Kau Kunci......
Masih ingat lagi pd lagu berhantu RAMLAH RAM Juara Lagu 1988? Yeaaahhhh apa lagi kalau bukan lagu Kau Kunci Cintaku (Dalam Hatimu). Sedap lagu tu kan? Hehehee...Dan apa yg berlaku pada kami baru baru ini pula ialah...
KAMI KUNCI PINTU, KAMI TAK LEH MASUKKK!!! huarrgghhhh!!! Tension!!!!!!
Kisahnya camni. Pada satu hari cuti tu aku pun teringin lah nak bawak family aku berpicnic kat Queens Garden. Hajat hati nak lepak2 kat taman yg banyak bunga rose tu. Pastu guling2 cam cita hindustan. hehehe... So kami pun bersiap2 la kan... Jam dah pukul 4 ptg... cuaca pun canteeek sangat. Memang elok la kalau berpicnic ni.Bekal pun dah pack termasuklah pisang, buah pear, air nescafe & tikar, pastu ingat nak tapow kueteaw makan kat sana. Bila semua dah ready,
aku pun tolaklah stroller Nabila keluar rumah dulu. Tapi sebaik sahaja wife aku keluar dan pintu rumah ditutup... [rumah yg terkunci tu kat 5th floor no. 282!!!]
Memula tu aku ingat nak pegi juga ke Queens Garden tapi bila pikir punya pikir eloklah aku cari jalan buka pintu tu dulu. Tambahan pulak
hari tu hari cuti dan kedai banyak yg tutup. Last2 aku terpaksa panggil locksmith untuk datang. Kami pun apa lagi tunggu la kat lobby flat aku tu... Janjinya 1 jam... tunggu punya tunggu tak jugak2 dia datang. Naik boring & naik letih. Nabila pun dah meragam dok dlm stoller dia. Apa lagas... akupun terus bentang tikar kat depan lift rumah aku tu dan ber'picnic' la kami kat situ...
Alahai Nabila... baring2 depan lif saje la ya... isk, isk!!! kasihaaannn... dah macam pelarian la pulak!
Nasib baik la beg yg ada susu Nabila tu ada bersangkut kat stroller dia tu, sempatlah bancuh susu satu round untuk dia. Org yg masuk, lalu lalang pun pelik... isk takde ke tempat lain yg decent sikit untuk berbaring2 aksi hindustan ni? ha... lantak la... aku tak peduli dah! Aku pun ngan selamba-land nyer menangkap gambar kami anak beranak... jd tak le kami rasa masa berlalu...
Susah beno nak tangkap sendiri gambo2 ni... asyik senget benget.. ni 2 keping je yg oke sikit center nya.
Bila dah lama sgt aku call lagi locksmith tu dan yg hampehnya dia kata dlm record dia takde report tentang rumah aku! Cisss! So dia buat report baru dan stengah jam kemudian barulah mamat tu sampai. Kami pun lega sampai terlupa nak snap gambo aksi tengah bukak pintu. Kalau tak boleh jugak masuk dlm blog ni kan? hahaha....
Bila dah selesai, jam dah pukul 6.30ptg. Mmm... cuaca yg memula terang dan panas pun dah mula bertukar mendung. Pastu hujan. Nabila pun mengantok semacam terus lena... Kena kansel la hajat nak ke Queens Garden tu... tengok lah nanti.. bila ada rezeki kami sampai la tu... tapi bunga rose ada lagi ke dak masa tu tak tau la... Masa makan malam tu wife aku cakap "mungkin ada hikmahnya kejadian hari ni..." hehehe... ye kot... aku jimat duit parking £8!
Oke la.. nak layan lagu Ramlah Ram jap! bye...
hahaha...
**** ** ****




Haaaaa... tu depa dah maiiiii.......





















Hari ni pada 19.5.2006 kami telah menerima sekeping kad raya dari Adik Nur Munirah. Kad ini sebenarnya telah pun dihantar sebelum hari raya pada bulan November 2005 yg lepas. Maknanya kad raya ni dah terperap kat pejabat pos Malaysia selama lebih 5 bulan sebab cop kat setem tu bertarikh 15.5.2006! Kepada Munirah, Cik Ajam & Cik Lina dah terima dah kad yg munirah kirim tu... terima kasih ya...























