kulitnya pastu potong bulat2 boleh, potong segi2 buleh... ikutlah kreativiti memasing. Takmo buh langsung pun takpe.. tak jadi hal lah. Senang kan?
    Dan... ini bahan yg paling utama. Cekodok pagi tadik yg tak habis. Make sure belum basi. La ni dengan kenaikan harga minyak, harga barang2, kita kena berjimat. Kena recycle apa2 bahan yg boleh dipakai. Apa kata menteri2 kita la ni... ubah gaya hidup?? hari hari lah kita makan cekodok ya, murah. Tepung ngan air je pastu campur garam sikit, kalau ada extra bajet bleh tambah kunyit, huhuhuuu... Kalau minyak masak habis, kita tepek terus dalam kuali jadi ketepek, ayo, jgn la sampai camtu sekali, sedih siot... Oke, oke kembali pada resepi istimewa kita ni, cekodok tu pun potong kasi kecik sikit. Macam tadik lah, sukati nak potong camna pun, tak kisah. Kalau korang ada bahan lain cam togeh ke tauhu ke boleh tambah. Apa apa benda terpikir pun boleh tambah. Tak usah risau sebab sendiri yg nak makan kan? peduli apa?

    Pastu masaklah kuah kacang. Kuah kacang ni, paste dia dibekalkan oleh orang Ipoh, kuah pecal sebenarnya. Tapi boleh saja di modify mengikut kreaviti sendiri. Asalkan ada rasa sudah ler... Lepas tu masukkan semua benda alah tadik tu dalam mangkuk, tuangkan kuah kacang dan gaul bagi sama rata... maka siap lah... apa yg siap??? ceng ceng ceng....


    PASEMBOQ sedap azamsirajab.... hehehehee.... lazattt wa cakap lu...
    Nampak ni??? Lazat dan mengiurkan... yummm yummm. Iskkk, kan dah terliuq...? Mau rasa ka? dah bagi resepi dah tadik... nanti senang2 buat sendiri ya, hahahahaaa...
    Mummy pun terus ceria, pinggan pun licin, hilang penin!!! Ahak...
    Adik pun nak try... tok sah lah adik, ni pedass ni...
    Adik makan oreo ya, sat gi makan bubur... Kakak kalau benda benda yg nampak pelik sikit memang dia tak mau. So dia pun join adik makan oreo sahaja...
    Begitulah ya cara cara nak buat pasemboq segera. Kalau ada banyak bahan tentu lebih mengancam, siap boleh mengaum aummm auummmm bila telan, hahahaa... oke lah, baik aku chiow dulu sebelum lagi teruk aku merapu.
    .
    Salamaaaat!
    .
    **** ** ****
  • Monday, June 23, 2008

    Xplorace 3: Blenheim Palace-BOTW-Oxford

    Amaran: Entry ini ada gambar bogel!
    WAH, cakap je ada gambar bogel, cepat je scroll ke bawah ya??? hahahahaaa... cuaca nampaknya cantik ni, jom kita ber-xplorace lagi. Asalnya nak ke Blenheim Palace atau Bourton-on-the-water tapi ntah camana boleh tambah lagi 2 destinasi tu dalam program. Begini programnya: London ke Blenheim Palace ke Bourton-on-the-Water ke Oxford ke London semula. Bourton-on-the-water lagi??? Yaaa... memang suka no kami tempat ni. Dah dtg byk kali tetap tak jemu. Ntah apa yg bessnya tak tau, tapi memang bess la. Ayat apa ni??? layaaaaan ajalah... hahahahaa.

    Pagar batu Blenheim Palace...

    Ni bahagian dalam pagar tadi. Kami tak masuk tengok hiasan dalamannya sebab apa tau? Sebab tak bayo tiketnya lah, hahahaa...
    So pagi yang dah tak sangat pagi tu kami pun bertolak ke Blenheim Palace. Sebenarnya aku ngan kakak dah pernah datang sini bawak Kak Ijah, Opah dan member aku si Sfaris dulu. Memandang mummy pun tak penah pegi dan lanscape dia memang cung, aku pun suka, so sepakatlah kami ke situ. Kali ni kami cuma pilih masuk ke bahagian garden sahaja sebab dalam palace dia bukan buleh bergambar pon. Lagi pulak kak cho & kak chik dah tengok hiasan dalaman masa kat Warwick Castle hari tu. Sama je... dan yg bess nya, mughah sikit lerrrr, hehehee.

    Pemandangan Blenheim Palace ni di ambil dr dlm helikopter... pastu dia lekat kat dinding pastu mummy posing kat sebelahnya... bukanlah mummy naik helikopter yer? ahak.

    Kawasan luar dia berbatu2 kecik2, kakak cukup la suka mengutipnya. Siap duduk kat situ. Org dah jalan jauh ke depan dia masih lah nak mengutip batu tu. Kami terus sahaja ke bahagian water fountain dia. Memang cantik lah tempat ni. Seperti entry aku yg dulu, kat sini la si John Terry tu buat majlis kawin dia.


    Ni kat water fountain dia, dengan pokok di potong2 berbentuk maze. Cantik jugak.
    Dari sini kami terus ke rose garden pula, bunga adalah sediikit tapi tak sepenuh seperti yg penah datang dulu. Sekejap saja kat situ dan kemudian terus amik train ke pleasure garden. Pleasure garden dia punya rose lagi menarik lah. Ada juga dia buat macam rows of lavender tapi masih belum berbunga lagi. So instead of purple, hijau sahaja, huhuhuuu.


    Gambar Bogel I: Nampak tak? Yg kat dinding tuuu, hehehee... Ini kat Italia Garden kalau tak silap aku... kalau silap tu, nasib arrr...
    Gambar Bogel II: Ada berani pose camtu? Ada berani!!? Kak chik ngan kak cho tengah menghirup aroma di taman rose...

    Mummy tak lepas peluang bergambar ngan rose.
    Kat sini jugak ada butterfly house. Tapi tak lah semeriah yg hat kat penang tu. Buleh la nampak butterfly nya dan yg bess ada bunga kebangsaan kita lah, bunga raya. Dalam butterfly house ni dia buat cuaca yg panas sedikit, macam suhu di hutan hujan khatulistiwa pulak... ahak!


    Keretapi dah mai, jom pi pleasure garden...


    Bunga Kebangsaan ku... dan salah satu rerama yg ada kat situ... camourflage dak?
    Dari sini baru lah kami pecut ke Bourton-on-the-Water. Cuaca panas tapi bila angin tiup sejuk! Kepala aku pun sakit dan mengantuk sangat rasanya. Untuk menghilangkan itu, terus kitorang lunch dahulu dan pekena secawan kopi yg hitam pekat likat melekat tapi kalau tak de gula takde makna!!! hehehe... Itu kata Mas-ud al- Buaya! Korang kenal dak Mas-ud al-Buaya ni? hmmm... nampak sangat la korang ni muda belia... Kak Cho menggigil sejuk, so aku suh pi beli sweater yg murah2 dulu buat pakai sementara waktu, tetiba dia & kak chik terus hilang. Ntah ke mana peginya dua beradik tu. Bila dah jumpa balik, tu dia beg plastik penuh souvenir kat tangan. Terus hilang sejuk! Sweater tak beli pon, huhuhuuuu...


    Tak paham lah aku ngan mat salleh ni, pantang ada matahari mesti nak baring2, apa yg besnya ntah, hehehee...
    Kalau ke mari try lah jaket potato kat Garden Cafe dia, reganya mughah ja. Kalau kat tempat lain kadang2 bess kadang2 tak bess, tapi kat sini memang bess. Tuna ngan mayo dia elok dia gaul sebati, moist sahaja... lazat! Bab makan serah kat aku, walau pun aku ni tengah diet diet kucing miow miow, ahak!

    Sejukkk ooo air sungai ni... mau mandi mau? Ada berani?

    Aku ngan kak chik je berani masuk dlm ni....

    Ingat lagi bangunan belakang tu? Skrg time kak cho ngan kak chik pulak posing...
    Dah sudah tu kitorang pun chiow lah. Memang sebenarnya tak plan langsung nak ke Oxford, tapi beberapa hari sudah Sky TV kat sini ada tayang cerita Harry Porter dan kami melayan cerita tu sampai jauh malam, tergerak lah hati nak tunjukkan dema salah satu tempat penggambarannya. Tu yg dgn tak sengaja melencong terus tu. Lagi pulak Oxford ni memang letaknya on da way nak balik ke London pun.
    Bangunan apa ntah ni kat bandar Oxford...

    Yg belakang belah kanan tu la tempat penggambaran Harry Porter...
    Ni pon tatau bangunan apa. Nampak cam bess je, terus tangkap gambo. Dah letih tak larat nak carik info nya.
    Kak Cho & kak Chik pun la ni dah balik semula ke mesia. Harapnya dah cukup bergumbira di sini. Bawalah memori yg indah2 saja dan yg pahit kalau ada tinggalkan kat London ni. Sekarang ni time untuk tumpukan semula pada pelajaran, and thus we wish you all the bess and may you both graduate with 1st class degree... InsyaAllah.
    .
    Salam.
    .
    **** ** ****
  • Wednesday, June 18, 2008

    Snippets

    WAH! Tajuk entry pun dah macam yg ada dlm blog mantan Perdana Menteri. Sama level kah??? Oh tidakkk... dont worry, blog ini tidak ada unsur2 politic jauh sekali unsur2 provokasi, kalau ada pun cumalah beberapa pengakuan berani mati! hahahaaa... tak nak kalah tu!
    .

    ITHNAIN: CHELSEA! CHELSEA!

    Memandangkan hari tu dah bawak kak cho, peminat Man U ke Stadium Old Trafford, so kenalah bawak kak chik, penyokong Chelsea, ke Stamford Bridge pulak. Yang tak bessnya tak bleh bergambar dalam megastore dia. Kak cho walau pun tak minat tak minat ambik jugak souvenir chelsea ni, hahahaa... Sebab dia dah kalah kan, so banyaklah merchandise dia yang di jual dengan rega diskaun.


    Depan megastore. Kasi mamat tu sepak penalti ngan aku sepak sama jer... bukan masuk pon, hahahahaaa...

    Kat dinding yg berconteng gambar Chelsea supporters...

    Kak Chik sakan bergambar ngan banyak poster kat situ
    Di luar stadium ni ada banyak poster2 pemain chelsea, so kak chik pun tak lepas peluang bergambar lah. Kakak pun ikut aja posing2 kak chik tu, kelako! Boleh tahan jugak org dtg melawat Stamford Bridge, mungkin cari jersy mughah2 kot? hahahaa... anyway, kalau tak silap aku stadium ni yg terbesar di London kalau stadium Webley yg baru tu di tolak ke tepi.


    Salah satu entrance...

    Kat dinding ni lah poster setiap pemain di tampal...

    Sapa minat Chelsea dan dtg dr jauh bolehlah bermalam di hotel ni. Betul2 sebelah stadium.
    Puas hati kak chik dapat ke sini. Souvenir pun banyak di beli dan aku pasti dia pun ada belikan untuk yg lain. So kita tengok nanti sapa yg keeeenaaaaaaaaa! ahak.
    .
    THALATHA: STRAWBERRY PICKING


    Buat masa skrg ni buah belum betul ada lagi kalau nak pi fruit picking kat Garsons Farm tu. Yang ada, banyak sayur2an seperti cabbage, beet root, asparagus dan aspalela... ops, hahahaa... Pendek kata buat masa ni cuma ada strawberi dan redberries sahaja. Yg lelain belum lagi musimnya. Strawberry pun strawberry lah. Jadilah asalkan ada... kan? Tapi masa ni panas, sakit kepala ku. Kakak pun cukup suka ke situ, bukannya dia nak petik, tapi dia belasah makan stawberi yg tak berbasuh tu, huhuhuu... Tapi strawberi ni kalau yg baru petik terus ngap memang sedap manis rasanya, kalau bawak balik masam sikit pulak. Kenapa ya?

    Petik yg besar2 yg merah2 saja tahu...

    Aik kakak, takan baru 2 biji jer? isk isk isk...

    Laaaa... patut la, tak sempat penuh bakul dah habis di makan...
    Ramai jugak org masa ni. Jumpa pulak dengan Razaidi, dia pun berfruit picking jugak rupanya. Yg bessnya org ramai yg datang dah menceroboh kat bahgian yg belum di buka. So apa lagi, datanglah pekerja Garsons Farm tu men-shoooh shooh orang ramai keluar dari kawasan itu. hehehee... tapi ada gak yg tak makan saman, org dah halau pun sempat jugak nak memetik2 lagi sambil berlalu. Bukan aku ya!


    Strawberry anyone?

    Kakak dan adik berpanas carik strawberri...
    Itu jelah entry untuk kali ni. Pendek ja. Len kali jumpa lagi. Kalau makan jangan lupa basuh tangan dan baca Bismillah!
    .
    Challo...
    .
    **** ** ****
  • Saturday, June 14, 2008

    Blackpool Pleasure Beach

    HAHAHAAA.... biar aku sambung gelak dr entry yg lepas dulu! :) Oke, sesudah tengok country side dan pemandangan yg cung cung, hari ni kami bawa pulak kak cho & kak chik ke Blackpool Pleasure Beach sebuah theme park di tepi pantai. Kat sini ada banyak crazy rides untuk adults dan juga children. So sangat suitable for family outing. Tak jauh pun dari Travelodge tempat kami menginap just about 30 minutes driving ja. Dari awal lagi memang mummy, kak chik & kak cho dah plan nak naik bersama & untuk menjimatkan wang aku belikan lah mereka wristband for unlimited rides. Kalau dak setiap kali nak naik kena beli tiket. Wristband ni bagus jugak selain jimat, kalau kita naik banyak rides lah, dia jugak boleh menjimatkan masa beratur.

    On da way terjumpa Windmill yg tempang ni, jadi lah buat kak cho & kak Chik berposing...

    Memandangkan many rides kat Blackpool start at 11 am, sempat kami singgah carboot sale blackpool dulu... caya lah.
    Bila sampai ja terus pegi kat dia punya main ride Pepsi Max BIG ONE. Dah nak Q dah masa tu bila tetiba mummy jadik gerun & tak mao naik, hehehee... tinggallah kak chik & kak cho je naik berdua. Big One ni merupakan the tallest and the fastest roller coaster in Europe and probably the longest as well. Tak payah tengok roller coster tu bergerak, tengok dia punya rel pun dah menyeramkan, tapi aku tergelak2 bila tengok kak chik & kak cho naik benda tu. Kuat je dema menggenggam pengikat tempat duduk, hahahaaa.. mat salleh lain aku tengok selamba je lepas tangan. UUuuuuiiii gilerrrr... gilerrrr.... kata kak cho sebaik turun. Hahahaaa, lawak!


    Yg belakang tu lah Big One, tinggi nak mamposss, ada berani??? Org yg naik tukul ada mata tu jerit macam kena histeria, aku jugak yg terkekek2 kat bawah, ahak.

    Tu baru nak mendaki. Nampak tak ada 2 melayu? sah tengah kecut perut tu... hahahaa... lawak!

    Kakak pun nak posing juga...
    Ternyata diorang tak serik lagi. Sejurus turun terus nak naik yang loop 360 degree pulak. Sementara nak menunggu diorang naik benda tu kami bawa kakak & adik naik merry go round. Minah tu berbaik hati bagi aku naik free walaupun aku sepatutnya beli tiket. Mummy bawak adik masuk guna wristband yg dah beli tadi. Laju benda ni pusing dan lama pulak tu, ayo naik pening aku! Bila kitorang turun kak cho dan kak chik pun dah selesai. Besss kata dema... mummy jugak yang belum lagi naik apa2 roller coaster. Bila ni mummy??? Ada berani??? hahahaa...


    Naik kuda yeay, tengkiu lah minah tu kasi aku naik pree...

    Banyak benor roller coaster, berserabut nampak nya...
    Bagi menyahut cabaran dan agar tak rugi wristband yg dibeli, mummy setuju naik THE SNAKE. Roller coaster ni warna putih dia takde lah segila BIG ONE atau 360 loop tu tapi dia meluncur laju melingkar macam ular dengan kita di bawa senget ke kiri kanan. Hehehee... aku gelak lagi bila tengok diorang naik ride tu, sambil tunggu di bawah bersama kakak & adik. Bila turun mummy pegang kepala, pening katanya, hahahaaa.... Kakak apa kena ntah asyik nak mengamuk lah pulak. Nak pujuk kakak kitorang ramai ramai naik keretapi keliling sebahagian kawasan blackpool pleasure beach ni. Kakak macam takut2 tapi adik oke ja macho. Kali ni kena la aku beli tiket, melampau la nak naik free je kan? Walau pun benda ni untuk bebudak, tapi bess jugak sebab dia buat macam safari la kononnya dengan banyak patung2 binatang termasuklah dinasour yg dah mati bergelimpangan!
    Inilah dia snake, mummy kak cho & kak chik ada dalam tu bersedia untuk melingkar laju.

    Adik dlm train... adik tengok tu ada mammoth lah...

    Rumah hantu ni tak sapa berani masuk... so bergambar dr luar sajalah...
    Habis tu kami pi pulak naik Beaver Creek Ride... memula kak cho & kak chik naik berdua dulu. Pastu barulah turn kitorang pulak. Ingat nak naik sekeluarga, tapi org tu tak benarkan Haziq naik sebab kecik sangat katanya. Kakak boleh sebab dah 2 tahun. Masuklah kami dalam log kayu tu dan hanyut ikut lorong dia. Pastu dia tarik ke atas, aku dah cakap kat kakak siap siap, later kakak shout: haaaaaaaaa!!!!!, oke? Oke... kata kakak. Tapi bila log tu jatuh je... kakak terus jerit & nangis. Memang aku pun rasa hati tertinggal kat atas. Siot je... bila dah jatuh ke bawah, air pulak memercik masuk dalam log kayu, habis basah. Lagi lah kakak mengamuk.. basaaahhh basahhhh!!! katanya sambil menangis2 sakan! hehehee.


    Waaaaa..... kecut hati siottt!!!

    Hahahaa... aku gelak giler, tapi kakak menangis tak putus2 lagi tu...

    Kesian kakak, siap menggeletar pulak lagi. Untuk mereda kan keadaan aku ajak semua lunch dulu. Pujuk kakak bagi dia aiskrim. Nasib kat sini ada jual vege burger dapat lah kami soroo. Kak Cho time ni dah mula pening2 sikit pulak dah. So lepas makan kak chik masih bersemangat nak naik Roller coaster lagi tapi kak cho & mummy tak mo. So kak chik naik sorang2, berani dia. Kak cho & mummy bawak adik naik Magic Mountain. Cantik kata mummy dalam tu. Kakak cuma nak dok dlm push chair sahaja selepas trauma tadik dan tunggu di luar ngan daddy.

    Sembab muka kakak menangis... ni dah oke dah...

    Babai, enjoy urself dlm magic mountain...

    Kereta labu yg di tarik tikuss...
    Kat sini ada lebih dari 50 rides. So kalau beli wristband tu memang berbaloi la. Sebab ada sesetengah ride kalau nak naik sampai £8 sorang. Lepas dah keluar dari Magic Mountain tu nampaknya mummy dan kak cho dah charge energy semula. So apa lagi, diorang pi lah bertiga naik Space Invader 2. Benda ni roller coaster dalam gelap. Ada di jual gambar tapi tak mo pulak dema membelinya.
    Nampak gerun dak impression aku? Yg aku naik ni replika je, tak bergerak pon, hahahahaaa...
    Sejibik pun tak masuk, hampeh! Apah pun tak dapat, huhuhuu...
    Tapi ini belum kemuncaknya dan masa ni dah dekat nak pukul 3 ptg dah. Plan asal memang nak gerak pukul 3 tapi sebab masih ada major rides yg belum diorang naik, so takpe lah. Lagi pun lepas ni cuma nak balik ja dan takde plan nak ke mana2. So naik lagi roller coaster DIPPER pulak. Oke ja kata kak chik sebab tak berapa thrill. Akhirnya sampai juga kami kat entrance INFUSION, roller coaster yg juga kalau tengok dr bawah je dah menggerunkan selain Big One tadik. Wah, melingkar lingkar aku tengok rel nya. Sekali lagi mummy awal2 tarik diri. So kak cho dan kak chik naik berdua lagi. Yang naik benda ni kaki semua tergantung. Bila dia lalu je dan dengar ramai yg jerit2 macam nak terkeluar anak tekak aku pun nak tergelak, waaaahahahahaa. Kelakar! Benda ni bergerak laju gilos, tapi dapat juga aku capture gambo kak chik & kak cho...


    Tu dia, giler melingkar roller coaster Infusion yg kaler biru... camna tu??

    Aaaarrrggghhh.... hehehehe. Kalau besarkan gambar ni bleh nampak kak cho & kak chik kat row no. 5... tgh cuak tuuu, hehehee... rasakan!

    Dah turun dari Infusion... bersimpang siur rel roller coaster. Amacam? Bess?

    Turun turun dari benda ni kak cho dah pening balik. Nak muntah katanya. Loya! Haaaa... dah, tok sah naik lagi, cukup... kata aku. Tapi kak chik masih bersemangat. Pujuk punya pujuk, mummy pun pegilah temankan kak chik naik WILD MOUSE pulak. Yg ini memang lawak. Dia punya seat tu untuk dua orang kiut je mouse nya. Bawak ke hulu hilir turun naik rel dia. Yg ni bessss kata kak chik. Seram kata mummy, hahahaaa... Habis tu aku pun bagi isyarat tamat. Kak chik pun oke, sudah2 lah, kalau nak naik semua mau sampai malam pun tak habis. Jom kita jalan2 kat kawasan luar pulak.


    Inilah dia Wild Mouse, kelakar siot... kemetot je tempat dok dia...

    Lagi gambar Wild Mouse, comey dak???

    Pleasure beach dia dah jadi PRESSURE beach, hahahaa... ada yg memula beria ia nak naik, tapi bila dah tengok ride dia terus cancel sbb gerun, ada yg berani naik bila dah turun pening lerin nak muntah pulak, ada yg dah naik sanggup nak naik lagi tak serik2, macam macam! ahak...
    Kat sini dia juga ada Blackpool Pier, Blackpool Aquarium, bayak lah bendanya. Sama macam Lake District kalau nak spend one day memang tak terexplore semua. Ingat nak naik kereta kuda ke Blackpool Tower, tapi memandangkan kakak dah lentok, kami kansel ja. Tangkap je lah gambar Blackpool Tower dari jauh. Pastu masuk keluar kedai souvenir.


    Berlatar belakangkan Blackpool Tower...

    Kanda kena tidur di kandang kuda. Sampai bila? Sa-lama lamanya kanda... -3Abdul-
    Dah habis tu kami pun gerak lah balik ke London. Tamat dah cuti 3 hari 2 malam. Alhamdulillah semua berjalan lancar & puas hati. Jalan2 kami yg ni memang bess, pemandangan cantik, cuaca menarik dan banyak aktiviti. Tak termasuk gelak2 dan mendengar cerita cerita tentang orang Ipoh dari kak cho & kak chik lagi tu. Minggu ni last weekend untuk kak cho & kak chik di sini. Manalah agaknya nak bawa lagi ni??? Nanti lah pikir...

    Bye...
    **** ** ****