• Monday, July 31, 2006

    London Attraction Version 1.0

    EMMMM.... bila semak2 balik entry kami ni, rupanya asyik tulis pasal tempat2 menarik luar London. Sampaikan apa yg ada di tengah2 bandar London Zone 1 & 2 tu sendiri lupa nak habaq. Oke la... kami akan selit2kan entry about things/places that you must see if you visit the London town itself. So check-out our London Attraction entries as we may extend/upgrade the version 1.0 to version 2.0 to 3.0 and so on and on and on and on until.... , only God knows. hahaha... Kali ni let us visit London Eye and Buckingham Palace dulu, oke?

    Memula skali London Eye. Apa dia London eye ni? Ala yg cam boyan pusing kat funfair tu... Ianya terletak di tepi Sungai Thames & tingginya lebih kurang 140 meter. Boleh menerima seramai 150,000 penumpang dalam 1 hari bersamaan dgn jumlah penumpang penuh untuk 160 buah kape terobang concorde!. Ramai dak? Beratnya pulak melebihi berat 250 bas double decker! London Eye ni sebenarnya telah di design oleh 2 org arkitek yg menyertai peraduan milenium Landmark yg akhirnya telah di realisasikan oleh ratusan pekerja dari 5 negara Eropah. Dari negara Eropah yg mana, haaa... itu kena cari sendiri lah. hehehe... 6 tahun diorang membanting tulang untuk siap kan benda ni untuk ride yg hanya mengambil masa 30-40 menet. Kalau korang naik boleh la korang nampak pemandangan kota London ni. Kiranya bayar £12.50 tu berbaloi la jugak...

    .
    Nabila dalam 2 pose yg hampir sama dengan latar belakang yg berbeza di dalam kapsul London eye & masa ni dah nearly at the top.
    Belatar belakangkan Big Ben & Houses of Parliament. Bila dah nak turun, korang pose kat belah tepi kiri atau kanan kapsul ni. Nanti dia tangkapkan gambar & dia jual dlm bentuk foto, key chain & fridge magnet. Beli la buat kenang2an...
    Ops... ada berita tertunda la... Kita bagi laluan ya...
    .
    ***********************
    London, 27 Julai 2006: Satu kemalangan yg melibatkan sebuah motosikal dan bus double Decker telah belaku di persimpangan Jalan Bishop Bridge Road dan Porchester Road berdepan dengan Flat The Colonnades. Ini telah menyebabkan jalan lengang (bukannya sesak) sebab jalan terus ditutup. Ramai pengguna jalanraya merungut kerana kemalangan yg tidak lah sebesar mana itu telah menyebabkan penutupan jalan dari jam 2petang -8malam.
    Tu dia... siap ada juru ukur lagi nak menentukan kedudukan kemalangan dengan tepat!
    "Mat rempit tu laju sangat, lampu pulak rosak masa tu! Pastu masa kat simpang dia terus terbabas dan terus kona baring dan tersungkur di tengah2 jalan raya," begitulah menurut seorang penghuni The Colonnades yg berada di tempat kejadian.
    Orang ramai yg berada ketika kejadian hanya tergamam dan ramai yg tutup mulut sambil berkata "Oh GOD!" Namun apa yg nyata tiada seorang pun yg mengambil no plat motor mahupun bas untuk tujuan tikam nombor ekor TOTO.
    .
    Tu lah dia motor yg kat tengah2 tu. Belah kanan ni la plat no bas double decker tu...

    Berhati2 lah di jalan raya. Bak kata pepatah setinggi2 tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga, dan satu lagi... ingatlah, sesungguhnya berjudi itu HARAM! Sekian. Karamjit Wak Leah melaporkan untuk azamsirajab dot blog spot dot com.

    ************************
    .
    Oke.. jom kita pi tengok Buckingham Palace pulak. Istana ni di bina pada tahun 1703 dan bersebelahan dengan St. James Park. Kalau nak dtg sini, tube yg terdekat sekali ialah Green Park station. Pastu korang menapak la sikit, exercise!
    Rehat melepas lelah sebelum meneruskan perjalanan ke Buckingham Palace. Kat hujung jalan tu je...
    Istana ini kemudian di beli oleh George III (pada ketika itu di
    kenali sebagai Buckingham House) pada 1761 untuk isterinya Queen Charlotte, dan kemudian it was re-modelled by John Nash pada 1825. Lepas tu banyak lah lagi perubahan dan pertambahan pada istana ini pada tahun2 seterusnya. Org yg belajar sejarah pun tak ingat semuanya kot. Lebih setengah juta pound sterling telah di belanjakan dalam proses to re-modelled the castle and it was completed in 1914. Istana ini start menjadi kediaman di raja hanya bermula pada tahun 1837 dan penghuni pertamanya adalah Queen Victoria. Sehingga ke hari ini ia kekal sebagai kediaman rasmi Queen. Ha... tu la dia sikit sebanyak sejarah tentang Buckingham palace ni. Menarik dak?
    Bergambar kenangan di depan Buckingham Palace. Tu orang ramai berkerumun dekat pagar tu sebab tengah tengok changing guard ceremony. Guard yg pakai topi hitam besar tu la...
    .
    Beberapa tugu dan monument yg terdapat di depan Buckingham Palace ini.
    So itu je lah 2 tempat yg sempat ditulis buat masa ni. Nanti2 kami up grade London Attraction Version 1.0 ni ya. Bila tu tak tahu la... Oke. Akhir kata... jaga diri selalu. Jangan makan banyak2, nanti gemok...
    HAhahahaa..............
    .
    **** ** ****
  • Monday, July 24, 2006

    Belilah Barangan Buatan Malaysia

    *entry ini menggunakan exchange rate £1 = RM6.7
    Assalamualaikum & salam sejahtera. Apa khabar semua? Sihat? Alhamdulillah. Bersiaran kita sekali lagi dalam azamsirajab dot blogspot dot com ini. Kali ni kami nak cerita pulak tentang barangan Malaysia yg terdapat di sini. Tu la... org kata hujan emas di negeri org, hujan batu negeri sendiri. Baik lagi negeri sendiri. Gitu lah jugak dengan kami ni. So jom kita mulakan...
    1.SOS CILI MAGGI. Ni mesti mau kan... cili kat sini tak sedap. Tapi bukan jenama maggi je... jenama Lingam pun ada. Selain tu boleh jugak dapat sos cili thailand yg sesuai buat makan ngan cekodok. Ni harganya £1.18 (= RM7.90) sebotol. Nak buat camna... beli je la kan. Lagi pulak kami tak leh nak convert2 dah.. kena kira £1 = RM1. Kalau tak... asyik ikat perut je la. Hahaha...

    2. DURIAN. Ya... durian ada dijual di sini. Tapi most probably imported from Thailand la kot. Kalau dah terliur sangat nak makan deroyan tak payah la mintak di pos kan dr Mesia. Tapi tak penah lah kami beli sebab tengoklah harganya... £5.98 per kg (= RM40 sekilo!) mmm.. tak berbaloi kan. Takpe la, so far takde la kempunan sangat lagi. Boleh tunggu... lagi pulak la ni Durian leh dapat sepanjang tahun kan?

    Tu dia... Lina sedang meneliti meehun yg manakah yang paling bess sekali. Eh.. betoi ke meehun tu???

    3. TERUNG REMBANG. Apa kah ini??? Jangan kan kata orang London, yg kat Mesia pun ramai yg dah tak kenal ngan benda ni. Ada yg panggil terung pipit ada jugak yg panggil terung butir. Sedap kalau masak bersama gulai lemak pucuk ubi tumbuk! Sluurrrp... lama tak rasa dah. Dulu melambak belakang rumah aku kat Temoh. Kitorang buang2 buat peluru pistol getah je. Kat sini £1.30 (= RM8.70) se peket. Kadang2 kami beli masak bersama sambal ikan bilis.

    4. KICAP TAMIN. Ha... ni kalau tak kenal saja la kan. Aku masa kecik2 dulu kalau ada kicap ngan telor goreng dah cukup dah. Tak yah lauk lain. Tapi la ni jarang2 makan nasik ngan kicap ni. Cuma Lina beli buat untuk masak2 je. Yg besar £1.35 (= RM9.00) sebotol. So kalau datang sini bawakkan kami kicap leh? kicap kipas udang... kedai ni tadak jual la.
    Nabila sungguh ceria hari ni kerana berjaya membeli meehun. Bukannya apa, Nabila la ni pun dah makan macam2. Yey kita rasa meehun pulak lepas ni...

    5. MAGGI MEE. Ni ramai yg suka. Dan kalau ada pelawat dr mesia diorang mesti bawak benda ni. Yela.. leh safe budget. Aku gemar jugak masa kecik2 dulu. Tapi sejak insiden masa kat asrama time form 4 aku terus tak minat dah. Bau pun aku tak suka. Keluar asrama sampai aku masuk U sampai keja sampai aku kawin & sampai la masa wife aku dalam pantang baru la aku try makan balik (sebab malas nak kuar beli tapau). Kalau darurat aku makan la.. tapi dah takde la suka cam masa kecik2 dulu tu. Yg ni harganya £0.20 (= RM1.35) sepeket. Mau?

    6. KANGKUNG. hehehe... kangkung ni sungguh nostalgia. Dulu masa dok Temoh tetiap minggu mesti kitorang dengar orang juai kangkung naik basikal ni jerit... KANGGGGG KUUUNNNGGGGG... sebatu dengar suara dia. Selalu kitorang ajuk2 kan. Lagi 1, dulu nak makan kangkung kutip je. Tumbuh liar, tapi la ni nak rasa kangkung belacan kenala keluar duit... yg ni ntah berapa reganya. Lupa arrr... beli je la kan. Hahaha...
    Mmm... lama tak pekena maggi mee ni. Beli la satu perisa asam laksa. Kita makan maggi je lunch oke? TAK OK!!! hehehe...

    7. RAMBUTAN. Yesss... ni antara my favourite. Boleh katakan tetiap bulan aku mesti nak merasa buah rambutan ni. Tapi nak carik yg fresh tadak la kan. So sebagai alternative nya kami beli yg dlm tin ni. Rasa dia memang fresh sama cam rambutan lekang. Tapi ni produk Thailand la... kira satu region jugak la kan. Se tin £1.15 (= RM7.70).
    Dan seperti biasa... lepas dah abis borong semua, Stroller Nabila la jadi mangsa nya. Aku rasa benda ni sama je ngan org lain yg ada anak kot? Ke kami je yg buat camni? hahaha... Sebenarnya banyak lagi benda2 lain yg di jual cam kacang botol, petai dan juga bunga kantan. Cuma harganya sangatlah tak berbaloi. So oke la... jadi pada sapa2 yg nak mai sini, jangan takut anda takkan miss makanan mesia punya. Tak yah la belajar cara2 nak makan steak ke pasta ke hapa ke? Mai je... Selain tu gerai org Melayu kita pun banyak kat sini. No problem la. Oke lah ya... dinner is ready. Aku nak sorooo dulu...
    "Na... lauk apa kita hari ni?"
    "Ikan temenung goreng..."
    hehehe... Jadi lah...
    .
    Alhamdulillah.
    .
    **** ** ****
  • Thursday, July 20, 2006

    Summer Sale: Borong Jom!

    Summer Sale is now on!!!!!
    Jom borong... jom seranggggggg!!!!

    Bus double decker pun jadi papan iklan utk sale kat London ni!!!
    Tapi sebenonyer walaupun sale, tak le murah maner kalau kita convert rega nyer ke RM. Barang2 yg significant murahnya dah tentulah barang2 yg memang betoi2 mahe. Contohnya kasut FERRAGAMO yg kalo kat Mesia RM1,500 sepasang, time sale ni dapat la dlm RM6-700. Beg pulak yg RM3,000 seketui dapatlah dalam RM1,500. Maka berebut2 la rakyat malaysia membelinya. Tapi masalahnya, kat mesia nak beli beg RM150 pun kami pikir dekat 10 kali. Ni kan pulak Rm1,500 kan? Jadi murah tu memang murah la dari rega asalnya tapi sendiri mau pikir la kan... hahaha...

    .
    Kiri: Beg kecik kaler putih tu lepas 40% diskaun reganya £318 je. Uuiiihhh murah la tu kan? hehehe... Kanan: Tu lah dia antara kedai yg memberikan massive diskaun 75%.

    Kalau cakap bab sale ni memang la orang pompuan yg suka sakan. Tapi bila dah dok kat sini, orang laki pun galak sama. Tak caya? cuba korang bercerita bab pinggan mangkuk ngan pakcik2 kat sini... Wah.. cukup terror diorang bagi pendapat ngan terperinci sekali. Tu la masa mula aku sampai sini aku pun tergezuuuttt gak bila tengok orang laki bersembang pasal pinggan mangkuk ni. Aku diam je masa tu... diorang gelak tengok aku dan terus buat remark,

    "ko mesti pelik tengok kami sembang pasal pinggan kan? Tunggu la ko pi tempat pinggan tu... nanti ko yang mencangkung ralit nak pilih... percaya la...!!!"
    hehehe... dan aku akui la jugak... la ni aku pun ada minat bab pinggan ni dan tahu lah jugak jenis2 yg mahal2 cam set royal doulton, potmeirion, queen anne dan apa bagai... Secara terus terang, aku ngan wife aku sama2 baru tahu bab pinggan yg beribu2 rengget kat mesia ni bila dtg sini. Tapi kami tak le sampai giler nak beli semua jenis tu.. just pilih satu dua buat syarat!

    Kalau baju pulak... memang la murah. Ada sampai 90% diskaun kat Liliwhites! Hehehe... Diorang terpaksa menghabiskan stok sebab kat sini kan ada 4 musim. So bila sejuk nanti baju2 ni tak leh nak jual lagi. Lain la kat tempat kita leh pakai baju yg sama sepanjang tahun. Jadi berebut2 la orang membelinya. Cam longgok2 je. Tapi kalau nak lagi bess tunggu la bila sale tu lagi 2-3 hari nak tamat. Maka pekedai semua akan turunkan lagi reganya. Dah diskaun 50% dia bagi lagi 50% dari rega diskaun tu! Tapi... dah tak banyak choices la kan.
    John Lewis ni boleh tahan gak mahal rega nyer. Tapi tak lah sehebat Harrods. Dengarnya Agong kita datang tahun lepas pun bershopping kat sini.
    Aku rasa yg bagus nak beli kat sini sebenarnya perfume. Perfume memang reasonably cheap. Yg ni aku tau sebab memang aku sendiri pakai benda ni. Kat Selfridges (gambar belah kiri ni) banyak jugak jual perfume2 ni. Kalau perfume Echo Davidoff aku beli dulu dalam RM180, tu pun lepas diskaun sebab cina kedai tu kenal aku, kat sini dalam RM150. CK truth pun sama. Lagi pulak perfume Elizabeth Arden for women leh dapat dlm RM70 je! Fendi for men pun sama dalam RM70 begitu jugak Jazz-YSL 50ml. Mana nak dapat perfume2 ni kurang dr RM100 kat Mesia kan?
    Berlegar legar di Oxford Street sambil mata mencari kedai yg mana satu yg paling muraaah le...
    Lokasi utama kalau sale kat London ni dah tentu Oxford Street la. Orang punya ramai la tatau nak cakap cam na. Kat sini kalau satu hari spend pun memang tak abis. Macam2 kedai kat kiri kanan sampai naik pening la menengoknya. Kalau yg kelas tinggi sikit tu (yg duit berkepok tak tau nak campak mana dah) diorang akan serbu New Bond Street atau Sloane Street. Kat situ semua tempat jual barang branded2 ni. Tapi orang cam kami yg biasa biasa je ni... tak le serbu tempat camtu... mahal! kami selalu berlegar kat Oxford Street je. Kalau tak kat situ kami akan lepak kat... kaaat.... kat Harrods je!!! Hahahahaha.... tak nak kalah lagi tu!!!!! Kwang kwang kwang!

    Bergambar di depan bangunan Harrods Knightsbridge. Semua branded item ada kat sini. Jenama Jimmy Choo pun ada. Kalau malam, bangunan ni sebijik cam bangunan Sultan Abdul Samad kat Dataran Merdeka tu...

    Sebenarnya barang kat Harrods ni kalau kena masanya lagi murah dari kedai yg kat luar. So time2 camtu mampu la kita membelinya. Kalau tak, window shopping je la... Cam perfume banyak gak yg aku beli kat situ. Tambah2 lagi ada member pesan mintak belikan. Alang2 baik beli kat Harrods... baru ada kelasss kan??? hahahaha....
    .
    Kiri: Nabila posing kat salah 1 pintu masuk Harrods. Kanan: Tengok, sampai 90% Harrods kasi diskaun. Time ni la kami mampu beli. Tapi rak dah kosong, kami terlambat la...
    Summer Sale ni akan terus berlarutan sampai ujung bulan 8 ni. So apa lagi, cepat pegi kat Travel agen, beli tiket kape terobang. Mai sini. Cepattttt!!!! MAS pun la ni dah bagi tiket diskaun kan??? Jom... jom kita borong!... isk malu2 pulak... datang je lah! Datang tau. Kami tunggu ni.

    Eh! pilih... pilih la... yg tu... yg ni... yg mana? yg tu... tu... ha yg tu... yg ni la... amik yg ni la.. alah amik ... amik semua la..... kad kredit kan ada....
    Kui kui kui.....
    .
    ADIOS!
    **** ** ****
  • Sunday, July 16, 2006

    Petik Buah, Petik Bunga: Summer 2006

    amaran: entry kali ni merapu sikit
    London, 15 July 2006: LADANG usaha sama 2 keluarga (rujuk gambar sebelah - bukan gambar sebenar) diberitakan telah membuahkan hasil. Ladang mereka yg melibatkan penanaman buah2an, sayur2an dan bunga2an yg dikenali dengan nama Ladang Garsons cukup sinonim dengan aktiviti fruit picking pd setiap musim panas. "Ya... musim-musim panas begini kami menjemput semua utk berkunjung ke sini. Walau pun ada sign-board yg tulis pay before eat, pedulikan, makan je... no problem.. buah ni banyak sangat ni. Dah tatau nak buat camna..." begitulah menurut satu sumber yang memetik temu bual dengan salah seorang dari mereka.

    Demi memastikan dusun mereka di jaga dengan rapi, pengusaha2 ini telah membuat lawatan mengejut ke situ. Walaupun lawatan tersebut mengejut tapi wartawan kami telah pun diberitahu lebih awal untuk tujuan promosi dan publisiti. Kedatangan mereka kali ini sebenarnya adalah untuk meninjau hanya beberapa kawasan penanaman terutama cherry dan juga bunga. Menurut sumber yg sama, Ladang Garsons ini juga ada menyediakan ruang picnic yg selesa.
    Kasi perut kenyang dulu... biar kosong tupperware, pastu boleh isi balik dengan buah buahan yg akan di petik nanti...
    Semasa ditanya bagaimanakah haluan untuk ke sini, mereka menjawab ringkas, "Ambik laluan A3 pastu A309 pastu A307 pastu pandai2 korang lah..." Bila ditanya lebih lanjut, kami telah dihidangkan dengan pelbagai juadah istimewa & terus tersenyap ~ tak baik bercakap waktu makan!

    Ladang yg pertama dikunjungi adalah ladang cherry. Ianya tidak jauh dari kawasan piknik ini. Sesampai disitu kelihatan sudah ramai orang yg memulakan aktiviti memetik buah cherry. Dengan berbekalkan bakul satu sorang, pengusaha2 tadi telah masuk ke ladang tersebut. Malangnya buah2 cherry yg diharapkan tidak kelihatan. Tetapi apabila mereka keluar bakul mereka tetap penuh. Dengan kehairanan wartawan kami mendapatkan penjelasan.
    "Memang ladang tu dah takde buah cherry nya. so kitorang redah je row sebelah yg dia belum bukak tu. Banyak buah cherry kat situ. Alah... bukan kami yg mulakan, org lain buat kami ikut la..." kata mereka gembira. Salah seorang pengunjung memaklumkan yg beliau telah dikenakan bayaran £8 lebih. Emm... mungkin kalau kat budgen dia boleh dapat 2 kali ganda hasilnya kerana kat situ selalu ada buy 1 get 1 free. Hahaha...

    .
    Gambar kiri: Eh, buat pa amik daun tu...?, gambar kanan: Ha... yg tu la baru betui...
    Sekali tengok pokok cherry ni macam pokok koko pulak. Kalau kat mesia buah cherry dia kecik2 dan yg belum masak lagi tu selalunya di buat peluru pistol (pistol mainan dr papan dan diikat getah ~ bebudak zaman siber ni tau ka pistol ni!?)
    Kemudian kami telah dibawa ke ladang strawberi, redcurrants dan juga blackcurrants. Ladang ini disatukan dalam satu pagar. Kami lihat pengunjung2 lain sama sama menyertai lawatan ini tanpa mengetahui kehadiran kami yg membuat liputan.
    "Emm.. tak bess la strawberri kali ni. Kecik2 je buah nya...," kata seorang lagi pengunjung yg mula2 merungut tapi kemudian memetik & merasa 2-3 bijik strawberi tanpa membeli sebijik pun. "Kalau buahnya besar2 agaknya berapa bakul yg akan encik beli hari ini?" tanya kami spontan.
    "Er... err... hehehe... saya memang tak berhajat nak beli strawberi ni, saya datang nak tangkap2 gambar je." kata nyer tersengih2 sambil memetik dan merasa lagi sebijik stawberi yg kecik2 itu.
    .
    Gambar kiri: Wartawan kami sempat merakamkan gambar pengunjung disitu yg tengah bergambar & berposing sesama mereka. Gambar kanan: Buah redcurrants yg dah meranum. Kebanyakan mat salleh petik buat pie atau jem.
    Dalam kepanasan yg berbahang itu tiba2 kami lihat 2 bijik kereta meluncur laju menuju ke ladang bunga matahari, omputih cakap Sunflower. Kami mengekor untuk mendapatkan reaksi mereka tanpa menyedari bahawa 2 buah kereta itu rupa2nya adalah pengunjung yg sama. Memandangkan memang dah takde pengunjung yg lain selain pengunjung dr India yg memakai sari lip lap kaler oren, kami pun mengambil keputusan untuk interview mereka lagi.
    "Wah sungguh cantik dan besar lah bunga matahari ini. Ingatkan kecik2 je..." kata pengunjung yg sama tadi.
    Kami sendiri begitu asyik menyaksikan ladang bunga matahari yg taklah sebesar mana itu. Bukannya apa, barulah kami tahu bahawa bunga matahari ini pun ada banyak warnanya. Ada yg kaler kuning cam yg biasa kita tengok, ada juga kaler kuning air dan ada kaler maroon. Tapi jika anda ke ladang ini, awas kerana bunga2 matahari ini di hurung oleh lebah.
    Gambar hiasan: Ibu pun macam matahari.. Ops.. ini bukan matahari ini BUNGA matahari la!
    Setelah mereka puas berposing ala2 hindustan apa bagai kat ladang Sunflower itu, mereka menuju ke ladang bunga yg lain pulak. Kami terus mengekor sebab malas nak interbiu pengunjung lain. Tambahan pulak kalau kami banyak interbiu nanti akan terbongkar identiti kami. Lagi satu, sebab diorang ni friendly... asyik gelak memanjang. Ladang bunga ini kami dapati merupakan ladang bunga caca-merba, dimana terdapat banyak bunga dengan pelbagai warna tanpa di kalsifikasikan.
    Bunga2 disini kebanyakannya dr spesis kekwa dan bunga butang. Macam2 kaler ada. Kalau kena dengan posingnya boleh jadi lokasi gambar potret keluarga yg menarik.
    Lepas tu kami ekori lagi pengunjung2 ini, tengok tengok diorang terus keluar. Hampeh! So kami pun dah takde lagi la pengunjung lain yg nak kami interbiu. Tanpa berjumpa pengusaha2 ladang tu kami pun terus blah. Jadi itu sahajalah lapuran ekslusif kami dalam edisi Petik Buah Petik Bunga ini. Bak kata pepatah... *Menanam tebu di tepi bibir. Sekian.
    Karamjit Wak Leah melaporkan untuk azamsirajab.blogspot.com.
    Abissss.....
    .
    *peribahasa ini telah ditambah kemudian & di-edit semula oleh Karamjit Wak Leah atas permintaan peminat-peminat (= 1 org) beliau. Harap maklum.
    **** ** ****
  • Wednesday, July 12, 2006

    Nabila ~ Pose-pose Terkini

    DIAM tak diam, kejap je Nabila dah berusia 7 bulan. Keletahnya pun dah macam macam. Kalau dulu cuma menangis bila nak susu atau napkinnya basah, sekarang dah pandai merengek nak di dukung. Nangis dia pun dah ada banyak kategori. Nangis saja2, nangis betoi2, nangis ngada2, nangis2 manja dan macam2 nangis lah. Pun begitu kami cukup seronok melayannya. Entry kali ni kami bawakan pose pose terbaru Nabila untuk tatapan semua...
    I. Pose Topi Cowboy
    Topi Cowboy ini aku yg punya. Dah lama aku cari tapi selalunya besar sangat. Last last jumpa masa di Bournemouth hari tu. Saiznya pun not bad walaupun ada sikit longgar. Memandangkan ini yg paling oke, so amik je la. Nabila pun cuba jugak posing ngan topi tu. Tengokla dia bergaya ngan topi aku tu. Hahaha...
    Eh, Nabila, mana buleh cowboy makan stokin? Isk... cukup marah dia masa aku amik stokin tu dr tangan dia. Wah... dah pandai marah2 dah ni ya!!?
    II. Pose Selendang Rindu
    Nabila sekarang ni dah buleh meniarap dan mengengsot ke depan. Dan buleh jugak buat aksi macam dalam gambar belah kiri ni. Tapi belum boleh merangkak lagi. La ni kalau dia banguun tido, mesti dia terus pegang tiang katil dia dan cuba mengangkat badan dia. Nasibla dia tak menangis atau merengek bila bangun tido. Dia buat hal sendiri je. Lepas dah 1/2 jam lebih kurang baru dia bersuara sebab dah bosan. Nak angkat la tu...
    Ha... ini lah dia pose selendang rindu. Sambil merenung jauh selendang di lepaskan membayangkan kerinduan pada keluarga dan sanak saudara yg jauh di mata. (takde rupa rindu pun, kata ibunya... hahaha)
    III. Pose Cap Golf
    Gambar Nabila sebelah kanan ni masa menanti sessi penggambaran yg seterusnya. Nabila pun boring menunggu dan terus buat bubbling. Abuuuuuuuuuuu... bunyi nyer. hahaha. Dan pose seterusnya ni ialah pose menggunakan satu satunya cap yg aku ada. Cap ni pon atas ihsan kompeni aku sebelum aku sampai ke mari... Jom kita tengok Nabila menggayakannya. Camna la pulak roper nyer ya...
    Yo! Ada gaya rap tak? hehehe....
    IV. Pose Ikatan Kasih
    Ha... kita gunakan kembali kain dari pose selendang rindu. Kali ni selendang tu di simpul2 kan je ikut sukahati. Buat la cam riben ke, sanggul ke, hapa ke... hehehe... Riben tu pulak boleh letak samada kat sisi atau pun kat atas kepala. Ikut la kerativiti memasing. Kwang kwang kwang. Nabila cukup sporting dalam menggayakan pose Ikatan kasih ini walau pun mukanya masammmm saja. Dah letih la tu... Oh ya.. Nabila la ni dah nak tumbuh gigi. Sebatang gigi belah bawah dah mula nampak dah. Wah, lepas ni buleh la Nabila makan macam2 ni!
    Ala Nabila ni... no more senyum2 ma? senyum la sikit... mmmm dah takde mood la tu...
    V. Pose Summer Hat
    Fesyen ini sesuai digunakan semasa di carboot atau pun fruit picking. Tapi Nabila pakai anytime anywhere. Ikut suka je. Hahaha... Sebenarnya summer hat yg biru ni sebagai ganti hat kaler pink Nabila yg dia campak ntah ke mana. Memula semasa keluar rumah elok je dipakainya, bila balik dah hilang... Belah kanan ni pulak gambar Nabila kegembiraan sebab inilah sessi fotografi yg terakhir. yeaahhhhh jom kita pose lagi...
    Aik apa pacal macam balik ni? Yela dah banyak kali pose asyik tak jadi je, saya pun dah letih la... huhuhu....
    Oke la... memandangkan model kita dah letih dan takde mood, jadi kita tunda lah sessi fotografi kita pada hari dan waktu yg berlainan ya. Dengan itu kami akhiri dengan pantun dua kerat,
    .
    Anak negro anak benggali,
    Jumpa lagi di lain entry!!!!
    .
    Daaaaaaaaaaa......
    .
    **** ** ****